Wednesday, April 25, 2012
1:26 PM
| | Edit Post
ISU TANAH BANGGOL DONAS TELUK PASU DAN PENJELASANYA
Kuala Nerus -25hb april 2012
Semalam pembangkang seramai 1000 orang telah berdemo membawa isu tanah yang dikatakan zalim dan di rampas dari rakyat. Saya tertarik dengan penjelasan Wan Nawawi Bin Hj Wan Ismail Pegawai Daerah (DO) Kuala Terengganu dalam satu program bersama Pejabat daerah JKKK dan Iman di sekolah Menengah Teknik Lapangan Terbang Terengganu sehari sebelum Demostrasi oleh pihak PAS iaitu pada 23hb April 2012.
Beliau ada mengatakan hairan bin ajaib mengapa isu tanah ini ada. Beliau pernah bertanya kepada anak buahnya bahagian pengurusan tanah. Adakah kita Pejabat Daerah pernah rampas tanah orang selama ini? Belia berkata lagi ‘saya pegawai daerah yang menguruskan Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah di Kuala Terengganu setiap perjalanan mesti saya tahu. Ibarat ayah kepada 5 orang anak. Ada yang kata saya ada 4 orang anak sahaja sedangkan saya ada 5 orang anak. Jadi saya tahulah pasal anak saya. Tak akan orang lain lebih tahu.
Beliau berkata lagi tentang isu tanah di Banggol Donas, yang mana melibatkan 30 tanah di ambil oleh Kerajaan Negeri untuk pembinaan pembangunan di kawsan tersebut. Yang hadir pada majlis penerima cek pampasan bayaran tanah semuanya menerima dengan muka yang tersenyum dan seorang pun tidak ada muka masam yang tidak puas hati. Itu kata beliau. Pegawai Daerah Kuala Terengganu juga berkata di samping bayaran pampasan Kerajaan Nageri juga memberi lot tanah ganti kepada pemilik tanah tersebut. Jadi dimana zalimnya Kerajaan yang ada pada hari ini.
Itu lah hakikatnya apabila politik di gunakan dengan cara yang salah dan bertujuan untuk menjatuhkan Kerajaan yang ada. Mereka akan menggunakan apa sahaja walaupun tidak benar bagi memberikan gambaran yang Kerajaan ini zalim.
Pss... Tuan DO masih ada lagi tu... sila tanya dia sendiri kalau tak percaya... kenapa tak percaya.....
aku tahu asal usul mu
anak
Tuesday, April 24, 2012
1:46 PM
| | Edit Post
ISU APAKAH DEMOSTRASI JALANAN PAS DEPAN WISMA DARUL IMAN?
Kuala Terengganu-24 April 2012
Wisma Darul Iman pada hari ini jam 930 pagi, satu demostrasi oleh pihak pembangkang telah berlaku semasa dewan sidang DUN Terengganu berjalan. Dijangkan hanya hampir 1000 orang ramai yang terlibat. Di fahamkan demostrasi tersebut adalah bantahan isu tanah yang lama di kg Bujal dan juga sekolah Rendah Agama Kg Bayan yang rata-ratanya berkaitan dengan tanah.
Isu Yang terbaru adalah berkaitan cadangan tapak sekolah Terang lagi bersuluh. Tuan tanah yang didakwa ‘merampas tanah sekolah dan anak yatim’ Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) menunjukkan geran milik mereka sambil menyifatkan pemimpin PAS di Paka sebagai berbohong bahawa mereka merampas tanah berkenaan.Sila rujuk: http://buletinonlines.net/272.html
Malah menjijikkan, kawasan tanah mereka kini di pagar dan mereka seperti rakyat Palestin yang terpaksa berada di luar pagar sementara di dalamnya ‘orang Yahudi’ yang merampas tanah mereka.
