Saturday, April 20, 2013

SKUDAI : Seorang kerani bank hong leong bank telah membuat laporan polis. Pengadu memaklumkan bahawa semasa pengadu dengan  staff lain menghadiri mesyuarat di Hong Leong Bank Berhad, No. 2, Jalan Jati 1, Taman Nusa Bestari Jaya, Skudai, pengurus cawangan nama: Sylvia Kueh Sher Yan telah mengeluarkan kenyataan “Sesiapa yang pangkah (mengundi) Barisan akan dibuang kerja. Selepas itu, pengadu & penolong pengurus cawangan Junaidah Bt. Adnan mengatakan akan mengundi Barisan. Kemudian, pengurus cawangan terus diam dan menurskwn agenda mesyuarat seperti biasa. Kemudian pengandu datang membuat laporan polis kerana untuk perlindungan diri sebagai pekerja dan takut terjadi apa-apa hal terhadap kerjayanya.  laporan polis sudah di buat. temuramah terhadap mangsa telah di rakam dan akan di siarkan di berita utama.

SUMBER.

SETIU 20 April – Penamaan calon di Parlimen Setiu (P34) berjalan lancar dengan menyaksikan pertandingan tiga penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri (N06) di antara Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang calon Bebas. BN yang mempertahankan kerusi DUN Permaisuri diwakili oleh bekas Ahli Parlimen Setiu (2008-2013), Datuk Mohd. Jidin Shafee yang bakal dicabar oleh Wan Mokhtar Wan Ibrahim (PKR) dan calon Bebas, Mohd. Yusop Majid, 50.
Menariknya, pertembungan tiga penjuru kali ini menampilkan ketiga-tiga calon yang merupakan anak kelahiran Kampung Banggol, Permaisuri dekat sini.

 SETIU 20 April – Penamaan calon di Parlimen Setiu (P34) berjalan lancardengan menyaksikan pertandingan tiga penjuru di Dewan Undangan Negeri(DUN) Permaisuri (N06) di antara Barisan Nasional (BN), Parti KeadilanRakyat (PKR) dan seorang calon Bebas. BN yang mempertahankan kerusi DUN Permaisuri diwakili oleh bekas AhliParlimen Setiu (2008-2013), Datuk Mohd. Jidin Shafee yang bakal dicabaroleh Wan Mokhtar Wan Ibrahim (PKR) dan calon Bebas, Mohd. Yusop Majid,50. Menariknya, pertembungan tiga penjuru kali ini menampilkan ketiga-tigacalon yang merupakan anak kelahiran Kampung Banggol, Permaisuri dekatsini. Mohd. Jidin yang juga Ketua UMNO Bahagian Setiu menyerahkan borangpenamaan calon pada pukul 9.05 pagi sebelum ini pernah bertanding diParlimen Setiu menewaskan calon Pas dengan majoriti 7,232 undianbagaimanapun kali ini dipertaruhkan di DUN Permaisuri. Diikuti calon PKR, Wan Mokhtar pada pukul 9.20 pagi yang merupakan mukabaru di DUN itu pula menggantikan rakan seperjuangannya, Wan Rahim WanHamzah yang sebelum ini tewas di tangan Abd. Halim Jusoh (BN) denganmajoriti diperoleh sebanyak 3,639 undian. Kedua-dua calon itu bakal ditentang seorang calon Bebas, Mohd. Yusopyang menyerahkan borang penamaan pada pukul 9.35 pagi di mana beliausebelum ini pernah menyandang jawatan Ahli Parlimen Setiu (BN) selamasatu penggal bermula 2004 sehingga 2008.
Sila baca di sini.

SKUDAI : Seorang kerani bank hong leong bank telah membuat laporan polis. Pengandu memaklumkan bahawa semasa pengandu dengan  staff lain menghadiri mesyuarat di Hong Leong Bank Berhad, No. 2, Jalan Jati 1, Taman Nusa Bestari Jaya, Skudai, pengurus cawangan nama: Sylvia Kueh Sher Yan telah mengeluarkan kenyataan “Sesiapa yang pangkah (mengundi) Barisan akan dibuang kerja. Selepas itu, pgdu & penolong pengurus cawangan Junaidah Bt. Adnan mengatakan akan mengundi Barisan. Kemudian, pengurus cawangan terus diam dan menurskwn agenda mesyuarat seperti biasa. Kemudian pengandu datang membuat laporan polis kerana untuk perlindungan diri sebagai pekerja dan takut terjadi apa-apa hal terhadap kerjayanya.  laporan polis sudah di buat. temuramah terhadap mangsa telah di rakam dan akan di siarkan di berita utama..
Sila baca disini.



Siapa kata PAS tidak membuat sebarang pembangunan dan kemajuan di DUN WAKAF MEMPELAM???? Nah, inilah bukti pembangunan dan kemajuan yang telah dilakukan oleh YB PAS yang dipilih oleh rakyat. Puas hati??? Gambar ini telah diambil orang tempatan yang kebetulan melalui tempat ini. Lokasinya adalah di jalan masuk ke Kampung Durian Burung ( dalam DUN WAKAF MEMEPELAM ). "Pembangunan dan kemajuan" yang YB PAS telah buat ini pon bermula sejak dua menjak ni. Almaklumlah....dah dekat dengan PRU kan??? hahahaha....mahunya saya tergelak tengok pembangunan  sebegini rupa ini....hahahahah. TAHNIAH YB PAS!!!! 
Friday, April 19, 2013

Sebagai individu yang rapat dengan Allahyarham Dato’ Razali Ismail, bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Zubir Embong, 49, bertekad untuk meneruskan legasi kecemerlangan yang ditinggalkan bekas Timbalan Menteri Pelajaran itu.“Insya-Allah, saya yakin Barisan Nasional (BN) akan dapat menguasai semula Parlimen Kuala Terengganu memandangkan kita semua percaya sokongan akan beralih arah demi memastikan arus pendidikan semasa harus didukung oleh kepimpinan yang lebih mantap, sebagaimana kesinambungan yang pernah dilaksanakan oleh Allahyarham Dato’ Razali Ismail.“Saya berhasrat untuk menyambung legasi yang ditinggalkan oleh tokoh pemimpin hebat itu dalam memacu bidang pendidikan negara dan negeri , khususnya di Kuala Terengganu,” kata calon BN yang akan bertanding kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei ini, kepada Teganukita, semalam.Haji Mohd Zubir yang berkhidmat sebagai Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) juga akan memastikan Kuala Terengganu sebagai sebuah bandar raya yang sedang pesat membangun di sudut fizikal dan prasarana, tidak ketinggalan dalam melahirkan sumber manusia dan modal insan berkualiti yang digembleng dalam arus pendidikan semasa.Beliau juga mahu merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin, sekaligus tidak menafikan peluang untuk anak muda lepasan sekolah menyambung pelajaran di universiti akibat kekangan sumber kewangan dan ekonomi.Dalam pada itu, bakal calon lulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Pendidikan Universiti Putra Malaysia itu akan memastikan tempoh berkempen dua minggu sebaik penamaan calon Sabtu ini dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi menemui seluruh rakyat di Kuala Terengganu dalam siri lawatan, ceramah dan juga aktiviti kemasyarakatan.“Sepanjang kempen nanti sebagai calon mewakili parti yang memperjuangkan bangsa, agama dan negara akan menerangkan secara terperinci dan tepat mengenai apa jua dasar, perjuangan dan setiap langkah kerajaan kepada semua rakyat yang ditemui kelak.“Pada masa yang sama, saya juga tidak mahu menyentuh atau menceritakan perihal pihak lawan, kerana apa yang lebih utama rakyat kenal dan faham siapa yang layak dipilih untuk kesinambungan pembangunan hari ini,” katanya.Untuk rekod, Allahyarham Dato’ Razali meninggal dunia pada 28 November 2008 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland, Pahang ketika berumur 59 tahun. Allahyarham bertanding pada PRU11 dan menewaskan penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas).

