Saturday, June 25, 2011

Mereka sudah berani bermain api?....... 

yasin.avi_000028934
Kesucian Agama Islam terus dihina.Dalam kejadian terbaru,11 naskah surah Yasin di Masjid Negeri Pulau Pinang didapati menggandungi gambar gambar lucah yang ditampal didalam halamannya.Ianya ditemui oleh seorang pegawai kakitangan Masjid berkenaan ketika hendak membaca surah Yasin selepas selesai solat.
yasin.avi_000047174
Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang Encik Yusuf Ahmad berkata,kakitangan Masjid telah memaklumkan penemuan semua naskah Yasin yang ditampal dengan gambar bogel tersebut pada kira kira pukul 4 petang.Beliau juga berpendapat surah surah Yasin tersebut bukanlah milik Masjid Negeri sebaliknya ia dibeli dari luar dan dimasukkan gambar gambar tersebut dan kemudiannya diletakkan bersama sama surah surah Yasin kepunyaan Masjid.
yasin.avi_000048654
Beliau juga mengesyaki perbuatan itu mungkin mempunyai niat jahat untuk menghina ajaran Islam.Berikutan dengan apa yang berlaku,satu laporan polis kemudiannya dibuat di Balai Polis berhampiran.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang,SAC Zarudin Abdullah berkata kes yang sama pernah berlaku dikawasan Bertam Kepala Batas sebelum ini.Menurutnya lagi,perkara sebegini tidak akan dipandang ringan dan pihak polis akan menjalankan siasatan yang rapi dari semua sudut.Kes ini kini disiasat dibawah seksyen 295 kanun keseksaan.
Ini lah akibat tiada penyatuan dari orang-orang Islam, yang mana kita di ajar dengan begitu rupa. ANAK merasakan iadalah strategi jahat yang mempunyai serampang dua mata iatu memecah belahkan orang melayu yang mana PAS akan kata UMNO. Adakah seorang muslim sanggup untuk berbuat demikian. Di samping itu mereka juga berpeluang untuk menghina agama Islam. Inilah strategi yahudi yang cuba untuk pecah belahkan orang Melayu dan cuba ambil perluang di dalam kekecohan yang berlaku. Apa dah jadi umat Islam sekarang. Dahulu pernah di provok dengan kepala Babi di lemparkan ke dalam Masjid. Dengan harapan PAS akan kata orang UMNO yang buat sedangkan ada pihak ketiga yang boleh di gelar anak-anak syaitan yang lakukan. 


'aku tahu asal usul mu
Sumber di sunting dari Blogs lepaklepakkedaikopi.

Satu lagi video seks Anwar mula tersebar di internet ?

 -Gambar Hiasan


"Kepada rakyat Malaysia, berhati-hati. Teman mendapat maklumat dari sumber dalaman PKR sendiri bahawa mereka merancang membuat satu videoklip palsu ataupun mengubahsuai videoklip Eskay sehingga menimbulkan keraguan; dan video palsu itu akan dicetak dengan banyak dan ditaburkan kepada rakyat disegala pelosok negara. 

Kaum-kaum durjana ini kemudian akan membuat lapuran polis mendakwa UMNO, BN dan Kerajaan bertanggungjawab kononnya menyebar videoklip itu. 

Setelah rakyat nanti terpengaruh dengan video palsu itu, mereka akan bawak cerita konon jelas dari video palsu itu bukan Anwar Ibrahim. Dan rakyat akan terpengaruh dan percaya sebab mereka sudah menerima video palsu itu. 

Teman nasihatkan pihak berkuasa dan Kerajaan supaya mengambil tindakan pre-emptif. Jangan tunggu nasik jadi bubur; jangan sampai rakyat terpengaruh saperti cerita 'gambar si-mata lebam'!!!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam dan wassalam.

Jumaat
22 Rejab 1432
24 Jun 2011
Sumber dari: nalurirakyat.blogspot.com
Wednesday, May 4, 2011

Dengar cerita Umie akan datang ke Terengganu, pada 6hb Mei 2011 dan akan buat ceramah di belakang Astaka . Betul ke nie? hai bagus nie kalau kita dengar apa yang Umie Halfida yang akan dedahkan pelbagai rahsia Anuar.... kalau datang betul...best nie mari kita pakat gi ramai ramai deh.....  tapi bagus juga kalau kita lihat dahulu atau tonton dahulu di video ini...hehehehehe


aku tahu asal usul  mu setan......
Tuesday, May 3, 2011
Hai Anwar makin lama, makin kau terlanjangkan diri sendiri, dan mengakui tanpa sedar.. inilah sepandai-pandai tupai melompat akhir jatuh tersepak kaki sendiri jua.. hahahaha jadi cuba saksikan video di bawah nie...
Hai kenapa Anwar kata... kalau nak bersumpah maka orang yang bersumpah itu mestilah tidak minum arak, berzina dan melakukan dosa besar.... hai nuar nuar Dato eskey bersumpah dan kamu tu yang takut bersumpah maknanya kamu nie buat dosa besar lah ye..isk isk isk isk kekekekh keh keh keh keh keh keh
kantoi......

