JUMAAT minggu lalu, satu sidang media khas mengenai kes saman Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadap pemilik blog Papagomo telah diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri.
Permulaanya, dikhabarkan Anwar sendiri akan menerangkan segala butir terperinci mengenai saman itu selepas Papagomo mendedahkan beberapa siri gambar seorang lelaki mirip Anwar sedang melakukan hubungan seksual dengan seorang lelaki lain.

Berita selanjutnya di SINI.


Dikatakan semasa pengumuman calon parti PKR terdapat penyokong parti tersebut mengejek dan "boo" pengumuman tersebut. Pada waktu itu, Anwar Ibrahim mengumumkan nama calon bagi kerusi Parlimen Indera Mahkota iaitu Dato' Fauzi. Mengapakah penyokong mereka "boo" pengumuman tersebut? Adakah calon tersebut tidak sukai ramai dan beliau tidak disenangi oleh masyarakat setempat???? sama-samalah kita membaca kisahnya di SINI. 


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan hasrat DAP mahu menggunakan lambang bulan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti sebagai satu kejayaan beliau mendidik pemimpin pembangkang tersebut.
Malah katanya, hasrat terbuka pemimpin DAP itu dianggap sebagai satu kejayaan selepas mereka melihat Pas mentadbir negeri Kelantan selama 23 tahun.
“Dulu Cina takut, usahkan Cina, Melayu UMNO pun takut. Sekarang ini, Alhamdulillah, DAP terima 23 tahun kita perintah Kelantan.
“DAP tengok benda yang Pas buat ini betul, sampai dia sanggup guna lambang bulan untuk bertanding pilihan raya sekiranya diharamkan, ini satu kejayaan besar bagi saya,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Merbau, Selising di sini hari.
 Sila rujuk di sini.
Pilihan Raya tahun ini di jangka sengit dan pembahagian kerusi belum selesai oleh pembangkang. Mereka seolah - olah seperti api dam serkam yang akan meletus pada bila-bila masa lagi. Di Terenggganu juga masih belum selesai di antara PAS dan PKR. PKR pada hari nie menuntut untuk lebihan kerusi dari PRU 12 sebelum ini. Mereka masih bertelagah... hai macam maner nie.. dan Mat Sabu juga idam jadi MB Kedah. Dalam masa yang sama nak juga bertanding kerusi Parlimen? Wah banyok kerusi tu Abe Sabu wehhhh... cukup satu doh lah.... jangan banyok- banyok. Kalau isteri banyok tak po.... tapi kalau isteri orang tak boleh lah abang Sabu sapu.. yeeeerr nanti kaloh pilihan raya....

Sekadar mengambil petikan kata-kata Presiden ABIM ketiga, Datuk Dr. Siddiq Fadzil yang menyatakan ulama perlu berani menegakkan kebenaran dalam apa jua keadaan tanpa mengira tempat dan masa. Malah menurut rakan baik Anwar Ibrahim itu, ulama bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan keadilan dan tidak boleh berkompromi atau bersekongkol.“Ulama harus berani dan bebaskan diri mereka untuk memberikan pendapat demi kebaikan semua,” kata beliau di dalam satu program wacana yang bertajuk “Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” tidak lama dahulu.Namun baru-baru ini, Pas dikecam hebat oleh beberapa orang ulama di Kelantan yang mengatakan bahawa mengundi Pas dalam pilihan raya akan datang adalah haram kerana telah lari dari perjuangan asal sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP. Ini kerana umum mengetahui DAP sebagai sebuah parti ‘ultra kiasu’, mengunapakai pendekatan sekular sebagai teras perjuangan mereka yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Sila baca disini.

Sebelum ni yang ada cuma babak mengayat, kali ni babak apa pulak? Puas la puak cacai dok gelisah spin sana spin sini. Tapi KK nak tengok apa pulak yang terjadi lepas ni.Babak terakhir didalam video ini, Anwar Ibrahim MENERKAM remaja lelaki berumur 19 tahun tu. TERKAMAN yang datang secara tiba tiba dan disinilah yang menariknya kerana rakaman melalui TALIFON Bimbit remaja lelaki itu masih lagi terpasang dan memaparkan adengan yang begitu JIJIK untuk dijadikan Anwar Ibrahim sebagai contoh pemimpin rakyat Malaysia.Berbalik kenyataan Rafizi Ramli yang menyatakan Anwar Ibrahim seorang yang PERAMAH, teringin juga nak bertanya kepada Rafizi Ramli apakah Rafizi Ramli sendiri pernah diterkam oleh Anwar Ibrahim?

Video terbaru disini.

Saturday, March 30, 2013
http://terengganutoday.com/index/wp-content/uploads/2013/03/siti-nurhaliza.jpg 


Maniskan melihat Siti Nurhaliza bertudung complete. Alhamdulillah. Semoga selepas ini, Siti akan beristiqamah untuk bertudung secara tidak langsung dapat menggalakkan dan memberi role model yang baik untuk masyarakat serta peminat untuk bertudung lengkap. Kekadang ikutan artis ni lah yang menjadi pendorong kepada peminat. betul kan? 

Bacaan lanjut di SINI. 

Kuala Lumpur – Isteri Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam, yang ditahan di Makkah kelmarin kerana disyaki memimpin ajaran sesat dipercayai memiliki aset ratusan juta ringgit.
Hatijah bersama lima anaknya dan 84 rakyat Malaysia dan sembilan warga Indonesia ditahan dalam tiga operasi berasingan di Makkah kerana didakwa mengamalkan amalan meragukan, bidaah dan menjalankan aktiviti nasyid berunsur syirik.

Mereka juga didakwa melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen Arab Saudi, tinggal tanpa permit.

Selanjutnya baca di SINI. 

Terengganu dijangka menerima pelaburan RM25 bilion menerusi pelbagai projek berskala besar, termasuk pembinaan dua kompleks kilang besi di negeri itu pada tahun ini.Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata satu perjanjian persefahaman (MoU) dengan satu syarikat dari China yang bersetuju melabur RM15 bilion akan diadakan bulan depan.“Pelaburan untuk membina kompleks kilang besi itu nanti dijangka menyediakan 5,000 peluang pekerjaan.”“Selain itu, satu lagi syarikat juga dijangka melabur RM10 bilion untuk membina satu lagi kilang besi dan perinciannya akan diketahui dalam tempoh terdekat nanti,” katanya ketika merasmikan Terowong Kemajuan di sini hari ini.

Sila baca disini.

