Tuesday, June 28, 2011
2:18 PM
| | Edit Post
STRATEGI ANWAR MENUJU KE PUTRA JAYA
PENDAHULUAN
Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)
Dari ayat surah Ar Ra’du ayat 11 menyatakan yang mana Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum jika mereka sendiri tidak merubahnya. Di sini jelas mengapa UMNO begitu bersungguh-sungguh untuk menjayakan agenda Negara bagi membantu orang melayu Islam agar maju dan menjadi golongan Ulul Albab seperti tamadun Islam yang terdahulu. Kejayaan BN memancu Negara tidak dapat di pertikaikan lagi pada hari ini. Malaysia menjadi satu kuasa yang kompetetif di Asia tenggara ekoran ekonomi dan politik yang cukup stabil menuju ke wawasan 2020.
Malangnya, hasrat yang murni ini telah cuba di halang oleh sebahagian kecil dari kaum dan bangsa melayu sendiri akibat dendam yang cukup lama terpendam. Mereka telah lama mencuba untuk jatuhkan Kerajaan Islam Malaysia tetapi Allah SWT masih sayang dan melindungi Negara yang bertuah ini. Pihak pembangkang telah dari merdeka lagi mempunyai agenda jahat untuk hancurkan Malaysia dan tukarkan kepada sebuah Negara berasaskan sosialis. Parti PAS pula sejak dari dahulu lagi menggunakan agama Islam untuk menjadikan ianya popular di kalangan orang Melayu. Mereka telah mendoktrinkan pemikiran orang melayu dan memberikan gelaran kebencian kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). Menggunakan methodology gelaran sehinggakan menjadi stereotype bagi Barisan Nasional yang di gelar parti Zalim di Malaysia oleh pengikut-pengikut PAS tegar. Tetapi usaha ini masih tidak berjaya menggugat kerajaan BN kerana BN mengikut acuan yang benar dan ikhlas di dalam pembangunan Negara, sehinggalah pemecatan Anuar Ibrahim dari Kabinet Malaysia. Maka Anuar telah mengatur satu strategi untuk menjatuhkan BN dan UMNO yang di katakan bertanggung jawab di dalam menjatuhankan beliau.
LANGKAH PERTAMA ANUAR IBRAHIM
Anuar Ibrahim tahu yang mana kerajaan BN cukup kuat untuk di gugat melalui kejayaan dalam mentadbir Negara. Oleh yang demikian, langkah pertama beliau mesti menjatuhkan imej intitusi-intitusi kerajaan satu persatu. Ini penting kerana kekuatan sesebuah kerajaan adalah bergantung kepada badan dan intitusi kerajaan yang ada. Jika kelemahan difitnah atau dicipta oleh Anuar maka ia akan dapat menjatuhkan imej institusi tersebut dan rakyat akan melihat sebuah kerajaan yang ada begitu lemah dan tidak layak untuk memimpin.
PDRM
Anuar telah di tangkap pada 20 September 1998. Polis Di Raja Malaysia adalah mangsa pertama mangsa konspirasi Anuar dalam misi menjatuhkan kerajaan Malaysia. Polis di lebel dengan begitu kejam sekali sehinggakan beliau berjaya memburukkan imej polis dengan jayanya. Anuar mesti jatuhkan kredibilti Polis pada ketika itu. Beliau berfikir perlu menaikkan kemarahan Ketua Polis Negara (provok)pada masa itu dan memastikan beliau di belasah dengan teruk oleh Dato Rahin Nor yang ketika itu adalah Ketua Polis Negara. Strategi Anuar telah berjaya menimbulkan kemarahan dengan memaki hamun Ketua Polis Negara dengan berkata ’nie bapak anjing’. Tindakan KPN pada masa itu telah memberi impak yang cukup besar kepada Anuar Ibrahim dengan mata yang lebam dan inilah kehendak Anuar Ibrahim. Mata yang lebam sudah cukup untuk menjatuhkan imej polis Di Raja Malaysia. Rakyat telah percaya dengan apa yang di saksikan oleh mereka, Mereka menyatakan yang Polis di Raja Malaysia adalah kejam dan tidak berperikemanusian. Maka sudah tercapai satu langkah Anuar untuk ke Putrajaya. Anuar tersenyum puas dengan apa yang berlaku dan simpati rakyat akan terus menerus memberi sokongan kepada beliau. Masakan tindakan itu adalah merupakan arahan dari pihak atasan? Dari logiknya ini akan menguntungkan Anuar itu sendiri.