Aku tahu asal usul mu



Monday, May 2, 2011
Wah! hebat sungguh sambutan rakyat Terengganu kepada PM. Di seluruh tempat di Terengganu. Syukur kehadrat Allah SWT kerana segala persediaan dan persiapan telah berlaku dengan lancar sekali. Saya sempat pergi ke semua program PM di Bukit Tunggal sambutan pagi di Pekan batu 6 cukup luar biasa... PM sempat melawat dan makan pagi di warong di sana. Rakyat begitu teruja untuk berjumpa dengan PM pada masa itu. Di Manir sekali lagi kejutan besar telah berlaku yang mana hampir 10 ribu orang yang hadir untuk bersama-sama PM dengan slogan We Love Najib. Tahniah buat Yusof Awang Hitam, mungkin boleh saya katakan winneble candidate. Orang muda juga tidak kurang hebat memberi sambutan kepada PM pemimpin tertinggi Malaysia dan UMNO.

tetapi yang paling menakjubkan adalah pada makan malam, Jamuan Rakyat di Taman Shah Bandar yang mana ia telah di hadiri oleh 26 000 rakyat dari pelbagai lapisan. Syabar MB Terengganu yang mana ia adalah satu jamuan rakyat yang paling besar pernah di buat di Malaysia ini. Jelas nampak dari raut wajah PM  teruja dengan sambutan rakyat  pada malam itu. Syabas kepada semua jentera Parti yang bersungguh-sungguh melaksanakan program tersebut. Syabas Semua.

di khabarkan ramai yang tidak dapat makan kerana terlalu ramai yang hadir... tetapi mereka tidak marah kerana tahu sambutan cukup  luar biasa....syabas sekali lagi kepada semua


Aku tahu Asal Usul Mu
anak


Monday, April 18, 2011

Kali ini kita lari sedikit topik dari politik kepada alam misteri. Baru-baru ini heboh di Kg Jati Seberang Takir tentang cerita aneh yang berlaku di Kg tersebut. Kg Jati ini terletak di dalam Dun Seberang Takir depan UNISZA dan sebelah Kem PGA .Anak mendapat berita dari seorang kenalan yang tinggal di situ. Anak pun merasakan perlu tahu dan dengar sendiri cerita agak seram tersebut. Oleh itu, minggu lepas anak pergi lah ke Kg tu jump seorang 5 orang muda di Kg tu... mereka menceritakan sendiri pengalaman di Kg Jati ini kepada anak. Kata seorang pemuda itu. pada satu malam jumaat semasa pemuda-pemuda Kg sedang lepak sambil berjaga malam di satu Pos kawalan SRS di Kg Jati tu, pada malam sebelum itu tiada peristiwa aneh yang berlaku, tatapi pada malam itu jam 3 pagi mereka mendengar seorang perempuan meminta tolong. 'Tolong! Tolong! Tolong!' sayup sayup kedengaran.... jelas pasal malam tu dalam pukul 3 pagi tiada kenderaan keluar masuk...jadi memang jelas....terus Anak berkata kepada mereka 'ce cite' 'ce cite' 'ce citer' hehehehehe.... lepas tu mereka menyangkakan pencuri telah masuk rumah jiran yang berdekatan... lalu oleh kerana rasa tanggung jawab dan niat ingin menolong jiran yang dalam kesusahan lima anak muda itu terus ke tempat atau asal bunyi itu datang... mereka terus mengekori bunyi tersebut sehinggalah suara itu makin lama makin dekat..........  tetapi alangkah mereka berlima terkejut apabila muncul se ekor ular sawa yang sebesar tiang elektrik melintasi jalan dan menuju ke arah seorang yang datang dari kawasan semak samun berkenaan ...... Mereka terus tergamam dan hanya memerhatikar ular itu berlalu...'macam anacondaaaaa' kata salah seorang pemuda itu. Sejurus ular itu hilang di kawasan semak samun dan dalam gelap gelita..... maka suara wanita tadi terus hilang.... mereka panik takut-takut ular tersebut telah menyerang seorang mangsa wanita di Kg itu lalu mereka telah pergi ke rumah jiran yang berhampiran kawasan tersebut untuk meminta bantuan dan kebetulan jiran tersebut adalah seorang anggota polis.... semasa jiran tersebut sedar, beliau juga dengar dengan jelas wanita tersebut meminta pertolongan..... dan selepas mendapat penjelasan dari ke lima-lima pemuda tersebut maka... jiran tersebut yang merupakan aggota polis menyarankan lapor kan kepada balai berhampiran takut-takut ada kejadian ular menyerang manusia....  lalu mereka pun terus pergi ke balai Polis Gong Badak untuk membuat laporan.... sebuah peronda telah pergi ke tempat kejadian... tetapi memandangkan tiada peralatan dan risiko yang tinggi untuk berhadapan dengan ular ala ala anaconda ini maka anggota polis menangguhkan untuk membuat pemeriksaan pada ke esokkan paginya.... kekecohan di tempat kejadian telah menarik jiran-jiran di sekitar tempat kejadian.... maka salah seorang telah bertekad untuk masuk dan mengetahui kejadian sebenar keran bimbang jika betul ular tersebut telah menyerang wanita yang di dakwa meminta pertolongan ...maka jiran tersebut terus masuk keadalam kawasan semak samun dengan lampu suluh dan lampu di tangan.... ramai yang tidak berani masuk bimbang di serang oleh ular tersebut.... setelah 5 minit lelaki berkenaan masuk kedalam kawasan tersebut maka lelaki berkenaan keluar dan menyatakan tiada apa-apa yang aneh dan ular tersebut juga tidak kelihatan.... mereka semua hairan kerana mana mungkin ular sebesar itu hilang begitu sahaja dan suara wanita itu menjadi tanda tanya.... hai itu lah serba sedikit mana tentang cerita agak agak misteri Kg Jati nie bukan Kg pisang hehehehehe selamat beramal.... 