Thursday, March 28, 2013

Kita amat memahami strategi ‘overdose’ atau ‘overkill’ iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga orang tidak mampu lagi menelannya.Dalam kes ini, strategi pembangkang mungkin untuk membangkitkan rasa mual terhadap UMNO sekali gus meraih simpati terhadap Nurul Izzah dan Anwar.Namun, cara pendedahan video Nurul Izzah ini agak keterlaluan iaitu menambah cili sehingga tidak nampak lagi masakan asalnya. Ini kerana ia pertama sekali disuarakan oleh Saifuddin Nasution secara terbuka di hadapan wartawan, seolah-olah sengaja sedangkan desas-desus mengenainya belum lagi kedengaran.Mungkinkah ini merupakan strategi ‘pre-emptive’ iaitu bersedia dengan jawapan sebelum soalan dikemukakan? Atau apakah ini hanyalah langkah pertama ke arah satu lagi lakonan tersohor yang bakal diedarkan ala-ala lakonan sepupu Taib Mahmud?Walau apapun, mengenali keluarga Anwar, kita tidak boleh menolak akan kemungkinan bahawa video tersebut tulen dan wujud walaupun motif dan dalangnya tidak dapat dipastikan.Apa yang kita pasti, video tersebut ada di tangan PKR, bukan UMNO. Kerana itulah sehingga ke hari ini, apa yang kita dengar hanyalah dari pihak PKR dan hanya pihak PKR yang ‘seronok’ sekali bercakap mengenainya.Jangan kita lupa bahawa parti PKR adalah parti yang sentiasa bergolak kerana ia menghimpunkan semua orang-orang yang gila kuasa lagi korup di dalamnya.

Sila baca disini.

Wednesday, March 27, 2013

Tidak siapapun mahukan keadaan huru-hara dan mengancam keselamatan. Tindakan pihak tertentu yang mengadakan demonstrasi di depan pintu masuk Wisma Darul Iman baru-baru ini amatlah mendukacitakan kita semua, terutamanya rakyat Terengganu.Apatah lagi penyokong parti pembangkang itu bertindak liar memanjat pagar dan menganggu lalu lintas telah menimbulkan suasana yang kurang selesa dan menggambarkan betapa mereka tidak mempunyai rasa tanggungjawab.Perbuatan itu amatlah tidak bertamadun sama sekali. Tindakan membuat halangan di pintu masuk utama pusat pentadbiran negeri itu menyebabkan orang ramai yang berurusan dengan jabatan kerajaan terganggu, malah pegawai dan kakitangan yang ada urusan tugas di luar terpaksa membatalkan tugasan mereka.

Sila baca disini.

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Takir mencipta hatrik pada Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Terengganu Utara (MSSDKTU) selepas mengutip 21 pingat emas dan empat perak daripada 68 acara yang dipertandingkan pada kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu baru-baru ini.Lebih manis, kejayaan tersebut turut mengangkat dua atlet sekolah berkenaan, Muhammad Khawarizmi Ramlan Ross sebagai Olahragawan MSSDKTU dan Nur Hafi- whaini Masdaku sebagai Olahragawati kejohanan kali ke-44 itu.Pada kejohanan itu juga, atlet SMK Kompleks Seberang Takir turut berjaya memperbaharui empat rekod kejohanan yang mana dua daripadanya menerusi Nur Hafizuhani dalam acara 100 meter (13.16 saat) dan 200 meter (27.56s).Muhammad Khawarizmi pula bagi acara 1,500 meter (4:44.88s) dan kuartet 4×100 meter perempuan bawah 18 tahun dengan catatan masa 56.66s.Naib juara menjadi milik SMK Ibrahim Fikri yang meraih 18 emas, 15 perak dan empat gangsa, sekali gus mengetepikan SM Teknik Kuala Terengganu di tempat ketiga dengan enam emas, empat perak dan tiga gangsa.
Sila baca disini.

PUTRAJAYA – Inspektor Mohamad Hasnal Jamil menanggung kesakitan hampir 21 jam akibat ditembak dan tangan kanannya hampir putus ditetak berkali-kali oleh pengganas Sulu di Semporna awal Mac lalu, dan pada Selasa, beliau berkongsi cerita tanpa sedikit pun semangat juangnya luntur demi negara.“Cuma sedikit terkilan dengan pandangan sesetengah pihak yang mengatakan peristiwa itu hanya sandiwara. Kami tidak minta dihargai cukuplah percaya apa yang kami lalui bukan perkara main-main.“Kami berjuang demi bangsa dan negara. Kalau sesiapa yang mengatakan ia sandiwara, jika berani pergilah ke sana dan lihatlah sendiri,” katanya pada majlis penghargaan dan sumbangan perwira ‘Operasi Daulat’ oleh Kementerian 
Sila baca disini.

10 Kejutan Anwar Ibrahim Menjelang PRU13

Penulis selalu berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian.

Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar…

Katanya, Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang … dia akan simpan isu itu sampai betul-betul menggunung … beberapa hari sebelum pilihanraya umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah.

Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan, ketika itu sudah tentu undi orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti memihak kepada Anwar.

Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikan air mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya.

Momentum akan menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan pilihanraya akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan hasil.

Anwar dijangka akan banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya.

Demi PM … Anwar boleh buat rasanya ….

Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amar rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13.

Antaranya Zul Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful.

Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.

Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.

1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.

2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihanraya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.

3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurut Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan.

***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.

4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ”Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh“, MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA “Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.”

5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (Menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH.

To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud memberi sijil penyertaan kepada peserta


Para pendidik boleh memainkan peranan untuk membendung masalah sosial dan keruntuhan akhlak remaja perempuan yang sedang hangat diperkatakan oleh masyarakat hari ini.
Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud berkata, pelbagai perkara berkait moral remaja dibangku sekolah amat membimbangkan dan perlu dibendung segera.
“Kita sebagai pemimpin Puteri Islam bertanggungjawab untuk sama-sama membendung masalah ini dengan menggunakan segala ilmu yang dipelajari,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Penutup Kursus Asas Kepimpinan Guru-guru Pemimpin Pergerakan Puteri Islam Perhubungan Negeri Terengganu di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Telaga Batin, Kuala Terengganu hari ini.

Seterusnya baca di SINI.





Tuesday, March 26, 2013

SENARAI calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah dikemas kini setakat 25 Mac 2013 telah terdedah. Malang bagi PKR dan Pakatan Rakyat, bukan sahaja video Anwar Ibrahim ‘terburai’ sedikit demi sedikit, tetapi rahsia dan strategi mereka dibongkarkan oleh jentera parti itu sendiri.Difahamkan, individu yang mendedahkan maklumat itu bukan sebarangan orang tetapi dikatakan merupakan pimpinan peringkat tertinggi parti itu.Jika sebelum ini mereka begitu mendabik dada mengatakan mereka mereka mempunyai ‘agen’ di dalam pentadbiran kerajaan untuk membongkar kononnya terdapat banyak penyelewengan tapi sekarang sebaliknya telah berlaku.

Sila baca disini.

 
Rupa-rupanya pembangkang masih lagi belum selesai tentang kerusi antara PAS dan PKR di Terengganu. Mereka masih lagi berbalah sesama sendiri dan masih mencari jalan penyelesaian diantara kedua parti. Di seberang Takir Ustaz Zakaria Dagang yang kalah pun masih ada usaha untuk mendapatkan kembali kerusi Seberang Takir dari PKR yang mana mereka tahu PKR hanya letak Calon dan PAS berkerja untuk mereka dan menjadi hamba Politik rakus PKR.

