Monday, April 23, 2012
Seberang Takir 23 April 2012. Zakaria Dagang di dalam kenyataan di Sinar Harian pada hari ini mengatakan akan merampas Seberang Takir pada PRU 13 nanti. Beliau mengakui untuk menang pada pilihanraya akan datang adalah amat sukar dan bukan kerja mudah. tetapi beliau berkata kekalahan di Seberang Takir bukan dari rakyat dan ianya adalah kerana undi POS. Beliau akan giat turun padang dari masa ke semasa dan akan mengimbangi program yang di lakukan oleh pihak BN.Beliau juga berkata program ceramah mereka dapat sambutan dan akan memberikan kelebihan pada pakatan Rakyat.Belia juga yakin akan dapat menawan Seberang Takir jika undian awal di kira.Ini akan memberikan saingan yang sengit kepada BN di seberang Takir. Ya dagang sebenarnya sentiasa memberikan semangat kepada dirinya sendiri supaya tidak putus asa kerana telah lama ingin menduduki kerusi DUN Seberang Takir yang ternyata merupakan kubu kuat BN. Kenapa PAS tidak akan berjaya untuk menawan Seberang Takir?- 1. Seberang Takir kini di pimpin oleh seorang Individu yang masih muda dan mempunyai tokoh kepimpinan yang tinggi. Beliau adalah YB Ahmad Razif Abd Rahman yang menang pada PRU ke 12 dengan majoriti yang besar iaitu 2430. YB Razif adalah seorang yang kuat bekerja dan sangat suka tolong orang yang memerlukan bantuan yang dalam kesusahan. Kerja kuat YB Razif pada hari ini menjadi buah mulut di setiap genap lapisan Masyarakat di Seberang Takir.Cubalah pergi di mana sahaja di Seberang Takir. Nama beliau di bibir rakyat kerana sifat prihatin beliau kepada penduduk kampung seberang Takir. Ya Dagang perlu tanya pada orang Kg Batin pada hari ini tentang YB Razif yang mana kita semua tahu tentang kubu kuat PAS di Seberang Takir itu. Ya Dagang tahu situasi ini dan mengharapkan keajaiban berlaku. Kg Batin pada hari ini telah bertukar wajah dan penduduk kampung mula berpaling kepada BN setelah faham dari penjelasan dari masa ke semasa. Mereka sekarang telah mula menerima bantuan dari pihak Kerajaan yang sebelum ini di perbodohkan oleh pemimpin PAS. 2. Ya Dagang kata BN menang kerana undi POS tetapi ini lah kata-kata semangat yang di luahkan oleh seorang pimpinan PAS Seberang Takir walaupun tahu PAS tidak akan bertanding di Seberang TAkir.Cuba lihat jadual di bawah:-
Kalau kita lihat analisa di jadual mennujukkan PAS kalah di setiap peti undi DUN Seberang Takir kecuali di Peti Undi Kg Batin iaitu BN kalah 77 undi. Bagaimana Ya Dagang kata rakyat telah tolak Barisan nasional. Rakyat sebenarnya tolak PR yang hanya dapat 4010 undi sedangkan BN mendapat 6440 lebih undi. PR juga memperolehi undi POS sebanyak 65 undi dan rakyat hanya 3000 lebih sahaja yang sokong PR. Inilah pembohongan oleh puok PAS yang telah terdesak kerana meraka merasakan semakin hari semakin teruk di tolak oleh rakyat.Lepas ini boleh tutup markas pasal PKR lagi yang akan bertanding. SPR sudah bersih dari awal lagi kalau tak dah lama Rhu Redang kita menang. 