Sila baca disini.

LAPORAN POLIS BERKAIT VIDEO SEKS DATO MUSTAFA ALI -PAKA RPT NO: 819/13 BERTARIKH 19/4/13 Pada 19 APR 13 jam 1120, satu Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Paka berhubung Isu Video Seks Dato’ MUSTAFA bin ALI. Pengadu nama: MOHD ZAID bin ABDULLAH, No K/P: 660701-11-5219, Pekerjaan: Buruh, Alamat: No 24 Kampung Santong, Paka, DUNGUN mendakwa pada 17/4/13 jam1000 d rumahnya telah mendapat maklumat menerusi media massa mengenai penyebaran Video Seks yang mana pelakunya dikaitkan dengan Setiausaha Agung PAS MALAYSIA iaitu Dato’ MUSTAFA ALI . Laporan Polis dibuat bertujuan tindakan dan siasatan dijalankan ke atas perlakuan serta ketulenan video seks yang yang tersebar luas baru2 ini. Kes belum d klsifikasi. Pegawai Penyiasat : Sjn WAHAB .
Sumber

KUALA TERENGGANU – PERGADUHAN pembahagian kerusi antara Pas dan PKR semakin ketara di negeri ini dengan tindakan tiga wakil Pas di tiga Dun berasingan mendesak Pas Pusat dan Perhubungan Pas Negeri meletakkan calon Pas di kerusi Dun Bandar, Seberang Takir dan Bukit Besi.Bantahan terhadap calon PKR di tiga-tiga kerusi itu dibuat oleh Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Bandar, Ahmad Shah Muhamed; Bendahari MTD Seberang Takir, Mohd Nordin Mahmood dan Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Dungun, Naraza Muda yang turut mewakili suara di peringkat Dun masing-masing.Bagi wakil Dun Bandar dan Seberang Takir, kedua-duanya berkeras dengan pendirian untuk menolak calon PKR kerana mendakwa potensi kemenangan lebih besar dengan meletakkan calon Pas, manakala wakil Bukit Besi, Naraza berlembut sedikit untuk menerima calon PKR sekiranya yang diturunkan itu diterima rakyat dan bukannya calon ‘bidan terjun’.“Kami yang mewakili Pas Dun Bukit Besi, Seberang Takir dan Bandar mendesak supaya Pas Pusat dan Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu membenarkan calon Pas bertanding di kerusi N25, N11 dan N14.“Kami menolak calon daripada PKR yang bersifat bidan terjun kerana tiada gerak kerja dan hubungan dengan jentera Pas yang telah lama bertapak di Dun tersebut,” jelas ketiga-tiga wakil terbabit pada sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Terengganu, di sini, semalam.

Cuba baca disini.

Tuesday, April 16, 2013

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said akan mengumumkan senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman pukul 2 petang ini.Terengganu Today difahamkan, gandingan muka baru dan lama dengan adunan pelbagai latar belakang berada dalam senarai itu bagi membawa kemenangan yang lebih besar.Mereka termasuklah kalangan agama, profesional, pentadbir, pendidik dan usahawan yang diharap mampu mencorakkan kerajaan negeri yang dapat berperanan lebih berkesan untuk meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.Senarai Penuh Calon BN Terengganu PRU-13P33 Besut – Idris Jusoh- Kuala Besut – A Rahman bin Mokhtar- Kota Putera – Muhammad Mahdi bin Musa- Jertih – Mohd Pehimi bin Jusoh- Hulu Besut – Nawi bin MohdP34 Setiu – en Mohd Zulkifli bin Jusoh- Jabi – Mohd Iskandar bin Jaafar- Permaisuri – Mohd Jidin bin Shafie- Langkap – Sabri bin Mohd Nor- Batu Rakit – Bazlan bin Abdul RahmanP35 Kuala Nerus – Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri- Tepuh – Muhammad Ramli bin Hj Noh- Teluk Pasu – Abdul Rahin bin Mohd Said- Seb. Takir – Ahmad Razif bin Abdul Rahman- Bkt Tunggal – Ismail bin NikP36 Kuala Trg – Mohd Zubir bin Embong- Wkf Mempelam – Wan Mahyuddin bin Wan Ngah- Bandar Toh Chin Yaw- Ladang –Wan Mohd Farid bin Wan Salleh-Batu Buruk – Che Mat bin Jusoh

Selanjutnya disini.

Saturday, April 13, 2013





KUALA LUMPUR  - Barisan Nasional (BN) tidak akan mendesak mana-mana pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan kontroversi video seks agar mengundurkan diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan, hari ini.

Beliau berkata, pendedahan video berunsur seks membabitkan beberapa pemimpin pembangkang akan menunjukkan tahap kebijaksanaan pembangkang menyelesaikan kontroversi panas tersebut.
Sehubungan itu katanya, rakyat juga menjadi penilai untuk memilih pemimpin.
“Kita tak desak pemimpin pembangkang atau (Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan sesiapa yang terlibat dalam video seks untuk letak jawatan.
“Mereka ada disiplin parti masing-masing, kita serah kepada rakyat untuk buat keputusan,” kata beliau pada sidang media di PWTC di sini hari ini.
Mengenai individu dalam video itu, Ahmad menyerahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian.
Menurut laporan Bernama lewat malam tadi, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk
menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.
Ketika berucap pada satu majlis di markas Pas Kampung Molek, Dungun malam tadi, beliau berkata, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.
“Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah… saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno,” katanya.
Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.
Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya. – SH

SUMBER

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus bermain politik dengan rakan Pakatannya apabila enggan mengulas lanjut siapa akan jadi PM sekiranya Pakatan menang. Dikala Dap dan Pkr sudah sepakat menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon PM, Hadi yang turut bercita-cita menjadi PM, terus membisu enggan menamakan calon PM Pakatan sekiranya menang PRU13. Terbaru, ketika program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, Hadi hanya mampu memberi alasan, beliau tidak boleh mendahului rakyat dalam membuat keputusan siapa bakal PM sekiranya BN tewas. Kononya menghormati sistem Raja Berperlembagaan. Isu siapa PM ini bukan baru bagi pakatan. Pada suatu ketika dulu, Hadi pernah turut bersetuju untuk menerima Anwar sebagai PM sekiranya berjaya ke Putrajaya. Setelah diasak teruk oleh akar umbi, Hadi mengatakan ianya belum dimuktamadkan lagi dan Pas perlu menang besar sebelum memikirkan siapa bakal jadi PM.

Setelah sekian lama isu ini reda, ianya sekali lagi meletus di Muktamar Pas di Kelantan pada November lepas, apabila pemimpin dari Dewan Muslimat dan Dewan Ulama Pas mencadangkan Hadi dilantik sebagai PM. Maka bersilat pemimpin-pemimpin Pakatan memberi penerangan kepada akar umbi masing-masing untuk menunjukkan mereka telah sepakat. Terdahulu, Pas sebelum ini dikatakan telah berunding secara sulit untuk meletakkan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon PM manggantikan Anwar yang dilihat terlalu banyak skandal dan kontroversi.
Difahamkan penentangan untuk menolak Anwar sebagai calon PM sangat kuat di dalam Pas sehingga dikatakan pemimpin tertinggi Pas menyatakan HARAM bagi Anwar untuk meminta jawatan PM dari Pas. Majlis Syura Ulama Pas, dalam perbincangan tertutup baru-baru ini juga telah sepakat menolak Anwar sebagai PM dan akan melantik calon luar untuk menggalas tugas tersebut. Tapi dalam kesibukan Pas untuk menjadi PM, mereka tidak sedar mereka hanya bertanding 70 daripada 222 kerusi yang dipertanding dan membiarkan Pkr dan Pas mengambil yang selebihnya. Hadi, Anwar dan Kit Siang tidak perlu putar belit bila jawab soalan wartawan. Semua orang dah tahu sebenarnya.