Mereka cadang untuk hantar memorendum kepada PKR untuk dapatkan semula kerusi Seberang Takir nie.. hihihihihi kesian PAS penat buat kerja PKR juga dapat madu.. PAS di cabul di Seberang Takir. PKR ketawa dengan gelagat PAS yang tak mampu untuk bertanding di Seberang Takir kih kih kih selamat lah belake..... Macamana nak memerintah nie... serik doh weehhh 99 bagi doh..





Kerajaan Filipina mungkin mengemukakan tuntutannya ke atas Sabah selepas Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima hari ini membayangkan akan berbuat demikian.
Akhbar Filipina melaporkan, perkara itu mungkin berlaku selepas De Lima mengesahkan bahawa Jabatan Kehakiman telah mengemukakan satu cadangan daripada sudut undang-undang kepada Presiden Benigno Aquino III berhubung tuntutan tersebut. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan dokumen berkenaan.
De Lima berkata, Filipina mungkin mengemukakan isu tersebut kepada ‘tribunal berkaitan’. “Persoalan yang timbul sekarang, adakah kami mempunyai alasan kukuh dan sah jika membawa perkara ini kepada tribunal berkaitan,” katanya kepada wartawan di Persidangan Kumpulan Pakar Persaingan ASEAN di sini hari ini.
Sila Baca Disini.
JAWATANKUASA Syura Rakyat (JSR) yang ditubuhkan Kerajaan PAS Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 di setiap kampung begitu berkuasa dalam perkara tertentu seperti pecat imam dan bilal, halau pelajar tadika dari balai raya dan terlibat dalam agihan tanah kepada para penyokong PAS. Kerakusan JSR dan penyokong PAS yang baru mendapat kuasa itu telah menimbulkan kemarahan rakyat. Tindak-tanduk JSR adakalanya seperti ‘lebih sudu dari kuah’ hingga jawatankuasa itu digelar ‘Jin Kucar Kampung’ (JSR) oleh rakyat. Di Hulu Terengganu, tindakan JSR yang mengagihkan kawasan-kawasan balak direstui pemimpin PAS kerana hasil yang diperolehi akan disalurkan kepada tabung parti berkenaan. Antara pemimpin PAS yang mendapat ‘nikmat’ menawan Terengganu ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu pada ketika itu, Muhyiddin Abdul Rashid yang kini menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu. Minit Mesyuarat JSR Kampung Kuala Jeneris, Hulu Terengganu kali ke-21 pada 1 Januari 2003 bertempat di Balai Raya Kampung Kuala Jeneris mendedahkan tentang agihan duit jualan balak di Bukit Simpul, Hulu Terengganu yang berjumlah RM150,000.

sila baca disini.

Dua kakitangan Pejabat Tanah Daerah Besut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas dakwaan menipu seorang lelaki bagi mendorong mangsa membuat sejumlah pembayaran kepada mereka, Jun lalu.Kedua-dua tertuduh, Tuan Faizul Azli Tuan Man, 25, dan Tuan Saiful Adli Tuan Mansor, 28, dari Jertih, Besut, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.Mereka yang memegang jawatan sebagai Pekerja Am Rendah di jabatan berkenaan berdepan dua pertuduhan iaitu pertuduhan pertama pada 22 Jun tahun lalu, jam 2 petang di tepi sungai Rua, Felcra Keruak, Kampung Keruak, Hulu Besut, Besut, bersama-sama didakwa telah menipu mangsa, Ismail Mat Noor, 44.

Sila baca disini.

Bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena CN Afghani berhasrat untuk bertemu dan memohon maaf dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri itu pada tahun 1988.Penulis buku Kafirkah Aku? itu berkata, pada masa sekarang beliau sedang menunggu masa yang sesuai untuk bertemu dengan Dr. Mahathir bagi menunaikan hajatnya itu.Menurutnya, rancangan melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO kafir.“Ketika itu, saya menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Padang Terap, rancangan ini terbit kerana kami mahu melaksanakan Islam dengan cara yang mudah disebabkan cara pilihan raya lambat dan kami tidak boleh menunggu lagi.“Selain Dr. Mahathir, kami juga mempunyai senarai nama menteri kabinet untuk dibunuh… dan untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kami sudah ada kabinet bayangan, kami mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri, bagaimanapun rancangan ini gagal selepas ia dihidu oleh pihak berkuasa dan 30 rakan-rakan saya ditangkap.

Sila baca disini.

KUALA LUMPUR, 25 Mac — ‘Ibarat hujan peluru’ itulah ungkapan angota-anggota Komando VAT69 bagi menggambarkan pertempuran dengan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu 1 Mac lepas.
Insp Azwanazlee Saffiai, 33, berkata terdapat dua pasukan yang bertempur dengan kumpulan militan itu iaitu Pasukan Gerakan Khas (PGK) VAT 69 Bravo dan Charlie.Bertindak sebagai komander kumpulan bagi sektor Bravo terdiri daripada 34 anggota dan pegawai, beliau berkata pertempuran berlaku selepas pengganas cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie.“Sewaktu cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie yang juga dianggotai 34 anggota dan pegawai, pengganas memasuki kawasan sektor Bravo dan mereka kemudian mengeluarkan arahan supaya sektor kami (Bravo) beredar meninggalkan kawasan.“Kami (Bravo) enggan berganjak sebaliknya cuba mendapatkan arahan daripada Komander untuk melepaskan tembakan. Pihak pengganas yang sebelum itu memberi amaran ‘berambus Tiger, balik’ (kepada kami) telah melepaskan tembakan kerana kami tidak mahu berundur,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sila baca disini.

LAHAD DATU: Seorang pengganas Sulu ditahan selepas menyerah diri ketika terserempak dengan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan di Tanjung Batu, di sini, lewat hari Isnin.Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sepasukan unit Gerak Gempur Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melakukan operasi di satu kawasan paya sebelum terserempak dengan pengganas itu.Dia kemudian melarikan diri sebelum dikejar dan akhirnya menyerah diri.Lelaki dipercayai tanpa senjata itu menyerah diri dengan mengangkat tangan dan meminta pasukan keselamatan tidak melepaskan tembakan terhadapnya. Difahamkan dua kereta perisai berantai dikerahkan untuk operasi pemantauan berterusan bagi mengesan pengganas lain.Kereta perisai itu dipercayai dikerahkan kerana bimbang penyerahan diri yang dilakukan itu sebagai taktik kotor untuk pengganas lain melepaskan tembakan terhadap pasukan keselamatan.Bagaimanapun, sebaik mendapati tiada yang mencurigakan dan tidak membahayakan, pasukan keselamatan menahan pengganas berkenaan.Pengganas itu kemudian diserahkan kepada pasukan VAT69 dan dibawa ke lokap tahanan sementara untuk disoal siasat.
Sila baca disini.