Untuk Pendek cerita PAS mengaku yang tanah tersebut adalah tanah mereka dan tidak pernah untuk memohon dan meminta kepada Kerajaan Negeri dari dahulu lagi. Apabila ia di mohonkan oleh orang perseorangan maka di luluskan oleh Kerajaan Negeri. Malangnya pemilik sah tersebut di tidak kan hak mereka kerana dip agar oleh orang-orang PAS di situ. Maknanya. PAS lah sebenarnya yang merampas tanah tersebut dari pemilik sah. Sila ikuti cerita detail di http://buletinonlines.net/272.html untuk gambaran sebenar.
Ini lah sikap PAS yang sentiasa cuba menangguk di air yang keruh dan menggunakan pengikut mereka yang di doktrinkan dari awal lagi.. Mereka sekarang sama sahaja dengan DAP di Pulau Pinang yang akan merampas yang hak.
Hasil dari demostrasi tadi banyak harta rakyat musnah. Inilah biasanya yang berlaku dan kerosakan harta rakyat.Landskap ada yang rosak dan pagar juga kelihatan rosak akibat dari demostrasi ini.
Aku tahu asal usulmu
Anak.
1:12 PM
| | Edit Post
ADUN BUKIT PAYUNG KECEWA TENTANG KEHADIRAN DEMOSTRASI PAGI TADI DI WISMA DARUL IMAN?
Kuala Terengganu-24 April 2012
Wisma Darul Iman pada hari ini jam 930 pagi di kejutkan dengan satu demostrasi oleh pihak pembangkang semasa dewan sidang DUN Terengganu berjalan. Dijangkan hanya hampir 1000 orang ramai yang terlibat. Di fahamkan demostrasi tersebut adalah bantahan isu tanah yang lama di kg Bujal dan juga tapak Sekolah Rendah Agama Kg Bayan. Memorendum di serahkan kepada MB Terengganu yang turun ke tingkat U2 untuk menyambut wakil dari pihak pembangkang. Wah hebat MB kite nie... dengan selamba turun untuk berjumpa wakil dari pihak pembangkang yang tak jemu2 buat kerja yang tak berfaedah nie.
Dalam masa yang sama, Wakil Rakyat DUN Bukit Payung YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, di tegur oleh seorang warga Wisma Darul Iman, ‘Kesian yang budok-budok tu duk tengah panas,yang cerdik duk dalam aircond’ lalu dengan marah wakil rakyat DUN Bukit Payung jawab; ‘yang yang belajar tinggi dan cerdik lah berarok tu...’ hanya 1000 orang sahaja yang cerdik dan yang lain semuanya bodoh. Itulah yang di katakan oleh wakil rakyat DUN bukit Payong yang kecewa dengan kehadiran yang pada awalnya untuk kumpulkan 50 ribu orang dan hanya ‘turn out’ 1000 sahaja.
Sikap inilah yang jelas kelihatan pada seorang pemimpin pas dan cukup marah jika agenda mereka tidak menjadi mengikut kehendak nafsu mereka.
AKU TAHU ASAL USUL MU
ANAK
Monday, April 23, 2012
1:47 PM
| | Edit Post
Seberang Takir 23 April 2012. Zakaria Dagang di dalam kenyataan di Sinar Harian pada hari ini mengatakan akan merampas Seberang Takir pada PRU 13 nanti. Beliau mengakui untuk menang pada pilihanraya akan datang adalah amat sukar dan bukan kerja mudah. tetapi beliau berkata kekalahan di Seberang Takir bukan dari rakyat dan ianya adalah kerana undi POS.
Beliau akan giat turun padang dari masa ke semasa dan akan mengimbangi program yang di lakukan oleh pihak BN.Beliau juga berkata program ceramah mereka dapat sambutan dan akan memberikan kelebihan pada pakatan Rakyat.Belia juga yakin akan dapat menawan Seberang Takir jika undian awal di kira.Ini akan memberikan saingan yang sengit kepada BN di seberang Takir.