aku tahu asal usul mu 








Tuesday, March 8, 2011
Wah makin lama makin hebat sekarang nie di Terengganu....Ramai orang sudah bercakap tentang PRU 13 makin hampir dengan kita. Semua sudah sibuk melancarkan gerakkan untuk persediaan pilihanraya yang bakal menjelma. Di Seberang Takir orang PAS boleh lah di katakan tidak memberi sebarang sumbangan pada PAS kerana dalam kerjasama dengan Pakatan Rakyat, PKR telah di beri kerusi untuk bertanding di Seberang Takir. Ini lah hakikatnya PKR akan di beri kerusi yang sudah tentu menjadi kubu kuat UMNO dari dahulu lagi.  Selama ini kita lihat di Seberang Takir hanya PAS yang kuat bekerja berceramah di merata tempat. Malangnya PKR yang bertanding... betulah calon PAS memang 'dok rok cetong' tiada yang layak untuk berhadapan dengan calon BN yang terbukti begitu hebat dan menjadi hamba rakyat dan sesuai dengan 'rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan'. Orang Keadilan kata mereka mampu buat lebih baik dari PAS dan dapat mengurangkan majoriti yang banyak dan mengatakan PAS gagal untuk mengurangkan majoriti di Seberang Takir.... itulah kata orang keadilan.. maksubnya orang PAS memang d'ok rok cetong 'di Seberang Takir. Tapi PKR juga sama sahaja di Seberang Takir lagi dok rok cetong...tiada usaha yang di buat oleh keadilan Seberang Takir.. mereka tiada cabang atau ranting pun di sini, masakan hendak memberi tekanan kepada UMNO Seberang Takir


PKR di Terengganu sudah makin parah pada hari ini, mereka bergolak dari dalam cukup parah di antara AMK dan juga pengerusi negeri mereka sendiri. PKR di Terengganu tunggu masa untuk jatuh dan berkubur. Mereka seperti di anak tirikan oleh bapak Anuwar sendiri. Anuwar tahu yang Terengganu cukup sukar untuk di tawan malah dengan rekod PAS yang lepas lagi parah untuk menawan Terengganu oleh PAS. Sikap beginilah yang menyebabkan Anuwar tidak mahu cakna pada penyokong mereka sehinggakan dengar dari sumber dalaman ANAK yang mana pentadbiran mereka lumpuh di Terengganu. hai.... kepada penyokong PKR bo bo lah kembalilah ke pangkal jalan...mmmm ada ke penyokong PKR di Terengganu nie....? Ingatlah PAS anda menyokong seorang raja DRAMA yang paling ulung pernah di lahirkan di Malaysia....Anak ada dengar cerita dengan orang UMNO lama yang menyatakan sikap Anuwar...mereka kata Anuwar ini jika jumpa Ustaz dia akan bercakap dan berkata-kata lebih dari seorang Usztaz dan jika berjumpa syaitan maka dia akan lebih dari syaitan...haiiiii apa dah jadi sekarang nie.,,... 
Apa dah terjadi pada PKR Terengganu hancur dan bukan retak lagi tapi dan rosak semuanya...PKR lumpuh 100% dan tiada aktiviti dan tindakan....mereka yang menggunakan PAS sahaja untuk di jadikan kuda bagi kepentingan pribadi Anuwar...pakatan Syaitan yang telah di dedahkan oleh Ahli Parlimen Zul Nordin jelas menyatakan Anuwar berperangai syaitan....ingatlah wahai pengundi-pengundi yang budiman..... Hanya lakukan UNDILAH BN jangan jadikan negara kita di pimpim oleh hipokrit dan sanggup menjual agama dan bangsa kita sendiri..............


'aku tahu asal asul mu'
Powered by Blogger.

Popular Posts

PAPAGOMO

Popular Posts

viewer

Search

Pages

Total Pageviews

About Me

Perjuangan baru bermula. Demi Alif Ba dan Ta...

DAP ganti PAS

DAP ganti PAS

Followers