Tuesday, July 2, 2013
1:36 PM
| | Edit Post
Kejutan budaya merupakan istilah yang digunakan
bagi menggambarkan kegelisahan dan perasaan (terkejut,
kekeliruan, dll.) yang dirasakan apabila seseorang terpaksa duduk dalam
kebudayaan atau persekitaran sosial yang berlainan sama sekali, seperti ketika
berada dinegara asing. Ia timbul akibat kesukaran dalam asimilasi kebudayaan baru, menyebabkan kesukaran
bagi mengenali apa yang wajar dan tidak wajar. Sering kali ini digabung dengan
kebencian moral atau estatik yang kuat mengenai sesetengah aspek budaya
berlainan atau budaya baru.
Istilah ini mula diperkenalkan buat kali pertama
pada 1954 oleh Kalervo Oberg.
Penyelidik lain kemudiannya yang meneruskan penyelidikan berkenaan kejutan
budaya termasuk Michael
Winkelman. Kejutan budaya merupakan
bahagian penyelidikan dalam komunikasi antara budaya. Kini sesetengah
penyelidik mendakwa bahawa kejutan budaya turut mempunyai banyak kesan positif
kepada pengembara pelbagai budaya, seperti meningkatkan jati diri seseorang (self-efficacy )[1] dan
membantu meningkatkan motivasi diri[2].
Fasa kejutan budaya
Kejutan budaya yang kuat (berhijrah ke negara
asing) sering kali terdiri dari fasa yang berlainan, sungguhpun tidak semua
orang melalui kesemua fasa ini dan tidak semua orang berada dalam budaya baru
cukup lama bagi melalui kesemua tiga fasa[3]:
·
"Fasa berbulan madu" - Semasa fasa ini perbezaan antara budaya
baru dan lama dilihat sebagai sudut pandangan romantik, menarik dan baru,
Sebagai contoh, berpindah ke negara asing, seseorang mungkin gemarkan makanan
baru, tempo kehidupan, tabiat masyarakat, bangunan dan seterusnya.
·
Fasa pembelajaran (negotiation) - Selepas beberapa hari, minggu,
atau bulan, perbezaan kecil antara budaya baru dan lama diselesaikan. Seseorang
mungkin rindukan makanan asal, mungkin mendapati tempo kehidupan terlalu
perlahan atau pantas, mungkin mendapati tabiaat masyarakatnya mengganggu, dll.
·
Fasa "semuanya baik" - Kemudian, selepas beberapa hari, minggu
atau bulan, seseorang mulai biasa dengan perbezaan budaya baru dan mempunyai
kebiasaan. Pada tempoh ini, seseorang tidak lagi bertindak balas kepada budaya
baru secara positif atau negetif, kerana ia tidak lagi dirasakan sebagai budaya
baru. Seseorang itu mulai menumpu kepada asas kehidupan semula, sebagaimana
ketika berada dalam kebudayaan asal.
·
Kejutan budaya menyongsang - Apabila seseorang kembali kenegara asal
selepas biasa tinggal di negara asing boleh menimbulkan kesan yang sama seperti
digambarkan di atas.
Dalam sesetengah kes, ia mungkin mustahil untuk
menangani kejutan budaya. Sesetengah orang tidak mampu menyerap kedalam budaya
baru dan kembali kepada budaya asal mereka, sementara sesetengah yang lain
menjadi begitu terpesona dengan budaya asing sehinggakan mereka merasakan
mereka mesti berpindah kesitu bagi melegakan tekanan.
KEJUTAN
BUDAYA SOKONGAN CINA KE ATAS PAS PADA PRU 13
Kejutan
budaya amat di rasai oleh kepimpinan PAS pada PRU 13 baru-baru ini dengan
menyaksikan yang mana fenomena pengundi Cina tidak lagi menyebelahi Barisan
Nasional. Pengundi cina lebih cenderong kepada PAS pada PRU 13 yang jelas di
setiap peti undi golongan manoriti ini akan memihak kepada PAS.
Oleh
yang demikian, PAS yang bersama pakatan Rakyat di lihat lebih relevan dari padangan
bangsa Cina di Terengganu.
Kawasan-kawasan Bandar seperti Kuala Terengganu memihak kepada Pakatan Rakyat.
