Monday, December 2, 2013

Banjir dah mula melanda..... hati-hati semua

Untuk makluman tuan2. Jalan-jalan yang tidak boleh dilalui akibat limpahan air.
1. Km 28 jln sg. Lembing
2. Bt.3 jln. Kuantan Gambang
3. Persimpangan hadapan wisma belia di bawah jejambat kuantan bypass.
4. Jalan bukit ubi hadapan bomba.
5. Jalan Tok Sira hadapan Kimia.
6. Pintasan bukit setongkol menghala ke Giant.

Jangan sampai kita terperangkap, rancang perjalanan... dengar info dari masa ke semasa..

Saturday, November 23, 2013

Salam.. saya terpanggil untuk menulis berkenaan satu artikel dari majalah di dalam kapal Terbang Air Asia. Mungkin telah ada yang menulis tentang perangai hodoh yang membenarkan ini berlaku. Walaupun ianya adalah untuk gurauan sahaja tetapi sensitiviti agama di Malaysia perlu di jaga dengan baik dan sehalus mungkin. Ini juga bermaksud secara terang yang syarikat penerbangan Air asia seolah-olah menyokong LGBT. Ini amat memalukan. Perlu di jelaskan secara terbuka dan permohonan maaf kepada rakyat Malaysia perlu di buat. Pengurusan tertinggi Air Asia tidak seharusnya memadang ringan pekara ini. Kementerian berwajib perlu beri perhatian yang secukupnya dan mengawal kejadian ini dari berulang. Kerajaan bukan saja perlu basmi ajaran sesat, syiah dan sebagainya malah pekara yang menyokong ke arah promosi songsang perlu di ambik dengan serius. Boikot Air Asia.

Wednesday, October 23, 2013
Satu kejadian rompakan telah berlaku dengan begitu tragis sekali .Kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, jln usj sentral2 usj sentral subang jaya. Mangsa bekerja sebagai opration officer ambank bernama Norazita bt Abu Talib berumur 37thn.Mangsa telah bekerja selama 16tahun bersama ambank. Kejadian pada 23.10.13 jam lebih kurang 06.18 petang di bilik kebal telah berlaku kejadian tembakan daripada saspek nama Ardi bin Hamza berumur 37tahun beralamat jalan apas batu 2 no70 tawau sabah, senjata jenis pumpgun, sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa ketika mangsa sedang membuka peti kebal dan melarikan wang dalam jumlah yang belum diketahui, kenderaan saspek gunakan sedang di kesan disyaki motosikal, pihak forensik ipk selangor telah dimaklumkan dan dlm perjalanan.senasa kejadian seramai 5 staf termasuk saspek, laporan lanjut akan menyusul..
Thursday, September 19, 2013
Pada hari ini, ramai yang bercakap tentang pemilihan di Kuala Nerus. semakin hari semakin rancak di segenap pelusuk dari kedai kopi hinggalah ke tempat kerja. Pertembungan di Kuala Nerus tidak dapat di elak lagi. Buat masa ini terdapat 3 kumpulan besar di Kuala Nerus iaitu...
a. Dato' Nasir penyandang ketua Bahagian.
b. Dato' Rahin
c. Dato' Razif.
Percaturan politik semakin rancak dan rakit rakit  di  bina untuk  di sesuaikan dengan strategi. Pada hari ini kelihatan jelas ke tiga-tiga calon mula bersaing di antara satu sama lain bermula mengadakan majlis pada tarikh dan waktu yang lain. Majlis diadakan pada malam ini adalah seperti .
a. Dato Razif mengadakan majlis di TH Hotel jam 845 mlm.
b. Dato Nasir mengadakan majlis di Mentari jam 9 mlm.
c. Dato Rahin mengadakan perjumpaan di Dalam Dun Teluk Pasu jam 9 malam.
Perjumpaan pada mlm ini 18hb September 2013 adalah untuk menentukan Siapa sokong Siapa? Jangan sampai tidak bertegur siapa  sudahlah.  Ingat pilih pemimpin biar pandai. Bak kata pepatah. Kalau nak cari tempat mandi cari pertama teluk, kedua pantai. Kalau nak cari pemimpin sejati. Yang pertama perangai elok kedua pandai. selamat memilih.  Lepas nie kita lihat siapa rakit masing-masing.
Sunday, August 4, 2013
Makin hari makin menjadi jenayah di Malaysia. Selepas beberapa kejadian bunuh di seluruh Malaysia. Pembunuh upahan makin berani melakukan kerja-kerja mereka. Dan hari pihak polis telah menemui peluru hidup yang di syaki milik penjenayah untuk melakukan jenayah. Nampaknya perlu kembalikan ISA. Mereka dah mula rasakan Malaysia dan Amerika sama sahaja.

Powered by Blogger.

Popular Posts

PAPAGOMO

Popular Posts

viewer

Search

Pages

Total Pageviews

About Me

Perjuangan baru bermula. Demi Alif Ba dan Ta...

DAP ganti PAS

DAP ganti PAS

Followers