Monday, March 25, 2013

MohammadTUN DAIM ZAINUDDIN Bahagian akhir temu bual dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, yang membantu Malaysia mengharungi Krisis Ekonomi Asia 1997. Secara jujur, Daim berbicara dengan wartawan New Straits Times (NST), A Jalil Hamid, Rashid Yusof dan Hariz Mohd serta jurugambar Zahari Zakaria, mengenai peristiwa utama ketika zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, termasuk peristiwa yang menjurus kepada pemecatan Datuk Seri Anwar IbrahimWartawan: Laporan media menyatakan ketika pengunduran Tun daripada Kabinet pada 1991, Tun Dr Mahathir mempunyai tiga nama untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Kewangan baru, iaitu Tan Sri Sanusi Junid, Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Adakah ini benar?Tun Daim Zainuddin: Rafidah ketika itu adalah Menteri Perdagangan yang dilantik ke jawatan itu selepas perpecahan antara Team A dan Team B pada 1987. Sanusi ketika itu Menteri Pertanian. Dr Mahathir tidak begitu yakin mengenai Anwar. Beliau berkata: “Saya tidak rasa Anwar mampu mengendalikan Kementerian Kewangan jika melihat latar belakang akademiknya. Anwar lulusan Pengajian Melayu.” Hujah balas saya lebih kurang seperti ini: “Saya rasa jika anda mahu menjadikan beliau pengganti anda, anda perlu melatih beliau.” Saya boleh bantu dia dan beri tunjuk ajar, beri nasihat. Akhirnya saya berjaya meyakinkan Dr Mahathir. Anwar sering ke rumah saya untuk meminta nasihat mengenai perkara berkaitan Kementerian Kewangan. Beliau juga sering membawa saya ke rumahnya untuk makan tengah hari. Ibu saudaranya memasak lauk kegemaran saya. S: Anwar kemudian menuduh Tun sebagai ‘ketua konspirator’ yang menyebabkan pemecatannya daripada Kabinet pada 1998. Bila agaknya hubungan menjadi renggang?J: Tiada masalah antara kami sehingga beliau mula menuduh saya sebagai ketua konspirator. Ini cerita lama, tiada siapa yang berminat lagi untuk tahu mengapa dan alasannya. Orang berminat mengenai apa yang berlaku sekarang dan pada masa depan. Sepatutnya kita tidak patut buang masa dengan Anwar. Masa Anwar sudah berlalu, beliau datang dan pergi. Saya juga rasa yang kita tidak seharusnya memberi terlalu banyak ruang berita kepadanya. Inilah yang disukainya. Beliau tidak suka jika tidak dihiraukan, jadi pada saya abaikan saja. Biarkan dia menjadi penghibur, menari dan menyanyi dalam ceramahnya. Seperti yang saya kata, masa dia sudah berlalu, seperti burung pungguk rindukan bulan. Tetapi jika anda tetap mendesak, saya akan jawab. Orang terbaik untuk bercakap mengenai Anwar adalah Sanusi. Mereka bersekolah bersama, mereka bersama dalam ABIM dan Kabinet dan Sanusi adalah bekas Setiausaha Agung UMNO. Bagaimanapun, saya berjanji untuk menjawab, maka saya akan jawab.Baiklah, jawapan saya kepada Anwar – saya bukan Cassius. Saya mungkin kurus tetapi saya bukan kemaruk. Pastinya saya juga bukan Brutus. Apabila Anwar mendakwa yang saya adalah konspirator, beliau tahu hal sebenar bahawa saya tidak memainkan sebarang peranan, apa juga peranan pun. Saya tidak tahu apa-apa mengenai kes itu sehingga saya diberitahu. Saya mungkin penyibuk tetapi saya tidak masuk campur dalam hal peribadi orang lain. Saya juga tidak mahu orang tahu hal saya. Saya tidak mahu tahu apa yang orang lakukan di luar pengetahuan umum. Saya tidak berminat. Orang menyampaikan kepada saya, tetapi saya kata: “Lihat, kita semua manusia, kita semua ada kelemahan.”Tetapi saya faham yang beliau tertekan, ia adalah kelangsungan politik beliau dan beliau sedang tenggelam, berpaut pada apa saja bagi menyelamatkan diri. Beliau juga tahu saya tidak pernah menjawab sebarang pertuduhan yang dilemparkan kepada saya. Dia sangka saya kawannya dan beliau dalam kesusahan dan saya biarkannya. Saya juga fikir ia sesuatu yang amat sukar dipercayai sehingga menggelikan hati. Anwar, misalnya mendakwa saya membawa RM2 bilion wang tunai dengan pesawat. Tentulah saya seorang yang bodoh dan berapa banyaklah wang tunai RM2 bilion? Mungkin memerlukan beberapa buah lori untuk mengangkutnya. Bagi penyokongnya, biarpun jika beliau memang melakukan apa yang beliau dituduh, walaupun di depan mata mereka, mereka tetap tidak akan percaya. Bagi mereka semuanya konspirasi. Masalah Anwar ialah imejnya lebih bersih daripada bersih. Apabila cerita mengenainya tersebar, beliau ada imej yang menyebabkan orang ramai sukar mempercayainya. Dalam hidup ini, ada perkara yang agak pelik untuk dipercayai benar tetapi hakikatnya ia adalah benar. Seperti kata Sherlock Holmes: “Jika anda sudah membuangkan perkara mustahil, apa saja yang tinggal biarpun sukar diterima akal, ia mestilah kebenaran.”Ada juga mitos mengenai Kennedy (Presiden John F Kennedy), tetapi orang tidak bercakap mengenainya ketika hayatnya. Selepas kematiannya, anda baca mengenainya dan apa yang dilakukannya di luar pengetahuan umum.S: Ada cakap-cakap sebelum ini yang menyatakan dorongan Tun untuk menyingkirkan Anwar adalah kerana mahu melindungi kepentingan perniagaan Tun?J: Itu adalah apa yang beliau katakan, iaitu beliau adalah adiwira yang memerangi jenayah dan rasuah dan perlu ditumpaskan. Jika anda tahu perkara mengenai beliau yang saya tahu, bahawa dakwaannya adalah kelakar, dan paling berani ialah menyatakan ia adalah menegakkan kebenaran. Saya pada masa itu sudah bersara, dan apa kepentingan perniagaan yang saya ada? Saya terpaksa menjual semua aset sebelum menyertai kerajaan pada 1984. Tetapi kemudian, selepas saya keluar Kabinet, saya dilantik pengerusi segi tiga utara, ada klausa dalam perjanjian yang saya boleh menceburi perniagaan. Saya juga bukan lagi anggota Kabinet. Saya berniaga di luar negara selepas bersara. Saya tidak mahu menjalankan perniagaan di Malaysia. Tetapi selepas bank saya di luar negara meraih kejayaan, saya perlu ada bank tempatan, jadi saya beli satu bank. Anda boleh semak, ia sangat mahal, saya bayar lebih mahal daripada orang lain.Pada masa itu, ia adalah harga paling mahal yang pernah dibayar untuk sebuah bank. Ia hanya bank satu cawangan. Kemudian saya jual bank itu ketika saya menyertai semula kerajaan ketika krisis kewangan lalu. Saya benar-benar perlu berhenti membeli bank di Malaysia. Setiap kali saya beli satu, saya dilantik sebagai Menteri Kewangan dan terpaksa menjualnya. Sejurus bersara, saya ke Universiti Harvard, untuk menjadi sarjana tamu di Kennedy School of Government. Anwar masih menghubungi saya di Boston. Beliau bertanya kenapa saya tinggal di sana dan ajak saya balik. Beliau memerlukan saya untuk membantunya tetapi saya kata saya seronok di sana. Saya berjumpa ramai orang. Di Havard