Sumber www.terengganutoday.com

Psstt: Peluru dengar dari suara dalaman PKR akan sabotaj HJ Hadi Awang di Parlimen Marang.. betul ke? Banyak duit akan masuk ke parlimen marang dari PKR untuk pastikan Hj Hadi tewas Pru13 ini.

BN’s desire to take back the Wangsa Maju parliamentary seat seems far-fetched as two coalition parties there – MCA and Umno – are at loggerheads and incumbent Independent MP Wee Choo Keong is in a fixed. Words of MCA and UMNO divisions there do not see eye-to-eye have been around since early last year when rumours had it that the seat would be given to Umno although it was a traditional MCA seat. In fact, MCA would not campaign for Umno candidate as the party view the seat as ‘gone’ given the Malay votes split and the Chinese votes solid against Umno candidate. A township of 65,078 voters with 53 percent Malays, 38 percent Chinese and nine percent Indians, MCA has held the seat until 2008 when Wee, under PKR flag, won the seat with just a 150 votes majority. It is understood that Umno is given the seat and the candidate that is fielded whose banner and operations rooms set up with his photo ‘loud and clear’ is Prime Minister’s political secretary Datuk Dr Shafie Abdullah. MCA Wangsa Maju division secretary Lim Choon Hong had stated that the party would not recognize any candidates other than its division chief Yew Teong Look. The ‘bad blood’ between the two parties began early last year when Shafie began meeting voters without inviting MCA local leaders and Chinese representations. MCA then complaint against the move but BN leadership had decided that the seat be given to Umno despite the MCA contested in the seat in 2004 and 2008. Despite the complaint, Shafie continues conducting activities such as giving out the BR1M to voters and aid to schools in the absence of MCA representatives. MCA alleged that Shafie is not even popular with the Malay voters there let alone being recognized although he is the Umno Wangsa Maju division head. Watching the development closely is incumbent Wee who is still contemplating whether to contest or allow a straight fight between BN and PKR from Pakatan Rakyat. Close friends of Wee said he had wanted to allow BN to contest as he is now a BN-friendly candidate but “the situation now, knowing that giving the seat to Umno would be sure waste, he might reconsider his earlier decision.” “He may make it a three-corner fight,” said his friend.

Source www.terengganutoday.com

Nampaknya, semakin dekat pilihanraya, semakin ghairah berkempen, semakin celaru Pakatan Rakyat jadinya. Hampir di semua negeri dan semua kawasan akan berlaku perebutan kerusi, ketidakpuasan hati dan sakit hati.Di Kedah, DAP telah diketepikan oleh PAS. Di Perlis, PKR telah dipermainkan oleh PAS. Di Johor, DAP telah mengenepikan DAP sendiri dan juga PKR. Di Selangor dan Pahang, PKR bermain tolak-tolak sesama sendiri. Di Terengganu PAS dan PKR berhempas pulas menepis dan menekan sesama sendiri. Di Perak, kita menyaksikan ‘pertandingan pencak-silat kalah maki’ antara DAP-PKR, DAP-PAS, PKR-PAS. Di Negeri Sembilan pula berlaku ‘perebutan tiga penjuru’ di beberapa tempat.Apa yang berlaku membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai susunan hierarki kepimpinan yang jelas mahupun sifat setiakawan yang ikhlas. Malah, sifat hormat-menghormati sesama sendiri, termasuk sesama pemimpin parti sekutu juga tidak ada langsung.Mungkin kerana terlalu sangat mempromosi sikap tidak menghormati dan suka menghina orang lain, maka akhirnya apa yang diterapkan oleh PR itu kini berbalik kepada diri mereka sendiri di mana tiada siapa lagi yang menghormati mereka.Maka kerana itu, kita melihat pilihan Anwar diboo oleh penyokongnya sendiri. Pilihan Lim Kit Siang dicemuh penyokong sendiri sehingga membawa kepada perletakan jawatan.Mungkin hanya penyokong PAS masih mempunyai rasa hormat kepada pemimpin sendiri tetapi jelas mereka juga tidak hormat kepada pemimpin PKR dan DAP kerana DAP dan PKR tidak pernah menghormati pemimpin mereka.Dalam keadaan di mana ‘carta aliran’ kuasa di dalam pakatan tidak dapat dipastikan, bagaimana PR begitu yakin yang mereka mampu memerintah negara? Bayangkanlah, ini baru soal calon dan kerusi, belum lagi soal prinsip, halatuju dan ekonomi.Kita pasti, jika PR menang maka isu hudud, isu salon, arak, judi, murtad, Kalimah Allah, semuanya akan dibangkitkan kembali kerana isu-isu ini, pada hakikatnya tidak pernah selesai. Pada ketika itu, apa agaknya akan terjadi kepada negara kita?

Sila baca disini.

Pemimpin Pas terus mempolitikkan agama untuk meraih undi orang Islam apabila mendakwa kononnya mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah satu ibadah besar dan akan memperoleh pahala.Dalam satu ceramah di Kampung Permatang di sini malam tadi, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa, pengundi yang memangkah pakatan pembangkang akan mendapat ganjaran daripada Allah.“Saya minta supaya jadikan hari mengundi yang tidak lama lagi sebagai satu ibadah yang besar. Maknanya, jadikan pilihan raya kali ini pilihan raya yang kita akan dapat pahala dengan pangkah Pakatan Rakyat.“Dengan kalimah bismillahirrahmaninirrahim, pangkah Pakatan Rakyat semata-mata hendak hancurkan kezaliman dan tegakkan kebenaran,” katanya.Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikecam oleh pelbagai pihak termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana mengeluarkan kenyataan mendakwa solat orang UMNO tidak mendapat pahala kerana menolak Islam.

Sila baca disini.

TUMPAT 9 April – Dua puluh empat jam selepas Persidangan Pondok Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz mengeluarkan deklarasi bahawa haram bagi umat Islam mengundi Pas dalam pilihan raya umum nanti, Kerajaan Pas Kelantan bertindak menyita Pondok Geting di sini.Tindakan sita terhadap Pondok Geting yang diasaskan oleh tokoh agama, Abdullah Sa’amah itu dibuat oleh Majlis Daerah Tumpat (MDT) atas dakwaan membina bangunan tanpa kebenaran Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan berkenaan.Bagaimanapun, tindakan yang dibuat oleh MDT itu mencetuskan persoalan kerana bangunan tambahan yang dibina dalam kawasan pondok tersebut sebenarnya mengikut prosedur ditetapkan.Malah pada masa yang sama, poster palsu yang menyatakan Abdullah adalah calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor ditampal pada batang pokok kelapa dan wakaf sekitar kawasan itu.Abdullah yang ditemui di sini hari ini berkata, kedua-dua tindakan tersebut dipercayai bermotifkan politik kerana kelantangan beliau menentang Pas di atas pentas ceramah di seluruh negara.Beliau bagaimanapun menegaskan, tidak gentar sama sekali dengan fitnah dan tekanan yang dibuat oleh Pas itu, malah akan meneruskan perjuangannya menyedarkan umat Islam mengenai perjuangan palsu Pas.“Ini hanya keputusan politik untuk memberi tekanan kepada saya supaya berhenti berceramah, saya tidak hendak buat apa-apa, cuma hendak baca surah Yasin dan solat hajat supaya masalah ini dapat diselesaikan dan mereka yang terlibat diberikan hidayah.“Saya berjuang atas UMNO dengan ikhlas dan akan berusaha bagi memastikan Barisan Nasional mengambil alih semula pentadbiran negeri ini, jadual ceramah saya akan diteruskan seperti biasa, pada 14 April ini saya akan berada di Kedah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sila baca disini.