BADAN KEHAKIMAN NEGARA
Selepas menjatuhkan imej polis di mata masyarakat dengan mata yang lebam maka, Anuar tahu beliau akan berhadapan dengan mahkamah yang akan mengadili kes atau tuduhan liwat dan salah guna kuasa dan anuar di dapati bersalah pada tahun 1999 dan di jatuhi penjara. Anuar akan cuba untuk menjatuhkan imej hakim dengan mengatakan yang badan kehakiman ini tidak telus dan di kuasai oleh Kerajaan. Badan kehakiman mempunyai tangan ajaib yang mengarahkan sesuatu keputusan yang di buat. Anuar Ibrahim telah di jatuhkan hukuman atas kesalahanya.
Anuar sedar intitusi kehakiman perlu di gangu agar ianya di lihat tidak telus dan rakyat akan mengatakan Kerajaan terlalu banyak campur tangan. Lantikan hakim juga di katakan tidak telus dan di atur dengan sebegitu rupa. Pendedahan Kes video lingam tentang perlantikan di reka cipta dan di adun dengan baik sehinggakan rakyat melihat ianya seolah-olah benar berlaku. Tun Abdullah Badawi pada ketika itu adalah merupakan Perdana Menteri cuba untuk memulihkan imej badan kehakiman dengan menubuhkan suruhajaya badan kehakiman Negara pada tahun 2008. Anuar sekali lagi telah berjaya menjatuhkan badan kehakiman Negara dan menjadikan Malaysia sebuah Negara yang cukup lemah. Kes pemecatan TUN Salleh Abas juga di mainkan dengan begitu hebat bagi menampakkan kelemahan yang ada pada masa itu.
Anuar akan serang satu persatu kekuatan Negara walaupun terpaksa berbohong dan memfitnah bagi merealisasikan agenda pribadi beliau.
PERDANA MENTERI
Dalam kronologi untuk menuju ke Putra Jaya, Anuar Ibrahim akan cuba untuk membangkitkan kebencian kepada Perdana Menteri. Jika dahulu Mahathir adalah bapa kepada beliau dan selepas itu kata maha zalim apabila beliau jatuh. Tun Abdullah Badawi juga di fitnah walaupun beliau bebas pada pemerintahan Tun Abdullah. Beliau telah bertanggung jawab untuk memberikan dana kepada kickdefella untuk menjatuhkan Tun Abdullah pada kita itu. Dan pada masa kini PM Dato Seri Mohammad Najib Abd Razak telah di fitnah sedemikian rupa oleh anuar Ibrahim sehingga sanggup mengaitkan Altantunya dengan PM. Zul Nordin telah mengaku dan memohon maaf kepada PM kerana beliau adalah salah seorang yang di suruh untuk membuat fitnah berprofail tingggi dan terancang ini. Tian chua juga telah mengaku di Parlimen membuat gambar super impose yang mana Dato Seri Najib telah makan bersama Altantunya. Gambar ini telah di terima bulat-bulat oleh pihak pembangkang dan mengatakan yang benar Najib mengenali Altantunya. Ini lah merupakan pelan-pelan jahat yang telah di rangka oleh Anuar untuk menuju ke Putrajaya. Kickdeffela pernah mengaku mengatakan perlu jatuhkan ketua mereka. Ianya seperti Ikan jika ikan itu buruk di kepala maka ianya akan di nilai rosak semua. Beliau juga mengaku di bayar untuk membuat kerja-kerja Blogs untuk merosakkan Perdana Menteri.
Gambar yang di sunting bagi fitnah yang di dedahkan oleh blogger mesra Kerajaan
FELDA
Felda adalah merupakan kubu kuat BN. Budi dan jasa BN pada golongan Felda tak mungkin di padamkan dengan begitu sahaja. Agenda Felda cukup kuat yang di bawa oleh Kerajaan Malaysia. Anuar Ibrahim mengatakan, kita perlu gasak FELDA dan membangkitkan kebencian anak-anak FELDA kepada Kerajaan Malaysia. Ini akan membolehkan kita menguasai Parlimen yang mejadikan FELDA sebagai deposit kepada BN. Satu persatu mereka cuba untuk menanam kebencian anak FELDA kepada Kerajaan Malaysia tetapi jasa dan bakti sukar untuk di lupai oleh anak-anak FELDA dan ini mebantutkan perjalanan Anuar ke Putra Jaya. Pembangkang kehadapan kerana mengatakan yang FELDA telah di zalimi oleh Kerajaan Barisan Nasional.