Begitu juga kawasan-kawasan lain di mana undi cina menjadi penentu seperti di
DUN Teluk Pasu Parlimen Kuala Nerus. Walaupun pengundi Cina hanyalah kurang
lebih 400 undi. Ianya telah memadai untuk menangkan PAS di Teluk Pasu dengan majority
109.
Oleh
yag demikian di lihat UNDI Cina menjadi penentu di DUN Teluk Pasu. Ini adalah
salah satu faktor kekalahan BN di Terengganu.
PAS
pada PRU ke 12 lagi telah mendabit dada yang mana mereka mengatakan telah dapat
mendekati penyokong CINA dalam perjuangan mereka. Mereka telah menubuhkan kelab
penyokong bukan Islam dalam PAS dan sehinggakan pada baru-baru ini di DUN
negeri Johor ada wakil dari Kelab Penyokong PAS ini menjadi wakil dan bertanding
di atas tiket PAS.
PADA
PRU ke 12 PAS di lihat terkejut dengan sokongan cina dan mereka berada di FASA
Pertama kejutan budaya iaitu ; - (Semasa fasa ini perbezaan antara
budaya baru dan lama dilihat sebagai sudut pandangan romantik, menarik dan baru).
Inilah yang terjadi kepada PAS dan merasakan cinta mereka kepada bangsa cina mula berputik
dan merasakan menarik dan menampakan hasil apabila bangsa cina mula cenderong
pada mereka. Mereka tidak dapat untuk membezakan yang mana baik dan buruk. Ia
seperti cinta pandang pertama. Keburukan tidak akan jelas dan semuanya manis
dan baik belaka.
Fasa
Kedua: PAS akan mula merasakan sedikit penolakan dan penerimaan dari perubahan
ini. Mereka akan merasakan mula rindukan pada konsep Islam yang lama dari
pendekatan yang lebih liberal pada masa kini. PAS tidak lagi menekankan HUDUD
untuk di laksanakan dan mereka lebih kepada kerjsama di dalam politik untuk
membentuk satu Kerajaan Campuran bersama golongan Cina. PAS pada masa ini di
persimpangan dan di lema. Mereka di tekan untuk berada di landasan lama dan
bukan meninggalkan perjuangan asal mereka untuk menuntut sebuah Negara Islam.
Pelbagai persoalan timbul bagi menentukan corak dan pegangan PAS pada pasa ini.
Fasa
Ketiga: Selepas PRU ke 13. PAS mula melangkah untuk mengatakan pilihan mereka
untuk tidak kembali pada perjuangan PAS yang lama adalah betul. Mereka mengatakan
yang keputusan mereka adalah betul dan baik untuk parti mereka. Perbezaan
padangan dan perubahan sikap PAS tidak lagi di persoalkan dan semuanya baik. Mereka telah tranformasikan
proses dalaman PAS dan berjaya untuk menyakinkan penyokong mereka yang pilihan
pada masa kini bersama PKR dan Dap adalah tepat. Di jangkankan PAS akan
menyempurnakan proses kejutan Budaya sehingga PRU14. Dan selepas PRU14 maka
tiada lagi halangan atau ‘u turn dapat di lakukan ketas PArti Islam ini.
Proses ini di jangka selesai pada PRU ke 14
dengan menyaksikan PAS akan terus berkerjasama bersama PKR dan DAP untuk
menumbangkan Barisan Nasional. PAS di
jangka tidak akan meninggalkan DAP dan PKR memandangkan proses kejutan budaya
ini telah lengkap dan sempurna. Mereka telah memberikan sepenuh harapan kepada
rakan mereka walaupun PAS tidak dapat menguasai Negara dalam pembentukan
kerajaan pada suatu hari nanti.
PAS
sebenarnya membiarkan proses kejutan Budaya ini melanda mereka. Pemimpin mereka
beranggapan dengan proses ini sahaja peluang mereka untuk mengambil alih
Putrajaya. Corak PAS pada masa kini lebih kepada perjuangan peribadi dan bukan
kepada kepentingan ahli mereka. Dasar dan perjuangan Malaysia-Malaysia oleh DAP
di biarkan sahaja dan menganggap boleh di selesaikan selepas PR mengambil alih
pemerintahan Malaysia.