saya berjumpa Francis Seow (yang pernah berkhidmat sebagai Peguam Cara Negara Singapura). Beliau menulis buku. Buku-buku menarik. Anda patut membacanya. Kami menjadi kawan baik dan sering bertukar pandangan ketika makan tengah hari. Pada masa itu juga timbul apa yang dikatakan ‘Orang Daim’. Mereka juga sangat rapat dengan Anwar selepas saya pergi. Kebanyakan bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar. Mereka bersekolah bersama Anwar. Yahya (Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad) ketika itu ketua pengikutnya, Halim (Tan Sri Halim Saad) juga di Kolej Melayu Kuala Kangsar.Anwar, menerusi tuduhannya berkali-kali berbohong bahawa saya mahukan kontrak ini dan itu, dan disebabkan dia menjadi penghalang, saya menyingkirkan beliau. Pembohongan yang diulang-ulang malangnya menjadi seperti kebenaran. Kontrak apa? Saya nak tanya, kontrak mana yang saya atau keluarga saya dapat? Tunjukkan saya. Tunjukkan saya satu saja kontrak yang saya dapat daripada kerajaan.Sebab itu saya sentiasa tegaskan bahayanya Anwar ialah beliau lebih Sukarno daripada perkara lain. Semua ucapan berapi-apinya siap dengan kenyataan ekonomi, sebenarnya penghasut yang hebat. S: Apakah ada titik perubahan yang menyebabkan persengketaan? J: Tidak ada persengketaan khusus. Saya adalah kambing hitam dia, daripada banyak lagi kambing hitam. Saya kawan dia, Dr Mahathir mempertahankan dia. Saya beritahu dia jangan jolok sarang tebuan dengan membuat laporan polis tetapi beliau ingat beliau bijak. Seperti saya katakan tadi, anda tak perlu buang ruang untuk Anwar tetapi anda mendesak dan jawapan saya hanya untuk menegaskan jika kita pilih pakatan dan dia mengetuai pakatan, kita menuju jalan kehancuran. Dia sudah diuji ketika krisis kewangan Asia dan dia gagal. Saya fikir dia gagal bukan hanya disebabkan dasar beliau tetapi juga dorongannya. Dr Mahathir, misalnya, benar-benar tersinggung dengan krisis itu hingga beliau tidak sanggup melihat apa yang dibina selama ini musnah disebabkan ketamakan spekulator dan penyangak mata wang, dan beliau mahu pastikan negara selamat semula. S: Sesetengah pengulas mendakwa ketika krisis, Anwar tidak membantu kerana menaikkan kadar faedah ke paras yang amat tinggi.J: Dalam kes Anwar, pada masa itu, beliau diberi nasihat yang amat tidak betul. Kita tahu selama ini, Anwar sebenarnya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dia perlu mendapatkan nasihat orang lain dan itu bukan satu masalah asalkan dia dapat nasihat yang betul.Dan sudah tentu pada masa itu beliau amat sukakan Michel Camdessus daripada Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan James Wolfensohn daripada Bank Dunia. beliau juga rapat dengan Robert Rubin (Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat). Mereka semua kemudian menyokong beliau. Tetapi, lain negara lain persekitarannya, lain tahap pembangunannya dan lain keadaannya. Ketika krisis itu, lihat apa berlaku kepada Korea, Thailand, Indonesia dan kita (Malaysia). Begitu juga Singapura, China dan Jepun. Masa itu, pendirian Anwar ialah mengikut nasihat IMF dan Bank Dunia.Itu adalah reaksi biasa, dalam krisis seperti ini anda perlukan orang besar untuk datang dan memberi nasihat kerana sebarang masalah, IMF dan Bank Dunia akan datang membantu. Jika Amerika menyokong kita juga baik. Amerika ada pengaruh besar ke atas IMF dan Bank Dunia. Dalam kes Korea, negara itu ingin meminjam daripada Jepun supaya mereka tidak rebah tetapi Amerika enggan membantu. Amerika beritahu Jepun supaya jangan tolong, jadi Korea rebah dan kita kena ingat, Korea baik dengan Amerika. Justeru, jangan harap Amerika akan tolong kita. Pada masa itu, Timbalan Setiausaha Negara Amerika, Robert Zoellick, memberitahu dengan jelas bahawa pintu terbuka kepada syarikat Amerika untuk masuk dan mengambil alih syarikat pada harga rendah.Ini yang berlaku kepada Indonesia apabila mereka masuk dan ambil semua yang mereka mahu. Mereka juga bunuh Thailand. Kita saksikan apa yang terjadi. Dr Mahathir faham, beliau kata:“Apa yang kita bina akan dimusnahkan.” Pembangunan dan kestabilan yang dinikmati selama bertahun-tahun akan hilang begitu saja dan jika kita tidak berhati-hati, akan berlaku rusuhan seperti di Indonesia, Korea dan Thailand, mungkin lebih buruk lagi. Justeru, beliau perlu fikirkan bagaimana hendak mengatasinya. S: Berdasarkan penjelasan anda berhubung senario politik, anda lebih risaukan karakter Anwar berbanding apa yang dikatakan sebagai salah laku beliau?J: Saya bimbang beliau tidak mempunyai kefahaman mendalam dalam ekonomi. Jika beliau menjadi Menteri Kewangan sekali lagi atau Perdana Menteri, beliau lebih cenderung mengikut Amerika. Amerika sedang dalam krisis, Eropah sedang dalam krisis. Beliau suka dikaitkan dengan Eropah, Amerika dan Australia. Beliau cuba dapatkan sokongan Australia untuk untuk mengutuk dan mengatakan pilihan raya kita tidak adil. Beliau bercakap mengenai Arab Spring tetapi berkata Arab Spring di sini bukan revolusi sebaliknya menerusi peti undi. Beliau beritahu dunia beliau akan menang pilihan raya kali ini. Jika pakatan kalah, ia disebabkan amalan yang tidak adil dan gerombolan perusuh akan ke jalanan untuk menunjuk perasaan. Beliau janji nak bentuk kerajaan pada September 2008. Semua orang gementar dan ramai yang percaya. Itu gaya beliau, hanya cakap dan berjanji. Sekarang beliau beritahu dunia beliau akan menang. Tetapi kerajaan langsung tidak memberikan reaksi. Tidak pernah berlaku penipuan dalam pilihan raya di negara ini. Pada pilihan raya lalu, mereka membentuk empat kerajaan negeri. Jika kerajaan menipu pada pilihan raya, bagaimana pembangkang boleh menang banyak kerusi. Tiada pilihan raya yang sempurna dalam dunia ini. Tetapi beliau sudah mulakan perkara ini dan kerajaan terpaksa memberi reaksi. Anwar sedang mempengaruhi pemikiran rakyat dan memberitahu dunia Pakatan akan menang dan beliau sendiri tahu beliau tak akan menang. Seperti saya katakan awal tadi, saya persoalkan motif beliau dan Pakatan. Cita-cita peribadinya mengatasi segala-galanya dan menghantui dirinya hingga beliau tidak kisah mengorbankan keamanan dan kestabilan negara.Bolehkah anda bayangkan jika Pakatan tidak berjaya ke Putrajaya? Beliau akan terus mendakwa berlaku penipuan dan cuba membawa Arab Spring ke sini. Menghasut rakyat bahawa di bawah Barisan Nasional, undi mereka dicuri dan mereka terpaksa merusuh di jalanan untuk mendapatkan balik undi mereka. Ini akan timbulkan huru hara dan beliau tidak peduli kerana cita-citanya mengatasi segala pertimbangan. Pakatan pun tidak peduli kerana mereka di pihak yang sama.