‘Tindakan pakatan pembangkang yang terus-terusan melemparkan fitnah dan menjadikan Felda sebagai bahan propaganda untuk meraih sokongan dari para peneroka seterusnya untuk menumbangkang kerajaan Barisan Nasional (BN) mengundang rasa marah warganya. Pembangkang mendakwa kononnya kerajaan zalim dan menjadikan warga Felda sebagai hamba selain meminggirkan kebajikan dan kemajuan warganya tanpa sebarang pembangunan. Ekoran itu, pembangkang meminta rakyat bangkit dan mengadakan demostrasi bagi menumbangkan kerajaan sedia ada. Namun demikian, kenyataan tersebut disangkal oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Felda Wilayah Raja Alis, Jempol, Negeri Sembilan, Othman Parman yang menafikan kerajaan bersifat zalim sebaliknya amat berterima kasih atas apa yang telah disediakan untuk masyarakat peneroka. "Kalau betul kerajaan zalim takkanlah sampai sekarang ini saya masih terus bersama Felda iaitu sejak lebih 20 tahun lalu, malahan jika mahu dibandingkan dengan dulu saya masuk Felda hanya dengan sebuah motosikal dan satu basikal tetapi kini saya mampu memiliki beberapa buah kereta dan memberi kehidupan sempurna kepada anak-anak saya," katanya’
Anuar sedar, yang mana jika beliau dapat mempengaruhi FELDA maka ia memudahkan mereka untuk terus menuju ke putrajaya. Keratan akhbar Harian Metro http://berita-harian-online.com/felda-tak-pernah-tipu/ di bawah menerangkan kes Felda tersebut.
KUALA LUMPUR: Felda mempunyai sistem pembelian kelapa sawit yang telus dan profesional menyebabkan tidak mungkin wujud ruang penipuan atau penyelewengan.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, isu 766 peneroka di Felda Serting, Negeri Sembilan yang memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Seremban, Isnin lalu bagi menuntut ganti rugi RM200 juta daripada Felda atas dakwaan menipu hanya bermotifkan politik berikutan pihak tertentu memesong dan memutarbelitkan fakta.
Mereka menggunakan keputusan mahkamah terhadap kes saman 354 peneroka Kemahang 3, Kelantan pada 2008 sebagai asas tindakan sama di Serting. Perkara ini terbukti menerusi pengedaran risalah di beberapa Felda mendakwa kononnya mahkamah sudah membuat keputusan muktamad membayar RM11 juta kepada peneroka di situ.
Ingin saya tegaskan bahawa keputusan belum muktamad kerana semakan kehakiman sedang dilakukan dan untuk makluman, Felda kalah dalam kes itu bukan disebabkan menyeleweng dalam urus niaga kelapa sawit, sebaliknya peguam tidak hadir ke mahkamah atas sebab teknikal, katanya dalam sidang media di sini, semalam bagi menjelaskan isu saman peneroka Gugusan Raja Alias, Serting mengenai kadar perahan minyak.
Ahmad berkata, urusan jual beli kelapa sawit dilakukan Felda Palm Industries Sdn Bhd (FPISB) dengan 64.7 peratus saham dipegang Koperasi Permodalan Felda (KPF) sekali gus menunjukkan peneroka adalah pemegang saham terbesar.
FPISB ditubuhkan khusus bagi memberi perkhidmatan membeli buah sawit peneroka dalam apa jua keadaan.
Selain itu, ada beberapa jawatankuasa seperti Jawatankuasa Persepakatan Bersama (JCC), Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) dan Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) untuk membincang, memantau dan menyelesaikan segala aduan berkaitan jual beli, harga, kualiti dan kadar perahan sawit.
Peneroka juga menerima slip yang mencatatkan kualiti tandan sama ada busuk, mengkal, panjang, kotor atau muda.
Jika tidak berpuas hati, mereka boleh terus mempertikaikan slip itu dengan membawa ke kilang untuk penelitian semula, katanya. Katanya, dengan pelbagai bentuk saluran disediakan, tidak mungkin wujud ruang untuk Felda menyeleweng, malah sebagai institusi dihormati, badan itu tidak pernah menipu peneroka yang membangunkan industri sawit negara.