Wednesday, April 10, 2013
Dikatanya dalam  suatu akhbar online, Jimmy Shanley ex-husband kepada Nursuhaila Eliani Suhaimy  gagal mendapat hak penjagaan penuh terhadap anaknya walaupun Jimmy sudah menyatakan bahawa ex-wife dia seorang yang suka berhibur dan bersosial dan tidak layak untuk menjaga anaknya. Walaubagaimanapun, Jimmy tidak berjaya membawa saksi bagi membuktikan dakwanya itu. Justeru itu bekas isterinya diberi mandat untuk menjaga anak tunggal hasil perkongsian hidup mereka yang singkat itu.
Pendakwah terkenal, Ustaz Mohd. Kazim Elias adalah antara penceramah yang sering dilabel serta difitnah ulama kerajaan hanya kerana beberapa siri ceramahnya yang dikatakan TIDAK SENADA dengan parti pembangkang.
Untuk lebih adil, apa kata kita renung sejenak petikan ceramahnya baru-baru ini yang menjelaskan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Dalam ceramah itu juga ada bahagian menarik untuk kita renungkan bersama.
Antaranya;
” Saya tak bagi tuan-tuan guna perkataan Anwar Al-Juburi, saya tak bagi tuan-tuan guna perkataan Rosmah Puaka, saya tak bagi tuan-tuan guna perkataan Najib Altantuya, saya tak suka tuan-tuan guna perkataan Pok Nik!.
” Cubalah berpolitik dalam perkataaan yang baik…serban pakai, jubah pakai tapi mulut tak terpakai…ingat, memaki sesama Islam adalah fasik!,” tegasnya.

Sila Baca Di Sini.

'"Janganlah kamu Marah"" Sepatutnya Parti islah kena pegang pada hadis ini bukan marah tak tentu pasal.... kalau nak marah pun jaganlah gunakan perkataan yang kasar dan boleh menimbulkan permusuhan dan pembalahan.. hahahahaa tak sesuailah nama Parti Islam.. tukar kepada parti marah semalaysialah pulak


Marah bukan kepalang para pemimpin dan penyokong PR bila mana stesen TV swasta seperti TV3 dan Astro membuat siaran langsung semasa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak melancarkan Manifesto BN tempohari.

Mereka merungut dan mengkritik sana sini mempersoalkan kenapa PR hanya ditawarkan 10 minit sahaja untuk pembentangan manifesto, sedangkan BN pula diberi kelebihan jauh lebih baik dari itu.

Soal rungutan sebegitu tak berkudis pun. Cuma yang tak sedapnya apabila ada penyokong PR yang vokal melampau seperti blog suarapakatanrakyat.com agak keterlaluan apabila menerbitkan artikel bertajuk Manifesto BN: Perangai Astro & TV3 Macam Babi !!

Entah apa kaitan binatang babi dengan isu ini sukar dikenal pasti, tapi jika TV3 dan Astro macam babi, adakah kakitangan yang bertanggungjawab melicinkan operasi kedua-dua stesen TV itu pun dianggap setaraf dengan babi juga?

Harap bukan itu yang dimaksudkan. Namun dibaca dari tulisannya jelas sekali blog tak bertamadun itu cuba menghamburkan kemarahan semaksimum mungkin terhadap TV3 dan Astro yang dianggapnya tidak adil.

Mungkin sebab itulah terpancur perkataan babi.

sila baca di sini.

Apabila pilihanraya hampir tiba, PAS akhirnya tidak sanggup lagi dilihat sebagai anjing kurap atau kuda tunggangan kepada DAP. Dengan susah payah, PAS mula bangun dan mengutip sisa-sisa harga diri yang tinggal. Umat Melayu mula memandang serong terhadap PAS apabila parti itu tunduk kepada DAP sehingga meninggalkan perjuangan ke arah Negara Islam.

Tahap ‘keIslaman’ PAS teruji lagi apabila berhadapan dengan isu murtad yang mana DAP telah dikenalpasti turut menjadi dalang. Ternyata PAS kalah dalam ujian tersebut sehingga sanggup memecat Dato’ Hasan Ali yang bersungguh-sungguh memperjuangkan akidah umat Islam dari dipesongkan oleh gerakan Evangelist Kristian. Tindakan PAS benar-benar mengejutkan umat Islam dan ia dilihat sebagai bukti kukuh betapa tipisnya perjuangan Islam PAS sehingga sanggup untuk memilih menjaga hati DAP, daripada menyelamatkan akidah ummah. PAS juga sanggup membelakangkan bangsa sendiri dan menghina mereka yang mempertahankan Melayu walaupun menyedari bahawa DAP bermati-matian memperjuangkan bangsa Cina. Atas dasar itu maka, sokongan Melayu terhadap PAS pun semakin berkurangan.

Pada tahun 2010, PAS sekali lagi memilih untuk menyebelahi DAP dalam isu Kalimah Allah dan injil berbahasa Melayu. Isu ini menjadi gah apabila pihak kerajaan dituduh dengan sengaja menghalang kemasukan injil berbahasa Melayu yang menggunakan Kalimah Allah ke Malaysia. Pada masa itu PAS mengambil pendirian untuk mendesak kerajaan membenarkan kemasukan injil tersebut bagi menunjukkan kepada DAP betapa parti Islam itu serius membawa imej yang lebih terbuka. Tidak cukup dengan itu, PAS juga diuji dengan berbagai skandal Anwar Ibrahim yang tidak jemu-jemu membuat salahlaku moral. Dan dalam setiap keadaan, PAS tetap teguh berada di belakang Anwar sehingga sanggup menggunakan hujah jahiliah dengan menolak bukti berbentuk rakaman video.

Berdasarkan semua faktor tersebut, maka sokongan terhadap PAS semakin lama semakin nipis. PAS dicemuh oleh lawan serta tidak dihormati oleh kawan. Justeru, apabila isu Kalimah Allah sekali lagi menjadi hangat akhir-akhir ini, maka PAS yang baru tersedar dari mimpi telah mengambil keputusan U-Turn. Malah, PAS turut kembali berdolak-dalih mengenai Negara Islam yang mana telah pun dipersetujui sebelum ini untuk digugurkan dari dasar parti. Tindakan U-Turn, berdolak-dalih dan putar belit ini nampaknya tidak membantu, malah menyebabkan semakin ramai yang memalingkan muka dari PAS. Di tambah dengan pendedahan mengenai kelemahan pentadbiran di Kedah dan selamanya, di Kelantan, maka PAS semakin terdesak untuk menghadapi pilihanraya. Dalam pada itu, PAS juga turut dikutuk kerana tidak pernah bertanding kerusi yang cukup, yang mana tidak mungkin membolehkan mereka menjadi kuasa dominan di dalam PR. Mengambil kira semua faktor ini, maka di saat-saat Pilihanraya hampir tiba, PAS tiba-tiba mengambil keputusan untuk berusaha habis-habisan memperbetulkan segala apa yang telah terlanjur dan tersilap. Malangnya, PAS tidak melakukan ‘pembetulan’ itu dengan cara yang betul, iaitu mengakui secara terbuka kesilapan bekerjasama dengan DAP mahupun Anwar, tetapi memilih untuk melakukan secara taktik ‘gerila’, iaitu secara sembunyi-sembunyi.

Tanpa keluar dari pakatan dengan parti kafir harbi dan parti penyokong LGBT, PAS berusaha untuk bertanding lebih banyak kerusi iaitu lebih 2/3 daripada 222 kerusi mengatasi kedua parti itu. Pada tahun 2008, PKR telah bertanding di 97 kerusi dan cuma menang 31. PAS pula 66 dan menang 23, manakala DAP 47 dan menang lebih separuh iaitu 28. Kali ini, PAS ingin bertanding di 76 kerusi parlimen bagi memastikan parti itu menjadi dominan di dalam PR, sekiranya mereka berjaya menjadi kerajaan nanti. Masalahnya, PAS tidak berkuasa mutlak walaupun di negeri yang diterajui mereka seperti Kelantan. Isu salon, arak, judi di Kelantan menjadi bukti bahawa PAS akur kepada DAP juga. Namun, melihat dari sikap PAS kebelakangan ini, terutama ‘golongan Ulama’, tidak keterlaluan jika dikatakan mereka nampaknya begitu serius untuk mengembalikan maruah parti itu di dalam PR. Dari apa yang didengari, mereka sanggup mengangkat senjata memerangi DAP sekiranya PR menang dalam PRU kali ini dan DAP enggan mengikut rentak mereka. Pada ketika itu mengikut sumber tersebut, PAS akan mengisytiharkan jihad menentang DAP, di mana tidak mustahil terdapat orang-orang UMNO sendiri akan turut menyertainya.