3. Ya Dagang mengatakan yang program mereka mendapat sambutan?.... itulah telah di katakan tadi hanya untuk sedapkan hati seperti Doktor yang memberi tahu pesakit cancer yang mana sakitnya adalah biasa sahaja dan masih boleh di rawat tetapi realitinya hanya tingggal 2 hingga 3 bulan sahaja. Contohnya boleh datang ke Seberang Takir pada ceramah mereka purata yang hadir hanya 10 hingga 30 orang. tetapi jika BN menganjurkan ceramah ribuan akan hadir . Ceramah Perdana PAS sekarang ini hanya setaraf ceramah kecil cawangan UMNO Seberang Takir sahaja yang mampu mengumpulkan hadirin 30 hingga 50 orang di rumah ketua cawangan. PAS sekarang akan berfikir 2 kali jika ingin adakan ceramah di Seberang Takir. Di fahamkan penceramah juga tidak mahu datang kerana kutipan derma sangat rendah? inilah perjuangan PAS di Seberang Takir.Ya Dagang juga mengakui Program BN di Seberang Takir ramai sambutan kerana ada umpan. Umpan yang di maksudkan oleh YA Dagang adalah bantuan yang YB razif usahakan kepada rakyat seberang Takir contohnya pada baru-baru ini Karnival 1Malaysia di dataran permata seramai 610 orang miskin di agihkan bantuan, YB razif usahakan 600 warga emas, orang miskin dan pelajar miskin dapatkan cermin mata percuma oleh SANADI opt. Pakar dari IJN datang seramai 50 orang termasuk pertugas hadir bagi memberi saringan awal sakit jantung kepada 1000 penduduk Seberang Takir. Begitu juga khidmat JPJ yang memudahkan orang ramai berurusan.
4. PAS sekali lagi boleh mengigit jari kaki pada PRU13 kerana PKR sekali lagi akan menduduki untuk pertandingan PRU13 sekali lagi. Kerja tak beberapa keras PAS makin tidak berharga dek kerana bukan dari kalangan mereka yang beranding. Kesian PAS dan pengikut mereka banyak mempersoalkan kewibawaan pimpinan atasan mereka yang di kuasai oleh pihak profesional dan bukan dari pihak ulamak yang codong pada pluralisme dan liberelisme dalam agama. Boleh di katakan PAS dan PR di Seberang Takir lumpuh sama sekali kerani perebutan PAS dan PKR. PKR kata PAS Bodoh tak pernah menang dan PAS kata PKR pula bodoh tak ada jentera dan tak pernah buat kerja... inilah hakikat sebenar yang berlaku di antara PAS dan PKR di Seberang Takir. UMNO dan BN di seberang Takir sudah 4 tahun berkerja keras memadangkan Seberang Takir adalah penentu kepada kemenangan Parlimen Kuala Nerus. hanya kemenagan Parlimen adalah hadiah kepada rakyat dan juga pemimpin no 1 Malaysia Datuk Seri Perdana Menteri. bye bye PAS aku masih ingat anak-anak kecil di halau dari tadika... masih aku ingat dan akan ingat selama-lamanya. aku tahu asal ususl mu.............. Anak.

2 comments:

  1. Analisa bila tu? Bila masa PAS bertanding di DUN Seberang Takir 2 pru lalu. Setau saya hanya PKR Yg bertanding 2 pru lalu. kita tau ada pengundi Pas tidak mengundi memangkah pkr kerana mereka inginkan wakil pas bertanding. Jika Pas bertanding, sokongan solid dari pengundi pas akan berlaku. Kita perlu kerja kuat untuk memastikan kemenangan bn di dun seb takir jangan berpuas dengan data lalu. Data boleh berubah mengikut keadaan semasa.

    ReplyDelete
  2. betul doh ayoh su ambe setuju tapi 2008 je pkr bertanding sebelum tu memang PAS. insyallah kita kerja keras utk maximumkan majoriti.tahun nie PKR lagi di DUN Seberang Takir.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Popular Posts

PAPAGOMO

Popular Posts

viewer

Search

Pages

Total Pageviews

About Me

Perjuangan baru bermula. Demi Alif Ba dan Ta...

DAP ganti PAS

DAP ganti PAS

Followers