Mexico – Foto mengejutkan ini menunjukkan bagaimana mayat tujuh lelaki yang ditemui atas kerusi plastik ditembak di kepala dengan mesej ancaman dipaku pada dada mereka menggunakan alat pemecah ais.Mereka yang mati itu adalah pencuri, penculik, penyerang seks(mungkin pengamal seks bebas) dan pemeras ugut.Dan yang pastinya mereka bukanlah ahli PAS atau pengganas Kiram.Satu pelekat pada satu mayat berkenaan yang ditemui pagi semalam di Uruapan, negeri Michoacan berbunyi: “Amaran! Inilah yang berlaku kepada pencuri, penculik, penyerang seks dan pemeras ugut.” Tujuh mayat yang mempunyai kesan kecederaan ditembak didudukkan di atas kerusi dekat bulatan jalan raya, kata pihak berkuasa tempatan. Pejabat pendakwa raya tidak memberikan motif pembunuhan itu.

Sila baca disini.

Sunday, March 24, 2013

SETELAH mendapat berita gembira yang ‘Menteri Pertahanan’ Sulu, Datuk Amir Bahar Hushin Kiram berjaya ditahan di Semporna, Sabah semalam, kami mendapat satu lagi berita terkini yang cukup melegakan.Ali, anak kepada seorang kepada penduduk kampung yang dipercayai tali barut kepada pengganas Sulu, Mat Bom, juga berjaya ditahan.Menurut sumber, tangkapan dibuat di kawasan Felda Sahabat, Lahad Datu. Ali ditahan bersama isterinya.” Ketika ditangkap, kedua-kedua-duanya dalam keadaan terkejut dan tidak sempat bertindak balas,” katanya eksklusif kepada Mynewshub.my di sini hari ini.Untuk rekod, Mat Bom antara orang kampung yang terawal ditahan oleh pasukan polis kerana dipercayai menjadi dalang mengatur pergerakan pengganas Sulu di sekitar Lahad Datu.

Sila baca disini.

SETELAH mendapat berita gembira yang ‘Menteri Pertahanan’ Sulu, Datuk Amir Bahar Hushin Kiram berjaya ditahan di Semporna, Sabah semalam, kami mendapat satu lagi berita terkini yang cukup melegakan.Ali, anak kepada seorang kepada penduduk kampung yang dipercayai tali barut kepada pengganas Sulu, Mat Bom, juga berjaya ditahan.Menurut sumber, tangkapan dibuat di kawasan Felda Sahabat, Lahad Datu. Ali ditahan bersama isterinya.” Ketika ditangkap, kedua-kedua-duanya dalam keadaan terkejut dan tidak sempat bertindak balas,” katanya eksklusif kepada Mynewshub.my di sini hari ini.Untuk rekod, Mat Bom antara orang kampung yang terawal ditahan oleh pasukan polis kerana dipercayai menjadi dalang mengatur pergerakan pengganas Sulu di sekitar Lahad Datu.

Sila baca disini.

Manila – Philippine Military Intelligence mengesahkan kehadiran Sivarasa dan Tian Chua ke Manila, Filipina pada 7 Februari 2013, yakni dua hari sebelum pendaratan Pengganas Kiram ke Lahad Datu pada 9 Februari 2013.Media antrabangsa seperti Reuters, Inquirer Manila Times, The Philipine.ABC.CBN, Wikileaks dan Kedutaan Amerika di Manila mengesahkan akan “Pembabitan. dari Malaysia”. Kemudiannya individu pembangkang ini dikenalpasti sebagai Tian Chua, R. Sivarasa dan Bapa Pengkhiamat Negara Anwar Ibrahim.Dua hari lepas, Atik Husin dan Holanda mengesahkan di Mahkamah Tawau bahawa mereka dibayar upah dan wang oleh seseorang semasa di Filipina lagi.Pada 8.2.2013 iaitu sehari selepas R.Sivarasa dan Tian Chua bertemu dengan Kelompok-Kelompok MNLF, dipercayai memberikan Sejumlah Wang yang maha besar kepada MNLF untuk mengkucar-kacirkan Sabah menjelang Pembubaran Parlimen kononnya pada 1.3.2013.Perjumpaan pada 7 Feb 2013 merupakan janji manis Buku Jingga ke-2, dua orang pengkhianat kepada penceroboh untuk menceroboh negara sendiri.Begitu juga bapa segala pengkhianat negara Anwar Ibrahim turut bersama-sama berada di Manila bertemu Nur Misuari. Ini juga dipantau oleh Philipine Militarry Intelligent dan dilapor oleh media-media cetak antarabangsa.4.3.2013 – Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh “Tokoh Pembangkang” lebih tepatnya ialah “Anwar Ibrahim”!7.3.2013 – Anwar membayar Azlan Mohd. Lazim supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul. – Nur Misuari dalam FB nya menyatakan Kegembiraannya, Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar!
Sila baca disini.

Kuala Lumpur: “Musuh tetap musuh dan kita (polis) perlu mengambil tindakan mengikut undang-undang Malaysia,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengulas kenyataan Azzimudie atau Agbimuddin Kiram yang mendakwa lapan pengganas yang dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Tawau, Sabah, Khamis lalu, adalah rakyat Malaysia.Ismail berkata, tidak timbul masalah sama ada lapan yang didakwa itu adalah rakyat Malaysia atau Filipina kerana sesiapa sahaja yang melakukan keganasan dan mengancam keselamatan negara dianggap sebagai musuh.Menurutnya, Peguam Negara ada bukti kukuh bagi mendakwa lapan individu terbabit mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup, Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan Seksyen 130 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup.“Tugas penting Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekarang ialah menjaga keselamatan seluruh rakyat Sabah.“Pendakwaan dibuat di mahkamah dan kita bertindak berdasarkan perundangan negara ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di sini, semalam.
Sila baca disini.