Ya dagang sebenarnya sentiasa memberikan semangat kepada dirinya sendiri supaya tidak putus asa kerana telah lama ingin menduduki kerusi DUN Seberang Takir yang ternyata merupakan kubu kuat BN. Kenapa PAS tidak akan berjaya untuk menawan Seberang Takir?-
1. Seberang Takir kini di pimpin oleh seorang Individu yang masih muda dan mempunyai tokoh kepimpinan yang tinggi. Beliau adalah YB Ahmad Razif Abd Rahman yang menang pada PRU ke 12 dengan majoriti yang besar iaitu 2430. YB Razif adalah seorang yang kuat bekerja dan sangat suka tolong orang yang memerlukan bantuan yang dalam kesusahan. Kerja kuat YB Razif pada hari ini menjadi buah mulut di setiap genap lapisan Masyarakat di Seberang Takir.Cubalah pergi di mana sahaja di Seberang Takir. Nama beliau di bibir rakyat kerana sifat prihatin beliau kepada penduduk kampung seberang Takir. Ya Dagang perlu tanya pada orang Kg Batin pada hari ini tentang YB Razif yang mana kita semua tahu tentang kubu kuat PAS di Seberang Takir itu. Ya Dagang tahu situasi ini dan mengharapkan keajaiban berlaku. Kg Batin pada hari ini telah bertukar wajah dan penduduk kampung mula berpaling kepada BN setelah faham dari penjelasan dari masa ke semasa. Mereka sekarang telah mula menerima bantuan dari pihak Kerajaan yang sebelum ini di perbodohkan oleh pemimpin PAS.
2. Ya Dagang kata BN menang kerana undi POS tetapi ini lah kata-kata semangat yang di luahkan oleh seorang pimpinan PAS Seberang Takir walaupun tahu PAS tidak akan bertanding di Seberang TAkir.Cuba lihat jadual di bawah:-
Kalau kita lihat analisa di jadual mennujukkan PAS kalah di setiap peti undi DUN Seberang Takir kecuali di Peti Undi Kg Batin iaitu BN kalah 77 undi. Bagaimana Ya Dagang kata rakyat telah tolak Barisan nasional. Rakyat sebenarnya tolak PR yang hanya dapat 4010 undi sedangkan BN mendapat 6440 lebih undi. PR juga memperolehi undi POS sebanyak 65 undi dan rakyat hanya 3000 lebih sahaja yang sokong PR. Inilah pembohongan oleh puok PAS yang telah terdesak kerana meraka merasakan semakin hari semakin teruk di tolak oleh rakyat.Lepas ini boleh tutup markas pasal PKR lagi yang akan bertanding. SPR sudah bersih dari awal lagi kalau tak dah lama Rhu Redang kita menang.
3. Ya Dagang mengatakan yang program mereka mendapat sambutan?.... itulah telah di katakan tadi hanya untuk sedapkan hati seperti Doktor yang memberi tahu pesakit cancer yang mana sakitnya adalah biasa sahaja dan masih boleh di rawat tetapi realitinya hanya tingggal 2 hingga 3 bulan sahaja. Contohnya boleh datang ke Seberang Takir pada ceramah mereka purata yang hadir hanya 10 hingga 30 orang. tetapi jika BN menganjurkan ceramah ribuan akan hadir . Ceramah Perdana PAS sekarang ini hanya setaraf ceramah kecil cawangan UMNO Seberang Takir sahaja yang mampu mengumpulkan hadirin 30 hingga 50 orang di rumah ketua cawangan. PAS sekarang akan berfikir 2 kali jika ingin adakan ceramah di Seberang Takir. Di fahamkan penceramah juga tidak mahu datang kerana kutipan derma sangat rendah? inilah perjuangan PAS di Seberang Takir.Ya Dagang juga mengakui Program BN di Seberang Takir ramai sambutan kerana ada umpan. Umpan yang di maksudkan oleh YA Dagang adalah bantuan yang YB razif usahakan kepada rakyat seberang Takir contohnya pada baru-baru ini Karnival 1Malaysia di dataran permata seramai 610 orang miskin di agihkan bantuan, YB razif usahakan 600 warga emas, orang miskin dan pelajar miskin dapatkan cermin mata percuma oleh SANADI opt. Pakar dari IJN datang seramai 50 orang termasuk pertugas hadir bagi memberi saringan awal sakit jantung kepada 1000 penduduk Seberang Takir. Begitu juga khidmat JPJ yang memudahkan orang ramai berurusan.
