Saturday, April 20, 2013

 SETIU 20 April – Penamaan calon di Parlimen Setiu (P34) berjalan lancardengan menyaksikan pertandingan tiga penjuru di Dewan Undangan Negeri(DUN) Permaisuri (N06) di antara Barisan Nasional (BN), Parti KeadilanRakyat (PKR) dan seorang calon Bebas. BN yang mempertahankan kerusi DUN Permaisuri diwakili oleh bekas AhliParlimen Setiu (2008-2013), Datuk Mohd. Jidin Shafee yang bakal dicabaroleh Wan Mokhtar Wan Ibrahim (PKR) dan calon Bebas, Mohd. Yusop Majid,50. Menariknya, pertembungan tiga penjuru kali ini menampilkan ketiga-tigacalon yang merupakan anak kelahiran Kampung Banggol, Permaisuri dekatsini. Mohd. Jidin yang juga Ketua UMNO Bahagian Setiu menyerahkan borangpenamaan calon pada pukul 9.05 pagi sebelum ini pernah bertanding diParlimen Setiu menewaskan calon Pas dengan majoriti 7,232 undianbagaimanapun kali ini dipertaruhkan di DUN Permaisuri. Diikuti calon PKR, Wan Mokhtar pada pukul 9.20 pagi yang merupakan mukabaru di DUN itu pula menggantikan rakan seperjuangannya, Wan Rahim WanHamzah yang sebelum ini tewas di tangan Abd. Halim Jusoh (BN) denganmajoriti diperoleh sebanyak 3,639 undian. Kedua-dua calon itu bakal ditentang seorang calon Bebas, Mohd. Yusopyang menyerahkan borang penamaan pada pukul 9.35 pagi di mana beliausebelum ini pernah menyandang jawatan Ahli Parlimen Setiu (BN) selamasatu penggal bermula 2004 sehingga 2008.
Sila baca di sini.

0 comments:

Powered by Blogger.

Popular Posts

PAPAGOMO

Popular Posts

viewer

Search

Pages

Total Pageviews

About Me

Perjuangan baru bermula. Demi Alif Ba dan Ta...

DAP ganti PAS

DAP ganti PAS

Followers

Blog Archive