Setiap pagi menatap akhbar ataupun menonton berita di rangkaian media elektronik, fikiran kita kadangkala menjadi sedikit kacau kerana bahan berita yang masuk ke dalam minda kebanyakannya adalah berupa percanggahan.Jarang kita mendengar atau membaca laporan yang boleh memberikan kita ketenangan, yakni tidak menjadikan minda dilanda gusar atau resah, sama ada berita itu dari dalam negara ataupun luar negara. Percanggahan itu berpunca dari gambaran dalam pemikiran orang yang menjadi sumber berita ataupun penyebarnya.Seperti kata pakar psikologi, perbezaan pendapat merupakan suatu perkara yang memangnya berlaku, bahkan dalam kalangan dua orang anak kembar seiras pun berlaku percanggahan yang nyata. Walhal, dari segi proses kelahiran dua orang anak kembar itu adalah sama kalaupun tidak belajar dalam kelas yang sama dan guru yang sama.Dua anak kembar seiras, yang dilahirkan oleh ibu bapa yang sama, tinggal di rumah yang sama dan sentiasa dilihat bersama, berpakaian sama dan semuanya dari segi fizikal sukar dibezakan, dalam hal pendirian dan citarasa, keduanya mempunyai perbezaan.Dalam pemahaman budaya, ada peribahasa Melayu, rambut sama hitam tapi hati adalah berbeza. Maknanya, yang membezakan seseorang itu sehingga memasuki gelanggang percanggahan ialah berkaitan dengan hati.Begitu juga dengan seseorang yang mempunyai ketinggian ilmu sekalipun ia tetap berbeza pandangan sehingga perbezaan itu dilihat sebagai satu perkara yang amat sukar dibentuk kemuafakatan. Bila memikirkan situasi itu, maka kita tidak perlu terpesona dengan jelmaan fizikal, kerana amat jarang kita menemui refleksi yang selari antara lahiriah dan batin.

Sila baca disini.

Saturday, March 23, 2013

ORANG ramai mengangkat sepanduk “I Love PM” dan “I Love BN” ketika menghadiri majlis perasmian Program Rimbunan Kaseh oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Tanjung Besar, Kuala Lipis, Pahang hari ini. – UTUSANKUALA LIPIS 23 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap slogan “I Love PM” yang sering dilaungkan oleh rakyat ditukar kepada “I Love BN” pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.Perdana Menteri berkata, kerajaan dibawah Barisan Nasional (BN) dari dulu sehingga kini telah membawa perubahan serta kemajuan kepada rakyat dan negara.Menurut beliau, rakyat tidak boleh mengharapkan pembangkang kerana mereka hanya pandai mengkritik dan membuat fitnah tetapi tidak membuat apa-apa.“Rakyat perlu memberikan sokongan kepada BN bagi meneruskan kesinambungan program tranformasi yang dirancang oleh kerajaan,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Program Rimbunan Kasih di Tanjung Besar di sini hari ini.

Sumber.

KERATAN paparan muka akaun twitter milik Lim Kit Siang yang mengesahkan kenyataannya bercadang bertanding atas lambang Pas jika parti DAP digantung pendaftarannya.KUALA LUMPUR 23 Mac – Langkah Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mahu bertanding menggunakan lambang Pas sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung pendaftaran partinya dipersoal memandangkan agenda perjuangan antara kedua-dua parti itu berbeza sama sekali.Penganalisis politik, Prof. Madya Zainal Abidin Borhan berkata, Kit Siang dan pimpinan DAP tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan platform parti lain terutamanya Pas sedangkan mereka boleh menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR).“Jika benar itu berlaku, Pas selepas ini akan dianggotai dan dipimpin oleh orang-orang kafir.“Menggunakan logo Pas berbanding PKR dibimbangi mempunyai niat jahat untuk memecah-belahkan umat Melayu dan Islam sekiranya parti yang dipinjam untuk ditandinginya itu menang,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Online petang ini.
SILA baca disini.

Seberang Takir telah lama menjadi kubu kuat UMNO dan BN. Ini di akui sendiri oleh pihak PAS yang telah lama idamkan kerusi Seberang Takir. Pada kebiasaanya kerusi ini di tandinhi oleh pihak Pas tetapi sejak berlakunya pakatan diantara parti pembangkang maka Seberang Takir di berikan kepada PKR pada tahun 2008. PKR juga tewas dengan majoriti yang lebih besar dari PAS. Pada PRU ke 12, selepas di umumkan kerusi di berikan kepada PKR. JENTERA PAS lumpuh sama sekali. Markas-markas di tutup dan tidak di buka.Sehinggalah pemimpin kanan dari Pas iaitu Mustapa Ali memujuk mereka untuk bekerja walaupun di tolak oleh sebahagian besar kepimpinan dan ahli PAS. PROTES ini telah di zahirkan pada waktu mengundi yang maner PKR te2as dengan majoriti 2350 yang mana sebelum ini Pas hanya tewas 1800 sahaja. Pentunjuk ini telah di berikan pada ParU13 kepada pemimpin PAS agar kembalikanan kerusi DUN N11 Seberang Takir kepada PAS atau akan ada undi protes yang lebih besar pada PRU13 nanti. Sekali lagi bukti protes di berikan kepada banner yang telah di letakkan di kampung Kubang Badak pada baru-baru ini. BANNER itu menyatakan yang mereka tolak PKR dan mahukan N11 Seberang Takir menjadi milik PAS. Dari sumber dalaman PAS mereka perlukan kerusi itu untuk kurangkan Undi untuk menangi Parlimen. Tetapi malangnya kerana inginkan kompromi maka kerusi itu di serahkan kepada PKR yang jelas tidak ada jentera dan kekuatan 100 peratus bergantung kepada jentera PAS. Mereka juga berkata undi protes akan lebih parah dari sebelumnya jika PKR masih bertanding di Seberang Takir. Macamane mereka hendak memerintah jika pengurusan kerusi pun mereka tidak boleh buat keputusan. Inilah Pakatan rapuh yang menjanjikan bulan dan bintang tetapi masalah dalaman penuh dengan kekusutan.

Terkini :Ketua pengganas sulu , Jamalul Kiram III kini dikatakan sedang menyiapkan kertas tuntutan mahkamah untuk menyaman kerajaan Malaysia sebanyak rm77.8 bilion atas dakwaan membangun dan merampas sabah secara haram. menurut laporan akhbar dalam talian ,the manila times net, saman itu akan di hantar kepada mahkamah keadillan antaranbangsa.(ICJ).
Sila baca disini.

Haiii makin hari makin dekat dengan PRU13. Semua orang menunggu tarikh dari PM kita. Kuat khabar angin dari Pahang yang PM akan umum pada malam ini di Padang MPK 2 Kuantan.
PM akan berada di sana jam 9 mlm untuk bersama-sama rakyat Pahang dan di jangka puluhan ribu akan hadir.

Di harapkan PM akan umumkan sesuatu pada malam ini. Sama-samalah kita tunggu pengumuman dari PM malam ini. Hanya 1 jam sahaja dari sekarang.