4. PAS sekali lagi boleh mengigit jari kaki pada PRU13 kerana PKR sekali lagi akan menduduki untuk pertandingan PRU13 sekali lagi. Kerja tak beberapa keras PAS makin tidak berharga dek kerana bukan dari kalangan mereka yang beranding. Kesian PAS dan pengikut mereka banyak mempersoalkan kewibawaan pimpinan atasan mereka yang di kuasai oleh pihak profesional dan bukan dari pihak ulamak yang codong pada pluralisme dan liberelisme dalam agama.
Boleh di katakan PAS dan PR di Seberang Takir lumpuh sama sekali kerani perebutan PAS dan PKR. PKR kata PAS Bodoh tak pernah menang dan PAS kata PKR pula bodoh tak ada jentera dan tak pernah buat kerja... inilah hakikat sebenar yang berlaku di antara PAS dan PKR di Seberang Takir. UMNO dan BN di seberang Takir sudah 4 tahun berkerja keras memadangkan Seberang Takir adalah penentu kepada kemenangan Parlimen Kuala Nerus. hanya kemenagan Parlimen adalah hadiah kepada rakyat dan juga pemimpin no 1 Malaysia Datuk Seri Perdana Menteri. bye bye PAS aku masih ingat anak-anak kecil di halau dari tadika... masih aku ingat dan akan ingat selama-lamanya.
aku tahu asal ususl mu..............
Anak.
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Salam... kat sini blogs kawan aku
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kunjung Hormat10 years ago
-
-
-
-
Kitab Perukunan11 years ago
-
-
Kuih Terengganu14 years ago
-
-
-
-
-
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Satu kejadian rompakan telah berlaku dengan begitu tragis sekali .Kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank ...
-
Tak tahulah.... mesti PKR kata fitnah dan kata UMNO jahat yg buat... mereka seolah-olah kebal dengan apasa saja yang merka buat. Ini di peti...
-
DI kalangan jiran, dia terkenal sebagai antara lelaki paling bersopan santun dan peramah, namun siapa sangka di sebalik sikap itu ters...
-
Pendedahan terbaru pasal Anuar telah mula tersebar? Lagi gambar di sini.
-
Kita amat memahami strategi ‘overdose’ atau ‘overkill’ iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga ...
-
Gugurnya pahlawan sang saka biru. Ikuti sebuah video khas untuk para pejuang di sabah di sini.
-
KUALA LUMPUR 3 April – Dakwaan berhubung isu video yang kononnya melibatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dip...
-
Hai inilah nasib kerana menghina agama Islam dan tak pandai jaga sentiviti agama lain. Kejadian ini perlu di ambil iktibar oleh semua orang ...
-
Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12....
-
Kisah di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselanatan yang terselamat. Kini belaiu lumpuh ke dua belah tangann...
Popular Posts
-
Satu kejadian rompakan telah berlaku dengan begitu tragis sekali .Kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank ...
-
Tak tahulah.... mesti PKR kata fitnah dan kata UMNO jahat yg buat... mereka seolah-olah kebal dengan apasa saja yang merka buat. Ini di peti...
-
DI kalangan jiran, dia terkenal sebagai antara lelaki paling bersopan santun dan peramah, namun siapa sangka di sebalik sikap itu ters...
-
Pendedahan terbaru pasal Anuar telah mula tersebar? Lagi gambar di sini.
-
Kita amat memahami strategi ‘overdose’ atau ‘overkill’ iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga ...
-
Gugurnya pahlawan sang saka biru. Ikuti sebuah video khas untuk para pejuang di sabah di sini.
-
KUALA LUMPUR 3 April – Dakwaan berhubung isu video yang kononnya melibatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dip...
-
Hai inilah nasib kerana menghina agama Islam dan tak pandai jaga sentiviti agama lain. Kejadian ini perlu di ambil iktibar oleh semua orang ...
-
Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12....
-
Kisah di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselanatan yang terselamat. Kini belaiu lumpuh ke dua belah tangann...