Sebenarnya, tidak sukar kita membayangkan PAS mengangkat senjata menyerang DAP atau sesiapa saja kerana parti itu sememangnya dipenuhi dengan manusia-manusia yang mudah dipengaruhi emosi. Jika tidak, kenapakah setiap kali demonstrasi, tenaga dari PASlah yang paling mudah didapati dan boleh dikerah sesuka hati untuk melakukan kerosakan sehingga membahayakan diri mereka sendiri? Hakikatnya, PAS berakarkan ektremisme dan akar itu tidak pernah putus, atau PAS sudah tentu tidak lagi wujud hari ini. Biarpun ia telah dijangkiti virus dan parasit, tetapi ia tidak bermakna yang ektremisme di dalam PAS yang mengidolakan pemerintahan ala Taliban itu, telah terhapus terus. Malah, golongan syiah juga berkembang biak di dalam PAS. Justeru, jika DAP dan PKR menyangka PAS itu boleh dipijak selama-lamanya, mereka silap, kerana PAS bukan kuda tunggang.

Sila baca disini.

Allah swt mengutus semua rasul demi mengajarkan Islam. Termasuk pokok penting ajaran itu ialah membezakan iman dan kufur. Rujukan dan sandaran untuk menentukan seseorang itu beriman atau kafir, tidak lain tidak bukan ialah dengan nas al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw. Hukum mengkafirkan seseorang merupakan hak Allah dan Rasul-Nya. Seseorang sehebat apapun dia, sebesar manapun gelarnya, tidak boleh berijtihad dengan akalnya atau menghukum dengan hawa nafsunya. Sebagaimana juga seseorang tidak boleh menentukan suatu amalan sebagai ketaatan dan kemaksiatan, atau halal dan haram tanpa dasar nas syari’at.Syaikh Prof. Dr. Ibrahim bin Amir ar-Ruhaili, mahaguru akidah di Madinah menyusun sebuah kitab khusus membahaskan prinsip dan kaedah menjatuhkan hukum kafir berjudul Dhawabith fit-Takfir. Gejala kafir-mengkafir merupakan amalan bid’ah pertama dalam Islam. Ia muncul pada akhir masa khulafa ar-rasyidin. Ia ditandai dengan muculnya puak Khawarij yang melakukan pemberontakan terhadap Khalifah Ali bin Abi Thalib, setelah peristiwa tahkim dalam perang Siffin. Puak Khawarij menentang dan mengkafirkan Ali, Abu Musa al Asy’ari, Amru bin al ‘Ash dan orang yang menyetujui tahkim tersebut.Ibn Kathir rhm menjelaskan dalam  al Bidayah wan-Nihayah, ketika Ali ra mengutus Abu Musa ra dan beberapa tenteranya ke daerah Daumatul Jandal. Tatkala itu puak Khawarij semakin mengganas, semakin kuat menentang Ali ra, dan secara jelas mengkafirkan Khalifah. Penentangan ini membawa kepada tindakan Ali memerangi mereka.Perbuatan Ali ra ini merupakan realisasi perintah Rasulullah saw untuk memerangi mereka, sebagaimana dijelaskan dalam sabda beliau maksudnya, “Di mana sahaja kalian menemui mereka, maka bunuhlah mereka, kerana membunuh mereka adalah pahala pada hari Kiamat bagi yang membunuhnya.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim)Pandemik kafir-mengkafir

Sila baca di sini.

Monday, April 8, 2013



Berapakah anak yang boleh kita miliki? Cuma seorangkah? Atau kita dibenarkan untuk memiliki anak selagi mampu walaupun sedozen? Di China telah terkenal satu polisi untuk memiliki hanya seorang anak sahaja, disebut sebagai jìhuà shēngyù zhèngcè. Justeru sungguh beruntung orang Cina di Malaysia kerana mereka tidak dihalang untuk memiliki anak melebihi seorang. Silakan untuk beranak pinak, cuma jangan beranak di bawah jambatan lalu dibuang ke tong sampah, seperti banyak dilakukan oleh para remaja yang terlanjur.
Malah sungguh beruntung seluruh umat manusia terutama sekali penganut Kristian kerana tidak pernah keluar sebuah dikrit dari Kerajaan Malaysia untuk membunuh setiap anak lelaki seperti yang berlaku di Mesir pada zaman Fir’aun dan juga di masa pemerintahan Raja Herodes di Bethlehem. Sebaliknya Klinik Ibu Dan Anak diwujudkan, Wad Padriatik ditubuhkan, serta perkhidmakan bidan turut disediakan oleh kerajaan.
Fikir sejenak. Gunakan akal yang waras dan pertimbangan yang dibuat atas dasar iman dan keadilan. Cuba kita keluar membawa kereta pada waktu siang lalu melepasi sekatan jalan yang dibuat oleh pasukan polis. Jika kita telah mengikut segala peraturan maka kita akan tenang tenteram dan kemudian setelah polis melihat cukai jalan dan juga lesen memandu yang sah, kita akan dilepaskan. Alhamdulillah pasukan polis ingin memastikan keamanan negara terjamin.
Betapa beruntungnya kita kerana pasukan polis kita bukanlah seperti pasukan polis sesetengah negara. Seorang bekas pengurus bank dari Malaysia di Burma pernah menceritakan kisah tahun 80-an bagaimana pasukan polis meminta wang kepada para pemandu kereta atas kesalahan ‘tidak memasang lampu’ pada siang bolong. Keesokannya pula sekali lagi mereka ditahan dan diminta wang kerana kesalahan ‘memasang lampu pada siang hari’. Lucu tapi benar.
Penindasan seperti ini terus berlaku sampai hari ini. Malah ada rakaman video dimuat naik dalam internet menunjukkan bagaimana pasukan polis negara tersebut mengambil rasuah terhadap setiap bas yang lebih muatan.
Sebaliknya yang terlibat dalam rasuah di negara kita, berkaitan dengan pesalah lalu lintas sahaja. Pengguna jalanraya yang mengikut peraturan tidak pernah terlibat dengan gejala ini. Justeru bermakna perasuah atau yang meminta rasuah memang terdiri dari jiwa yang kotor dan bersalah. Sudah melakukan kesalahan merasuah pula agar terlepas dari hukuman.
Pihak polis tidak pernah menahan kita secara tanpa asas dan semberono, atau memecah masuk rumah kita tanpa ada waran dan sebab yang kuat. Malah kita boleh bertanya kepada jiran tetangga kita, siapakah yang pernah keluar ke kedai lalu ditangkap tanpa sebab, atau rumah mereka diceroboh pihak polis? Pasti kita tidak akan dapati seorangpun yang pernah dianiaya.
Begitu juga apabila kita sakit atau isteri kita ingin bersalin, lalu kita bawa ke hospital kerajaan, apakah kita perlu merasuah para doktor atau jururawat seperti yang berlaku di Bangladesh sampai hari ini? Seorang pelajar Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia dari Bangladesh pernah bercerita bagaimana rakyat Bangladesh hanya akan pergi ke hospital apabila mereka sakit melebihi tujuh hari atau tenat.
Stesen TV kerajaan Qatar, Al Jazeera pernah membuat liputan kisah Aklima, seorang ‘cleaner’ yang mengidap sakit jantung di Dhaka Medical College Hospital terpaksa merasuah para doktor dan kakitangan hospital untuk mendapatkan rawatan, termasuk untuk melakukan ujian darah.
Jauh sekali keadaan Bangladesh dan Malaysia, ibarat langit dengan bumi. Di Malaysia telah ada klinik di setiap daerah  dan juga Klinik 1Malaysia untuk golongan kurang berada. Jika ada masa dan terserempak dengan rakyat Bangladesh yang mencari sesuap nasi di Malaysia, tanyakan sahaja apakah mereka bersyukur dapat tinggal di negara ini? Dan apakah mereka dizalimi dan ditindas semasa tinggal di Malaysia seperti di negara mereka? Lalu dengarkanlah apa yang mereka akan katakan.
Dimanakah Kerajaan Zalim?