Kuala Terengganu :  Himpunan Gagasan Aspirasi Wanita Muda peringkat negeri terengganu telah berlangsung di Stadium Negeri Kuala Terengganu. Majlis di rasmikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Ahmad Bin Said Menteri Besar Terengganu. Program anjuran Persatuan Wanita Muda Terengganu ( WARDAH) itu yang di pengerusikan oleh Puan Nordiana Binti Haji shafie mendapat sambutan hebat dari seluruh wanita muda di negeri Terengganu. Kehadiran melebihi 5 ribu orang wanita muda memenuhi stadium negeri hari ini.  Tahniah dan Syabas buat Puan Nordiana  binti Haji Shafie kerana berjaya mengumpul bergitu ramai wanita muda pada hari ini…
Sila baca disini.

LAHAD DATU – Sekumpulan wanita Sulu yang direkrut menjadi penembak tepat oleh gerombolan pengganas yang diketuai Azzumuddie Kiram yang menceroboh negeri ini sejak 12 Februari lalu, kini dipercayai hidup menderita kerana tiada makanan.Mereka kini dipercayai hilang arah menyembunyikan diri di dalam hutan selepas Azzumuddie sudah meninggalkan kumpulan tersebut manakala pasukan keselamatan pula giat melancarkan Ops Daulat bagi memburu saki-baki pengganas itu.
Lagi gambar disini.

Tindakan ulama terkemuka dunia Islam, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi menulis surat penghargaan beliau kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai respons dan pengiktirafan di atas keberanian PM melawat Semenanjung Gaza, Palestin sesungguhnya mengejutkan ramai pihak.Dalam permulaan surat itu, tanpa berselindung Al-Qaradawi memanjatkan doa memohon kepada Allah S.W.T semoga terus mengurniakan keberkatan serta rahmat kepada Dato’ Seri Najib dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai matlamat kemajuan, kestabilan dan keselamatan rakyat Malaysia dan global.Surat penghargaan Al-Qaradawi ini merupakan tamparan hebat kepada pembangkang. Ia langsung tak terjangka oleh sesiapa memandangkan selama ini gerombolan pembangkang sering menggambarkan ulama tersohor itu agak dingin dengan kepimpinan negara.Adalah satu kebiasaan Anwar memanipulasi nama Al-Qaradawi dalam usaha mencipta persepsi umum supaya dirinya dilihat berada di pihak yang benar dan mendapat sokongan ulama terkemuka itu dalam usahanya menjatuhkan kepimpinan Najib dan Kerajaan Malaysia.Lantaran itu tidaklah menghairankan apabila ramai di kalangan pemimpin pembangkang sering mendabik dada konon perjuangan mereka menentang Barisan Nasional (BN) sentiasa mendapat sokongan dan restu dari tokoh ulama terkemuka dunia Islam itu.
Sila baca disini.

Malu sungguh Singapura apabila Komando Malaysia menceroboh masuk Pengkalan Udara Singapura di Bukit Batok dengan menampal Stamp Malaysia pada misil dan menukarkan bendera Singapura kepada bendera Malaysia di atas meja Pegawai Memerintah Pasukan itu di Singapura. Itu belum lagi yang dia orang siap berak, makan minum, tengok TV dan tinggalkan seluar dalam kotor dalam almari komanden kem berkenaan. ini yang tak dilaporkan. ha ha ha.. Tu la sombong sangat Singapura ingat mereka hebat.PAP punya malu tidak terkira sehingga mengarahkan DAP untuk menjatuhkan kredibiliti angkatan tentera kita pula. TOLONG SAMPAIKAN PESANAN DARI KAMI WARGA MALAYSIA KEPADA LIM KIT SIANG DAN ANWAR IBRAHIM. JANGAN INGAT TENTERA SINGAPORE HEBAT SANGAT HINGGAKAN KAMI TAKUT DENGAN MEREKA . JANGAN DI BANGUNKAN HARIMAU YANG SEDANG TIDUR.
Sila baca disini.

Thursday, March 21, 2013

Bilik Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.Turut terbakar ialah bilik pegawai khas Naib Canselor, ketua pegawai pentadbiran canselori.Ketika ini, usaha memadam kebakaran masih dijalankan oleh anggota-anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dan Jalan Kota.

Gambar disini.

MENTERI Besar, Dato’ Seri Ahmad Said meluahkan rasa gembira dan bangga dengan peningkatan prestasi pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) seluruh Terengganu berbanding 2011.Terengganu merekod pencapaian 96.01 peratus (2012) berbanding 95.34 peratus pelajar yang mencapai lulus penuh sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dan layak mendapat sijil STPM pada tahun sebelumnya.“Malah, dengan pencapaian 96.01 peratus itu, membolehkan Terengganu mengatasi pencapaian nasional yang merekod 94.44 peratus.“Seramai 15 pelajar berjaya memperolehi 4.00 flat (empat prinsipal A) berbanding hanya empat pelajar tahun lalu. Daripada 442 orang mendapat 4.00 flat seluruh negara, 15 daripada mereka adalah dari Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman, semalam.

Sila baca disini.

LAHAD DATU: Seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati dan pasukan keselamatan turut menahan seorang wanita berusia lewat 40-an dalam satu pertempuran di Kampung Tanjung Batu, di sini, Rabu.Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin mengesahkan perkara ini pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Felda Sahabat 16, di sini, Khamis.
Sumber.

PAS yang memerintah Terengganu antara 1999 hingga 2004 telah membuat satu pelaburan ‘sesat’ hingga mengakibatkan syarikat milik kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) rugi sebanyak RM 37.5 juta untuk membeli 66,350,711 saham dalam syarikat Aurado Energy Inc. (Aurado).Aurado ialah sebuah syarikat minyak yang didagang pada Toronto Stock Exchange.
Sila baca disini

Papa Gomo menerusi laman blognya hari ini mendedahkan video yang didakwa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar bersama seorang mahasiswa dari Sabah.Pendedahan tersebut berikutan tempoh 48 jam bermula 4 petang 19 Mac 2013 yang diberikan kepada Anwar untuk menarik kembali saman kepada Papa Gomo tamat 4 petang hari ini.Menurut Papa Gomo, rakaman video dalam tertiban terbarunya itu tiada kaitan dengan gambar dari blog ‘Aksi si Raja Goyang’ yang dipaparkan sebelum ini.Katanya lagi, dakwaan Anwar yang mengaitkan Papa Gomo sebagai pemilik blog raja goyang tidak benar dan memberi amaran sekali lagi kepada beliau untuk menarik kembali saman RM 100 juta itu.Anwar dalam pada itu telah memfailkan saman terhadap Papa Gomo diatas dakwaan menyebar gambar lucah mirip Ketua Pembangkang itu.
Memang jelas video ini Anuar Ibrahim....kih kih kih Anuar Ibrahim is Dead.

Sila ikuti disini.

Powered by Blogger.

Popular Posts

PAPAGOMO

Popular Posts

viewer

Search

Pages

Total Pageviews

About Me

Perjuangan baru bermula. Demi Alif Ba dan Ta...

DAP ganti PAS

DAP ganti PAS

Followers

Blog Archive