Pihak pembangkang sentiasa memutarkan belitkan fakta sehinggakan ramai yang tertipu oleh dakyah dan fitnah mereka. Mereka mempunyai niat untuk menghancurkan dan memastikan FELDA akan bungkus dan muflis kerana dendam mereka pada warga FELDA selama ini akan tercapai sila rujuk laman web ini http://jalanpulang1978.blogspot.com/2010/09/felda-kalah-lagi-padan-muka-ahmad.html Mereka cukup marah pada golongan Felda kerana mereka tahu di sinilah kekuatan BN.
Apa akan terjadi jika FELDA bungkus? dan jika 'bungkus' FELDA, maka 112,635 peneroka FELDA turut akan terheret sama, dan bagaimana pula masa depan keluarga mereka? ke mana pula nasib 23 ribu pekerja Kumpulan FELDA? Yang ratanya adalah warga bumiputra, apa akan terjadi pada 301 pejabat FELDA seluruh negara, tiada lagi program pembangunan sosial ratusan jutaan ringgit, saham KPF yg sekarang ini dividen 14% akan lupus. Sebenarnya, apa rasionalnya kita mahu FELDA bungkus. Ini Adalah satu lontaran soalan yang bagus dari maklum balas dari blogs berkenaan. Mungkin jika FELDA tenat kerana pembuatan pembangkang ini dan ianya akan di lelong. Penyelamat FELDA mestilah dari bangsa yang mempunyai banyak wang dan kekayaan akan membida FELDA dengan harga yang tinggi. Maka masa itu penjajahan alaf baru akan bermula di tanah air Malaysian mungkin selama 446 tahun atau mungkin selama-lamanya. Jika ini berlaku maka benarlah ramalan Dr Nordin Kardi yang mana bumi di pijak mililk orang.
Bukti serangan Anuar dari Akhbar Rasmi Keadilan
Akhbar PKR didakwa fitnah organisasi muflis bankrap
KUALA LUMPUR: FELDA akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan kerana mengeluarkan artikel yang mendakwa organisasi itu bankrap.
KUALA LUMPUR: FELDA akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan kerana mengeluarkan artikel yang mendakwa organisasi itu bankrap.
FELDA juga akan mengambil tindakan sama terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin tertinggi PKR, PAS, Ketua Pengarang Suara Keadilan serta wartawannya kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dalam akhbar itu.
Antara pemimpin PKR termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim; Pengerusi Biro FELDA PKR Pahang, Suhaimi Said dan Timbalan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut dan pemilik permit Suara Keadilan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata penyiaran laporan bertajuk `FELDA BANGKRAP’ dalam keluaran Bil 237 bertarikh 21 hingga 29 Jun 2010 dianggap melampau kerana memudaratkan organisasi FELDA yang berusia 54 tahun.
Katanya, laporan itu jelas mahu merosakkan nama FELDA dan mencemar nama baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku menteri bertanggungjawab terhadap agensi kemajuan tanah itu.
“Tuduhan FELDA bankrap adalah keterlaluan. Selepas mendapat nasihat peguam, kita memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar ini. Kita akan saman mereka yang mengeluarkan kenyataan memfitnah FELDA. Jumlah saman belum ditentukan, tetapi mungkin mencecah ratusan juta kerana ia menjejaskan reputasi FELDA pada pelabur asing,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Hadir sama, Pengurus Besar FELDA, Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan Timbalannya, Suhaimi Zainudin. Sebelum itu, Ahmad menghadiri majlis bersama 22 Ketua Peneroka Wilayah seluruh negara di Dewan FELDA di sini.
Dalam laporannya, Suara Keadilan melaporkan tunai FELDA merosot hampir RM3 bilion dalam tempoh 2004 hingga 2009 dan mendapat ulasan daripada Anwar, Zaid, Dr Tan dan Suhaimi. Akhbar itu turut menyiarkan laporan projek bangunan baru Felda bernilai RM662 juta dan isu mengenai pulangan dividen kepada peneroka.
Sementara itu, Ahmad menjelaskan walaupun tunai FELDA berkurangan RM2.73 bilion daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2005, aset semasa dan aset tetap FELDA melonjak RM6.2 bilion, iaitu daripada RM9.17 bilion pada 2004 kepada RM15.37 tahun lalu.