Friday, April 5, 2013

Mungkin golongan Black Metal pun terkedu melihat PAS – Parti Ajaran Sesat yang semakin sesat,parti yang mengkafirkan sesama Islam,parti yang merembat tabung anak yatim Memali serta mengeluarkan fatwa dan hukum ikut suka. Dimanakah Islamnya PAS???Adakah dengan menyebarkan fitnah boleh membawa keberkatan dalam perjuangan PAS? Adakah PAS ingin terus menerus menipu pengundi melayu Islam dengan lambakan fitnah yang tidak berfakta? Tepuk dada tanyalah iman….undi PAS umpama undi kepada sebuah kehancuran ugama,bangsa dan negara. Kegagalan PAS mempertahankan Islam terutamanya penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik pemimpin PAS dilihat seolah-olah jahil agama. Haram Umat Islam Mengundi PAS pada PRU13.
Sila baca disini.

RAKYAT JEPUN TELAH MEMBUKTI EKSPERIMEN PETUKARAN KERAJAAN TERNYATA TIDAK BERJAYA

1. Malam tadi saya dan 3 rakan usrah cuba untuk test market di pages Parlimen FB untuk mengetahui isu2 yang dimanipulasikan oleh pihak Pakatan, ternyata isu2 lapuk telah diketengahkan agar dipopularkan semula seperti isu kehilangan saham bumiputera RM52 Billion, Isu Hudud, Isu hutang negara, Isu Pembekal Kuasa Dalaman (IPP), Isu kronisme dan Isu Laporan Audit Negara. Apa yang kami tahu, insyaallah kami menjawab walaupun berulang2 kali kami memberikan penjelasan namun pihak Pakatan tetap "spin" and "spinning".

2. Hari ini, apa yang menarik perhatian saya ketika sesi perdebatan berlangsung di PFB, sdr Ir Abu Hanifah Muhammad telah membangkitkan satu kenyataan yang menarik iaitu eksperimen rakyat Jepun dalam soal pemerintahan negara Matahari Terbit itu.

3. Umum mengetahui, Jepun telah menyaksikan PRU ke-46 pada 16 Disember 2012 yang lalu dimana keputusan keseluruhan PRU ke-46 kembali berpihak kepada Parti Liberal Demokratik Jepun (LDP) pimpinan Shizo Abe selepas menewaskan Parti Demokratik Jepun (DPJ) pimpinan Kaoto Kan. Dalam PRU ke-46, LDP berjaya memperolehi 294 kerusi Dewan Perwakilan (Dewan Rakyat) berbanding DPJ yang hanya memperolehi 57 kerusi sahaja manakala lain2 parti yang bertanding hanya memperolehi sekitar 10 sehingga 15 kerusi Dewan Perwakilan sahaja.

4. Apa yang menarik perhatian saya ialah, eksperimen rakyat negara Jepun dalam PRU ke-45 yang berlaku pada 30 Ogos 2009 telah menyaksikan parti LDP selaku parti yang lama memerintah dan memodenkan Jepun selama lebih 5 dekad kecundang di tangan pihak pembangkang iaitu DPJ pimpinan Yukio Hatoyama yang memperolehi 308 kerusi Dewan Perwakilan manakala LDP pimpinanTaro Aso hanya memperolehi 119 kerusi sahaja. PRU ke-45 Jepun telah menyaksikan pertarungan 2 gergasi politik negara itu sehingga mencetuskan kebimbangan Maharaja Akihita yang meminta semua rakyat bertenang dengan keputusan luar jangkaan itu.

5. Sebab musabab PRU ke 45 Jepun yang beralih tampuk pemerintahan adalah disebabkan oleh Manifesti DPJ iaitu dengan kata kunci "CHANGE", maka rakyat Jepun tertarik dengan tawaran manifesto itu. Dengan hanya 5 dasar yang diperjuangkan DJP dalam PRU ke-45 Jepun iaitu (1)Mengakhiri Perbelanjaan Yang Membazir, (2)Pembelaan terhadap Kanak-kanak dan pendidikan, (3)Pencen dan penjagaan kesihatan,(4) Kedaulatan Serantau, (5)Pekerjaan dan Ekonomi.

6. Secara ringkas saya mengkaji apa yang terkandung dalam 5 dasar Manifesto DPJ dalam PRU ke-45 Jepun ; dasar pertama, parti DPJ BERJANJI akan mengkaji semula dasar perbelanjaan kerajaan terdahulu yang membelanjakan lebih Y207 Billion, kemudian menghapuskan cukai2 yang membazir dan mengharamkan sumbangan daripada syarikat2 korporat. Dasar kedua, DPJ BERJANJI akan membayar elaun kepada setiap kanak2 di Jepun dengan kadar elaun sbyk Y312,000 setahun sehingga mereka tamat peringkat Junior High School, disusuli dengan menawarkan Pendidikan Percuma di peringkat Sekolah Tinggi (High School) dan mengkaji pemberian biasiswa dengan lebih inklusif. Dasar ketiga, DPJ BERJANJI untuk memastikan setiap pesara dibekalkan dengan buku pencen, meminimumkan kadar pencen sekurang-kurangnya Y70,000 dan memansuhkan skim insuran kesihatan dengan menambah bilangan doktor di hospital2 sebanyak 50% !. Dasar keempat, DPJ akan membangunkan kedaulatan serantau dengan menggunakan dana daripada kerajaan, mencipta satu sistem pendapatan sokongan untuk individu yang terlibat dalam bidang pertanian dan menggiatkan ekonomi tempatan dengan penghapusan TOL dan mengkaji semula perniagaan berbentuk pos. Dasar kelima, DPJ BERJANJI mengurangkan cukai korporat ke atas perusahaan SME kepada 11%, membantu setiap pencari pekerjaan dalam latihan dengan elaun sebanyak Y100,000 sebulan, memperkasakan pernilaian terhadap kepanasan global dengan indutri baru. Itu adalah ringkasan kepada manisfesto parti DPJ sewaktu PRU ke-45 Jepun.

7. Faktor kekalahan DPJ : Namun, apabila mereka mendapat kuasa sebagai pemerintah Kerajaan Jepun sehingga gagal mempertahankan apa yang dikecapi adalah kerapa apa yang dijanjikan dalam PRU ke-45 GAGAL untuk ditepati. Rakyat Jepun mengkritik DPJ yang gagal memberikan elaun kepada anak2, pendidikan percuma hanya untuk peringkat Menengah Tinggi sahaja tidak meliputi peringkat rendah, menengah rendah dan universiti, gagal untuk mengekang perbelanjaan membzir sebaliknya pada era DPJ menjadi kerajaan, hutang negara Jepun terus meningkat 200% daripada KDNK negara dan menyebabkan LDP terpaksa menanggung beban kewangan yang ditinggalkan oleh DPJ. Apatah lagi, faktor penyumbang kekalahan DJP adalah disebabkan juga dengan JANJI DJP untuk menjaga kedaulatan serantau tetapi terus membenarkan US Military berkuasa di Kepulauan Okinawa, bukan sekali dua askar marin US ini membuat onar sehingga menyebabkan DPJ kalah teruk dibelasah oleh penduduk Okinawa dalam PRU 2012. Itu baru sikit faktor kekalahan DJP walhal jika mahu disenaraikan disini, perlu masa yang panjang.

