Monday, April 8, 2013



Berapakah anak yang boleh kita miliki? Cuma seorangkah? Atau kita dibenarkan untuk memiliki anak selagi mampu walaupun sedozen? Di China telah terkenal satu polisi untuk memiliki hanya seorang anak sahaja, disebut sebagai jìhuà shÄ“ngyù zhèngcè. Justeru sungguh beruntung orang Cina di Malaysia kerana mereka tidak dihalang untuk memiliki anak melebihi seorang. Silakan untuk beranak pinak, cuma jangan beranak di bawah jambatan lalu dibuang ke tong sampah, seperti banyak dilakukan oleh para remaja yang terlanjur.
Malah sungguh beruntung seluruh umat manusia terutama sekali penganut Kristian kerana tidak pernah keluar sebuah dikrit dari Kerajaan Malaysia untuk membunuh setiap anak lelaki seperti yang berlaku di Mesir pada zaman Fir’aun dan juga di masa pemerintahan Raja Herodes di Bethlehem. Sebaliknya Klinik Ibu Dan Anak diwujudkan, Wad Padriatik ditubuhkan, serta perkhidmakan bidan turut disediakan oleh kerajaan.
Fikir sejenak. Gunakan akal yang waras dan pertimbangan yang dibuat atas dasar iman dan keadilan. Cuba kita keluar membawa kereta pada waktu siang lalu melepasi sekatan jalan yang dibuat oleh pasukan polis. Jika kita telah mengikut segala peraturan maka kita akan tenang tenteram dan kemudian setelah polis melihat cukai jalan dan juga lesen memandu yang sah, kita akan dilepaskan. Alhamdulillah pasukan polis ingin memastikan keamanan negara terjamin.
Betapa beruntungnya kita kerana pasukan polis kita bukanlah seperti pasukan polis sesetengah negara. Seorang bekas pengurus bank dari Malaysia di Burma pernah menceritakan kisah tahun 80-an bagaimana pasukan polis meminta wang kepada para pemandu kereta atas kesalahan ‘tidak memasang lampu’ pada siang bolong. Keesokannya pula sekali lagi mereka ditahan dan diminta wang kerana kesalahan ‘memasang lampu pada siang hari’. Lucu tapi benar.
Penindasan seperti ini terus berlaku sampai hari ini. Malah ada rakaman video dimuat naik dalam internet menunjukkan bagaimana pasukan polis negara tersebut mengambil rasuah terhadap setiap bas yang lebih muatan.
Sebaliknya yang terlibat dalam rasuah di negara kita, berkaitan dengan pesalah lalu lintas sahaja. Pengguna jalanraya yang mengikut peraturan tidak pernah terlibat dengan gejala ini. Justeru bermakna perasuah atau yang meminta rasuah memang terdiri dari jiwa yang kotor dan bersalah. Sudah melakukan kesalahan merasuah pula agar terlepas dari hukuman.
Pihak polis tidak pernah menahan kita secara tanpa asas dan semberono, atau memecah masuk rumah kita tanpa ada waran dan sebab yang kuat. Malah kita boleh bertanya kepada jiran tetangga kita, siapakah yang pernah keluar ke kedai lalu ditangkap tanpa sebab, atau rumah mereka diceroboh pihak polis? Pasti kita tidak akan dapati seorangpun yang pernah dianiaya.
Begitu juga apabila kita sakit atau isteri kita ingin bersalin, lalu kita bawa ke hospital kerajaan, apakah kita perlu merasuah para doktor atau jururawat seperti yang berlaku di Bangladesh sampai hari ini? Seorang pelajar Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia dari Bangladesh pernah bercerita bagaimana rakyat Bangladesh hanya akan pergi ke hospital apabila mereka sakit melebihi tujuh hari atau tenat.
Stesen TV kerajaan Qatar, Al Jazeera pernah membuat liputan kisah Aklima, seorang ‘cleaner’ yang mengidap sakit jantung di Dhaka Medical College Hospital terpaksa merasuah para doktor dan kakitangan hospital untuk mendapatkan rawatan, termasuk untuk melakukan ujian darah.
Jauh sekali keadaan Bangladesh dan Malaysia, ibarat langit dengan bumi. Di Malaysia telah ada klinik di setiap daerah  dan juga Klinik 1Malaysia untuk golongan kurang berada. Jika ada masa dan terserempak dengan rakyat Bangladesh yang mencari sesuap nasi di Malaysia, tanyakan sahaja apakah mereka bersyukur dapat tinggal di negara ini? Dan apakah mereka dizalimi dan ditindas semasa tinggal di Malaysia seperti di negara mereka? Lalu dengarkanlah apa yang mereka akan katakan.
Dimanakah Kerajaan Zalim?

0 comments:

Powered by Blogger.

Popular Posts

PAPAGOMO

Popular Posts

viewer

Search

Pages

Total Pageviews

About Me

Perjuangan baru bermula. Demi Alif Ba dan Ta...

DAP ganti PAS

DAP ganti PAS

Followers

Blog Archive