Katanya, fakta itu tidak memberi gambaran FELDA bankrap kerana jumlah tunai berkurangan kerana dibelanjakan bagi melaksanakan pelbagai program sosioekonomi warga FELDA.
Beliau berkata, belanja utama FELDA dari 2004 hingga 2009 mengikut pecahan adalah RM2.41 bilion bagi pembangunan peneroka dan generasi baru, RM2.42 bilion (program tanam semula/sara hidup/bayaran pendahuluan hasil), RM603 juta (pinjaman pembesaran rumah tanpa riba).
Pembinaan Menara FELDA (RM662 juta), RM269 juta (program basmi kemiskinan Sabah), RM134 juta (projek perumahan warga FELDA) dan projek menaik taraf prasarana bekalan air bersih kawasan FELDA Pahang (RM220 juta).
“FELDA juga memiliki 340,126 hektar ladang yang menghasilkan keuntungan bersih RM1.1 bilion setahun selama enam tahun berturut-turut. FELDA mempunyai pelaburan di luar negara seperti Indonesia, Afrika Selatan, China, Turki, Amerika Syarikat, Kanada, Pakistan, Australia, Thailand, dan Arab Saudi,” katanya.
“Kedudukan kewangan FELDA sangat kukuh berdasarkan nisbah kewangan dan aset bersihnya sekarang berjumlah RM12.2 bilion,” katanya yang turut memaklumkan Koperasi Permodalan Felda (KPF) memberikan dividen dan bonus kepada pemegang sahamnya sebanyak 14 peratus bagi 2009.

Dari tindakan dan serangan yang telah di lakukan oleh pihak pembangkang, jelas ini adalah merupakan satu tindakan yang terdesak untuk menghancurkan FELDA dengan memunipulasikan fakta yang ada sehinggakan menimbulkan curiga di kalangan peneroka FELDA dan juga rakyat secara amnya. Mereka akan menyerang dengan secara agresif sehinggalah berlakunya pemberotakan di kalangan peneroka tetapi sehingga hari ini dakyah dan rancangan anuar masih lagi dapat di bendung oleh kerajaan dan FELDA kerana dakwaan mereka tidak berasas dan hanya menipulasikan fakta yang ada.
Jika di lihat di dalam buku Jingga yang di keluarkan oleh PKR, ia lebih kepada retorik semata-mata. Di dalam buku jinggay itu, mereka akan menuntut untuk memberikan tanah yang ada pada generasi ke 2, bayangkan jika tanah tersebut di jual? Dan apakah impak jika tanah di usahakan secara individu dan buka berskala besar. Marii kita semua renungkan dan lepas itu pasti FELDA akan betul-betul bangkrap.
'aku tahu asal usul mu'
Bersambung siri ke 2
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Salam... kat sini blogs kawan aku
-
-
-
Perbedaan Gadai BPKB Dan Gadai Unit5 years ago
-
AHMAD MASLAN "MENGAMUK" DI PARLIMEN5 years ago
-
-
-
-
-
-
Kunjung Hormat10 years ago
-
-
-
-
Kitab Perukunan11 years ago
-
-
Kuih Terengganu14 years ago
-
-
-
-
-
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Satu kejadian rompakan telah berlaku dengan begitu tragis sekali .Kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank ...
-
Tak tahulah.... mesti PKR kata fitnah dan kata UMNO jahat yg buat... mereka seolah-olah kebal dengan apasa saja yang merka buat. Ini di peti...
-
DI kalangan jiran, dia terkenal sebagai antara lelaki paling bersopan santun dan peramah, namun siapa sangka di sebalik sikap itu ters...
-
Pendedahan terbaru pasal Anuar telah mula tersebar? Lagi gambar di sini.
-
Kita amat memahami strategi ‘overdose’ atau ‘overkill’ iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga ...
-
Gugurnya pahlawan sang saka biru. Ikuti sebuah video khas untuk para pejuang di sabah di sini.
-
KUALA LUMPUR 3 April – Dakwaan berhubung isu video yang kononnya melibatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dip...
-
Hai inilah nasib kerana menghina agama Islam dan tak pandai jaga sentiviti agama lain. Kejadian ini perlu di ambil iktibar oleh semua orang ...
-
Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12....
-
Kisah di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselanatan yang terselamat. Kini belaiu lumpuh ke dua belah tangann...

0 comments:
Post a Comment