8. Apabila saya membandingkan Manifesto DPJ dalam PRU 2009 dengan Manifesto Pakatan Rakyat dalam PRU 2013, ada persamaan dalam aspek penghapusan (Abolishment), pengurangan (Reduce), penjimatan (Retrenchment), percuma (Free) dan pemerkasaan (Revitalise). Jika dilihat secara mendalam ternyata, semua janji2 dan tawaran dalam Manifesto Pakatan sebenarnya mengundang padah kepada rakyat M'sia dalam masa sepenggal andai PR memerintah M'sia. Lihat sahaja apa berlaku dalam Manifesto di Selangor, adakah semuanya berjaya dilunaskan ?. Jika dikatakan sudah lunas, kenapa satu demi satu rakyat memfailkan saman ke atas kerajaan negeri itu dan keputusan akhirnya berpihak kepada rakyat.

9. Saya tertarik dengan kenyataan seorang ahli akademik dari M'sia yang berkhidmat di Shobi University yang meminta rakyat M'sia agar tidak mengulangi kesilapan rakyat Jepun dengan memilih Pakatan Pembangkang memerintah negara, hasilannya rakyat juga yg akan menanggung bahana seperti yang dilakukan oleh DPJ sepanjang 3 tahun pemerintahan mereka. Bahkan yang paling menariknya seorang penganalisis politik terkenal, Micheal J.Green telah mengkritik DPJ yang gagal dalam Revolusi Musim Sejuk dalam satu artikel yang bertajuk Japan's Confused Revolution. Termasuk juga dengan kritikan Assc. Prof Tomoki Takeda dari Daito Bunka University yang menjadikan DJP sebagai bahan lawak jenaka dalam kegagalan Reformasi Politik yang dibawa oleh pakatan pembangkang di Jepun.

10. Kesimpulannya, tidak hairanlah jika dikatakan, memilih parti yang hanya mampu berjanji, mampu berkata-kata, ibarat menanam tebu dibibir tetai kurang dan amat cetek pengalaman mentadbir yg pada akhirnya rakyat juga yang menderita, akibat terlalu teruju untuk membuat eksperimen pertukaran kerajaan. Jangan pisang berbuah dua kali. Untuk rekod, program TRANSFORMASI oleh Kerajaan M'sia pimpinan BN ternyata amat memberikan impak kepada kestabilan negara ini bahkan berjaya meningkat pertumbuhan ekonomi negara. Saya tidak berhasrat mengulas panjang program TRANSFORMASI ini memandangkan DS Mohd Najib telah membuktikan dengan 100 kejayaan yang dilakarkan dalam masa 4 tahun !.

Bacaan luas : http://zeenews.india.com/news/world/voting-underway-in-japan-general-elections_816987.html

Hutang Negara Jepun : http://www.ft.com/cms/s/0/2ba01842-9763-11e2-97e0-00144feabdc0.html#axzz2PTLWJNP0

Kenyataan Assc Prof http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? y=2013&dt=0402&pub=Kosmo&sec=Pilihan_Raya&pg= pr_04.htm

Buat Perbandingan Manifesto DPJ dan PR : http://www.dpj.or.jp/english/m anifesto/manifesto2009.html

http://www.pakatanrakyat.my/files/BM-Manifesto-BOOK.pdf

Kritikan ke atas DPJ :

http://csis.org/files/publication/twq10januarygreen.pdf

http://www.japantimes.co.jp/op inion/2012/11/30/editorials/dpjs-weak-confusing-platform/#.UV0e75NTBPI

http://csis.org/files/publication/121218_Schoppa_ JapanElection_JapanPlatform.pdf

p/s : Yang menariknya pemimpin setiap parti politik Jepun silih berganti, termasuk jugalah dengan UMNO dan parti2 komponen dalam BN juga datang dan pergi bersilih berganti, tapi DAP ?, PAS dan PKR ?...sendiri mau ingat la.

Thursday, April 4, 2013

KUALA LUMPUR 3 April – Dakwaan berhubung isu video yang kononnya melibatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dipercayai didalangi oleh kem penyokong Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.Ketua Kaum India PKR Permatang Pauh, N. Ponnusamy berkata, isu itu ditimbulkan dipercayai bagi menghalang penguasaan Nurul Izzah dan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam parti tersebut.“Kita yakin isu video Nurul Izzah adalah angkara penyokong daripada kem Timbalan Presiden PKR.“Ini adalah tindakan rakus penyokong kem Azmin yang mahu menghalang politik Wan Azizah dan Nurul Izzah di Selangor,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Ponnusamy turut meminta Azmin berhenti menyerang Wan Azizah menerusi Setiausaha Politik Ketua Wanita PKR, Mohd. Fareez Kamal Intidzam yang sebelum ini telah mengeluarkan banyak kenyataan biadab terhadap Presiden PKR.
Sila baca disini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dibubarkan hari ini selepas mendapat perkenan daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi.Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, Sultan Mizan telah menurunkan tandatangan memberi perkenan pembubaran selepas beliau menghadap baginda kira-kira pukul 7.40 malam.“Pagi esok Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang akan menyerahkan watikah pembubaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya ketika berucap melancarkan Jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura di sini malam ini.Menteri Besar turut mengumumkan beliau akan mempertahankan DUN Kijal manakala Datuk Toh Chin Yaw mewakili MCA kekal bertanding di DUN Bandar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.Pada majlis itu, beliau menyampaikan watikah kepada para Pengerusi Portfolio Pilihan Raya melibatkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).
Sila baca disini.

Wednesday, April 3, 2013

Berita pembubaran Parlimen ke 12 menjadi kenyataan pada hari ini apabila Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun razak membuat pengumuman pembubaran Parlimen ke 12 secara langsung dari Putrajaya menerusi tv1 pada jam 11.30 pagi tadi.Ura-ura pembubaran akan dibuat hari ini tersebar luas apabila gambar Yang DiPertuan Agong menandatangai sesuatu tersebar di media maya setelah kereta Perdana Menteri masuk ke Istana Negara pagi tadi.
Sila baca disini.

Tuesday, April 2, 2013

Kalau dah melindungi orang yang hina Nabi Muhammad SAW macam sama bersetuju dengan penghinaan kepada baginda Rasul. Jangan samakan Nabi Muhammad SAW yang mulia dan maksum dengan pemimpin pembangkang yang terlibat dengan isu moral. Situasi yang jauh berbeza. Bertaubatlah. Ini pasal akidah. Kalau dah begitu keji UMNO kenapa video seks Nik Aziz tak ada? Atau Nik Aziz lebih tinggi darjatnya dari Nabi Muhammad SAW? Fikir-fikirkanlah.. betulah Haram undi PAS.

KUANTAN 2 April – Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasarudin Hassan Tantawi mempertahankan Penolong Setiausaha 1 sayap parti itu, Khairul Fahmi Mat Som berkaitan kenyataan yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW melalui akaun Twitter @fahmipkg pada 27 Mac lalu.Nasarudin dalam ceramahnya pada Program Pentas Anak Muda anjuran pakatan pembangkang di Sungai Isap Jaya di sini malam tadi berkata, kenyataan Khairul Fahmi itu sebenarnya ditujukan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya sering menabur fitnah.

Sila baca disini


Video terbaru yang baru dimuatnaik di Youtube dan Facebook oleh Puak Pakatan menyiarkan Si Rafizi Lembu cuba 'menggoreng' tentang pendidikan percuma yang mereka janjikan dalam siri #manifestobukanjanji

Terdesak untuk menarik undi anak-anak muda, mereka terus menabur janji yang tidak pasti dan tidak realistik semata-mata demi undi dan kuasa. Dalam siri pertama ini, budak conan cuba mengupas tentang fitnah dan dakwaan Rafizi kepada BN dengan dakwaan BN menswastakan pendidikan tinggi.

Berita lanjut sila baca di SINI. 

Sudah sampai masanya Syukur Parlimen dah nak bubar esok.....

Perdana Menteri dijangka buat pengumuman selepas mesyuarat terakhir kabinet

Kuala Lumpur: Parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan.
Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar.


Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen selepas mesyuarat.


Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas itu.
Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.
Beberapa Menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini.
Tempoh 60 hari adakan PRU-13
“Saya sudah menerima surat dan mungkin ini adalah mesyuarat Kabinet terakhir penggal ini kerana mengikut tradisi Perdana Menteri sebelum ini, Parlimen dibubarkan selepas itu,” kata seorang Menteri kepada BH semalam.


Jika Parlimen dibubarkan esok, ia genap empat tahun Najib menerajui negara selepas dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.
Tempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.
Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi negeri pertama terbubar secara automatik pada Khamis lalu dan kini ditadbir kerajaan sementara yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.






Ketua jurulatih T-Team Peter Butler boleh menarik nafas lega buat sementara waktu kerana Eduardo Almeida yang diperkatakan akan mengambil alih tugasnya dilantik sebagai ketua jurulatih dan pengarah teknikal Akademi Bola Sepak Titans Muda, semalam.
Almeida yang juga bekas jurulatih kelab Divisyen Tiga Siri F Portugal, Athletico Sport Club Reguengos yang pernah melatih Ahmad Fakri Saarani ketika pemain berkenaan beraksi di negara itu sudah menandatangani perjanjian dengan T-Team.

Berita penuh di SINI.

SEORANG Ustaz Di tempat Aida Tengah sama-sama bekerja dengannya menyatakan sudah hilang hormat kepada Adun Pas Ladang, YB Tengku Hassan berikutan skandalnya dengan Puan Aida isteri Apandi.“Mula mula saya hormat sangat pada YB Tengku Hassan, tetapi apabila saya ketahui dia mempunyai skandal dengan kawan sekerja saya Puan Aida Tengah, saya dah mula hilang rasa hormat kepada pemimpin Pas itu,” kata Ustaz berkenaan.Difahamkan Ustaz rakan sekerja itu mempunyai hubungan yang rapat dengan pasangan Aida dan Apendi, malah Apendi  suami Aida pernah me njadi muridnya belajar mengaji Al-Quran.Tetapi bila mendapat tahu Aida menduakan Apendi dan bercinta dengan YB Tengku Hassan, beliau amat dukacita.
Sila baca disini.

BACHOK – Gara-gara gila seks, seorang Penghulu Pas di sebuah mukim Jelawat di sini menerima padah apabila dibelasah teruk oleh penduduk kampung ketika cuba merogol seorang wanita berstatus janda di kawasan semak di kampung berkenaan minggu lalu.Akibat daripada itu penghulu terbabit mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badannya.Menurut penduduk kampung yang dikenali Mohamad Sidek, sikap liar penghulu berkenaan terhadap mangsa itu sememangnya telah lama mendapat perhatian penduduk kampung dan menunggu masa untuk bertindak.Katanya, kerakusan itu berlaku selepas penghulu berkenaan dikatakan mengekori mangsa semasa menunggang motosikal secara bersendirian di sebuah jalan di kawasan kampung berkenaan.
Sila baca disini.

Monday, April 1, 2013

Puak pembangkang semakin menampakkan sifat hipokrit mereka apabila masing-masing bertempiaran mencari kawasan selamat untuk bertanding.Bertanding di kawasan di mana mereka menganggap sebagai kubu kuat pembangkang mungkin mampu menyelamatkan karier dan masa depan politik yang kebanyakannya berada di hujung tanduk.Daripada pemimpin PKR seperti Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim, bekas Menteri Besar Perak daripada Pas, Nizar Jamaluddin hinggalah kepada Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang, semuanya mengorbankan kerusi yang disandang sekarang untuk lari meninggalkan pengundi mereka pada Pilihan Raya Umum pada tahun 2008 dahulu.Yang menjadi mangsa ialah rakyat di kawasan itu yang mengharapkan pembelaaan yang tidak kunjung tiba sejak lima tahun di wakili pembangkang.

Sila baca disini.


Wang tunai bernilai RM5,000 beserta pelbagai hadiah iringan menanti pengunjung ke-500,000 di Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Bukit Takal.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Mustafar Khalid berkata zoo terbesar di pantai timur itu yang beroperasi sejak 2009 kini menerima kira-kira 400,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.
“Ini adalah sebagai usaha kita untuk menarik kedatangan lebih ramai pengunjung ke zoo ini dan berharap pengunjung akan dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga mereka sepanjang berada di sini.

Berita lanjut di SINI. 

Tak tahulah.... mesti PKR kata fitnah dan kata UMNO jahat yg buat... mereka seolah-olah kebal dengan apasa saja yang merka buat. Ini di petik dari blogs http://www.1cilipadi.blogspot.com/2013/04/panas-gambar-lucah-naib-pengerusi.html?m=1. Kan aku dah kata, Memang tak dapat dipisahkan PKR dan Seks! Dari Atas sampai bawah semuanya gila Seks! Gila babi lah betul lah puak-puak pakatan haram ni. Makin menjadi-jadi pula tu. Lepas satu, satu. Macam ni punya Parti mau kasi takbir Negara? Puihhhh!

Seharusnya mahasiswa universiti perlu bersikap professional dan tahu menghormati orang kerana mereka merupakan pelajar universiti yang mempunyai ilmu, bukannya orang yang tiada ilmu. Jadi, penglibatan mahasiswa dalam mencetuskan kekecohan dihadapan kediaman Perdana Menteri Malaysia, seharusnya tidak berlaku. Perbuatan sebegitu hanyalah sesuatu yang buang masa! Jika ada apa-apa yang ingin diluahkan haruslah mengikut cara yang betul, bukannya melakukan kekecohan dan tidak mendengar arahan pihak berkuasa.

#Layak ke mereka dipanggil mahasiswa universiti jika tidak hormat kepada pemimpin negara??? 



Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman, iaitu Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan telah menyerah diri kepada pihak berkuasa setelah Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengarahkannya menyerah diri dimana-mana Balai Polis berdekatan bagi membantu sisatan mengenai pencerobohan bersenjata di Lahad Datu. Di harapkan Datuk Seri Muhammad Ridzwan sama-sama memberi bantuan kepada Polis Malaysia dalam menangani musuh negara. Seharusnya kita rakyat Malaysia, tidak bekerjasama dengan musuh demi Malaysia tercinta, 

SUMBER

Tengok la betapa fanatiknya Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar atau Sam Ketot. Dulu masa Sultan Johor beli no plat WWW1, macam-macam tohmahan dari Pemimpin Pembangkang. 

Teruk Sultan Johor kena hentam, kononnya membazir wang Rakyat la, membuang duit la, patut duit tu boleh sedekah Anak Yatim la. Tapi kini siapa yang jilat kahak sendiri? 

Sam Ketot ni sanggup beli no plat PRU13 sempena Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) yang semakin hampir. Kononnya ade 'ong' la tu. Plat tu mesti didaftarkan di Penang, tapi kenapa DAP tak beli? Sebab DAP cerdik, dorang tau akan jadi isu. 

Maka, Sam Ketot la menjadi mangsa keadaan. Konon nak bangga tapi nampak bodoh. Aku nak tanya, agak-agak berapa Ringgit Malaysia la harga no plat PRU13 tu ye? Duit siapa tu? Tak membazir ke? Kalau sponsor, siapa sponsor? - ADA 


SUMBER DI SINI. 


PENGGUNA di laluan utama Darat Batu Rakit menghala ke Tepoh di Kampung Wakaf Chagak, di sini,  gempar  apabila melihat sebuah motosikal yang digantung pada pokok kekabu, di sini.
Tidak cukup menggantung motosikal berkenaan, penduduk turut meletakkan satu nota pada  pokok  dengan mendakwa pemilik motosikal sebagai ‘kaki pecah rumah, kaki curi motosikal, kaki curi lembu dan sebagainya.

Berita lanjut di SINI.
Powered by Blogger.

Popular Posts

PAPAGOMO

Popular Posts

viewer

Search

Pages

Total Pageviews

About Me

Perjuangan baru bermula. Demi Alif Ba dan Ta...

DAP ganti PAS

DAP ganti PAS

Followers

Blog Archive