Dari
pandangan itu maka di lihat kepimpinan PAS pada masa kini lebih menitik
beratkan duniawi dan kebendaan. Mereka di lihat, jihad mereka gunakan untuk kepentingan kroni
dan kepimpinan PAS untuk mengaut
keuntungan dari hasil rampasan perang dengan BArisan Nasional.
Malang
bagi Umat Islam jika di biarkan pekara ini berlaku.
Rujukan:
1.
Milstein, T. (2005).
Transformation abroad: Sojourning and the perceived enhancement of
self-efficacy. International Journal of Intercultural Relations. 29, pp.217-238
2.
↑ Lin,
C. (2007). Intercultural sojourning: Self-motivation and ecoshock/reentry
ecoshock.Master's thesis (Unpublished). Department of Communications,
University of Hawai'i at Manoa.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Salam... kat sini blogs kawan aku
-
-
-
Perbedaan Gadai BPKB Dan Gadai Unit5 years ago
-
AHMAD MASLAN "MENGAMUK" DI PARLIMEN5 years ago
-
-
-
-
-
-
Kunjung Hormat10 years ago
-
-
-
-
Kitab Perukunan11 years ago
-
-
Kuih Terengganu14 years ago
-
-
-
-
-
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Satu kejadian rompakan telah berlaku dengan begitu tragis sekali .Kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank ...
-
Tak tahulah.... mesti PKR kata fitnah dan kata UMNO jahat yg buat... mereka seolah-olah kebal dengan apasa saja yang merka buat. Ini di peti...
-
DI kalangan jiran, dia terkenal sebagai antara lelaki paling bersopan santun dan peramah, namun siapa sangka di sebalik sikap itu ters...
-
Pendedahan terbaru pasal Anuar telah mula tersebar? Lagi gambar di sini.
-
Kita amat memahami strategi ‘overdose’ atau ‘overkill’ iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga ...
-
Gugurnya pahlawan sang saka biru. Ikuti sebuah video khas untuk para pejuang di sabah di sini.
-
KUALA LUMPUR 3 April – Dakwaan berhubung isu video yang kononnya melibatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dip...
-
Hai inilah nasib kerana menghina agama Islam dan tak pandai jaga sentiviti agama lain. Kejadian ini perlu di ambil iktibar oleh semua orang ...
-
Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12....
-
Kisah di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselanatan yang terselamat. Kini belaiu lumpuh ke dua belah tangann...
Popular Posts
-
Satu kejadian rompakan telah berlaku dengan begitu tragis sekali .Kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank ...
-
Tak tahulah.... mesti PKR kata fitnah dan kata UMNO jahat yg buat... mereka seolah-olah kebal dengan apasa saja yang merka buat. Ini di peti...
-
DI kalangan jiran, dia terkenal sebagai antara lelaki paling bersopan santun dan peramah, namun siapa sangka di sebalik sikap itu ters...
-
Pendedahan terbaru pasal Anuar telah mula tersebar? Lagi gambar di sini.
-
Kita amat memahami strategi ‘overdose’ atau ‘overkill’ iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga ...
-
Gugurnya pahlawan sang saka biru. Ikuti sebuah video khas untuk para pejuang di sabah di sini.
-
KUALA LUMPUR 3 April – Dakwaan berhubung isu video yang kononnya melibatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dip...
-
Hai inilah nasib kerana menghina agama Islam dan tak pandai jaga sentiviti agama lain. Kejadian ini perlu di ambil iktibar oleh semua orang ...
-
Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12....
-
Kisah di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselanatan yang terselamat. Kini belaiu lumpuh ke dua belah tangann...
viewer
Search
Pages
Total Pageviews
About Me
- anak
- Perjuangan baru bermula. Demi Alif Ba dan Ta...
DAP ganti PAS
Followers
Blog Archive
-
▼
2013
(275)
-
▼
July
(8)
- Di bogel dan di tinggalkan akibat hina agama Islam.
- 'Imej luaran tidak sama di dalamnya'.... Jenayah p...
- Askar gantung diri mencurigakan..
- Gempar!!!!! MAYAT DI JUMPAI TERLANJANG DI LPT.
- Murabbi di junjung setaraf Nabi Muhammad SAW oleh ...
- Almost Man of Steel: 7 actors who nearly became Su...
- Calon PRK Kuala Besut
- KEJUTAN BUDAYA PAS DALAM PILIHAN RAYA PRU MALAYSIA
-
▼
July
(8)
0 comments:
Post a Comment