Apabila pilihanraya hampir tiba, PAS akhirnya tidak sanggup lagi dilihat sebagai anjing kurap atau kuda tunggangan kepada DAP. Dengan susah payah, PAS mula bangun dan mengutip sisa-sisa harga diri yang tinggal. Umat Melayu mula memandang serong terhadap PAS apabila parti itu tunduk kepada DAP sehingga meninggalkan perjuangan ke arah Negara Islam.
Tahap ‘keIslaman’ PAS teruji lagi apabila berhadapan dengan isu murtad yang mana DAP telah dikenalpasti turut menjadi dalang. Ternyata PAS kalah dalam ujian tersebut sehingga sanggup memecat Dato’ Hasan Ali yang bersungguh-sungguh memperjuangkan akidah umat Islam dari dipesongkan oleh gerakan Evangelist Kristian. Tindakan PAS benar-benar mengejutkan umat Islam dan ia dilihat sebagai bukti kukuh betapa tipisnya perjuangan Islam PAS sehingga sanggup untuk memilih menjaga hati DAP, daripada menyelamatkan akidah ummah. PAS juga sanggup membelakangkan bangsa sendiri dan menghina mereka yang mempertahankan Melayu walaupun menyedari bahawa DAP bermati-matian memperjuangkan bangsa Cina. Atas dasar itu maka, sokongan Melayu terhadap PAS pun semakin berkurangan.
Pada tahun 2010, PAS sekali lagi memilih untuk menyebelahi DAP dalam isu Kalimah Allah dan injil berbahasa Melayu. Isu ini menjadi gah apabila pihak kerajaan dituduh dengan sengaja menghalang kemasukan injil berbahasa Melayu yang menggunakan Kalimah Allah ke Malaysia. Pada masa itu PAS mengambil pendirian untuk mendesak kerajaan membenarkan kemasukan injil tersebut bagi menunjukkan kepada DAP betapa parti Islam itu serius membawa imej yang lebih terbuka. Tidak cukup dengan itu, PAS juga diuji dengan berbagai skandal Anwar Ibrahim yang tidak jemu-jemu membuat salahlaku moral. Dan dalam setiap keadaan, PAS tetap teguh berada di belakang Anwar sehingga sanggup menggunakan hujah jahiliah dengan menolak bukti berbentuk rakaman video.
Berdasarkan semua faktor tersebut, maka sokongan terhadap PAS semakin lama semakin nipis. PAS dicemuh oleh lawan serta tidak dihormati oleh kawan. Justeru, apabila isu Kalimah Allah sekali lagi menjadi hangat akhir-akhir ini, maka PAS yang baru tersedar dari mimpi telah mengambil keputusan U-Turn. Malah, PAS turut kembali berdolak-dalih mengenai Negara Islam yang mana telah pun dipersetujui sebelum ini untuk digugurkan dari dasar parti. Tindakan U-Turn, berdolak-dalih dan putar belit ini nampaknya tidak membantu, malah menyebabkan semakin ramai yang memalingkan muka dari PAS. Di tambah dengan pendedahan mengenai kelemahan pentadbiran di Kedah dan selamanya, di Kelantan, maka PAS semakin terdesak untuk menghadapi pilihanraya. Dalam pada itu, PAS juga turut dikutuk kerana tidak pernah bertanding kerusi yang cukup, yang mana tidak mungkin membolehkan mereka menjadi kuasa dominan di dalam PR. Mengambil kira semua faktor ini, maka di saat-saat Pilihanraya hampir tiba, PAS tiba-tiba mengambil keputusan untuk berusaha habis-habisan memperbetulkan segala apa yang telah terlanjur dan tersilap. Malangnya, PAS tidak melakukan ‘pembetulan’ itu dengan cara yang betul, iaitu mengakui secara terbuka kesilapan bekerjasama dengan DAP mahupun Anwar, tetapi memilih untuk melakukan secara taktik ‘gerila’, iaitu secara sembunyi-sembunyi.
Tanpa keluar dari pakatan dengan parti kafir harbi dan parti penyokong LGBT, PAS berusaha untuk bertanding lebih banyak kerusi iaitu lebih 2/3 daripada 222 kerusi mengatasi kedua parti itu. Pada tahun 2008, PKR telah bertanding di 97 kerusi dan cuma menang 31. PAS pula 66 dan menang 23, manakala DAP 47 dan menang lebih separuh iaitu 28. Kali ini, PAS ingin bertanding di 76 kerusi parlimen bagi memastikan parti itu menjadi dominan di dalam PR, sekiranya mereka berjaya menjadi kerajaan nanti. Masalahnya, PAS tidak berkuasa mutlak walaupun di negeri yang diterajui mereka seperti Kelantan. Isu salon, arak, judi di Kelantan menjadi bukti bahawa PAS akur kepada DAP juga. Namun, melihat dari sikap PAS kebelakangan ini, terutama ‘golongan Ulama’, tidak keterlaluan jika dikatakan mereka nampaknya begitu serius untuk mengembalikan maruah parti itu di dalam PR. Dari apa yang didengari, mereka sanggup mengangkat senjata memerangi DAP sekiranya PR menang dalam PRU kali ini dan DAP enggan mengikut rentak mereka. Pada ketika itu mengikut sumber tersebut, PAS akan mengisytiharkan jihad menentang DAP, di mana tidak mustahil terdapat orang-orang UMNO sendiri akan turut menyertainya.
Sebenarnya, tidak sukar kita membayangkan PAS mengangkat senjata menyerang DAP atau sesiapa saja kerana parti itu sememangnya dipenuhi dengan manusia-manusia yang mudah dipengaruhi emosi. Jika tidak, kenapakah setiap kali demonstrasi, tenaga dari PASlah yang paling mudah didapati dan boleh dikerah sesuka hati untuk melakukan kerosakan sehingga membahayakan diri mereka sendiri? Hakikatnya, PAS berakarkan ektremisme dan akar itu tidak pernah putus, atau PAS sudah tentu tidak lagi wujud hari ini. Biarpun ia telah dijangkiti virus dan parasit, tetapi ia tidak bermakna yang ektremisme di dalam PAS yang mengidolakan pemerintahan ala Taliban itu, telah terhapus terus. Malah, golongan syiah juga berkembang biak di dalam PAS. Justeru, jika DAP dan PKR menyangka PAS itu boleh dipijak selama-lamanya, mereka silap, kerana PAS bukan kuda tunggang.
Sila baca disini.
Salam... kat sini blogs kawan aku
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kunjung Hormat10 years ago
-
-
-
-
Kitab Perukunan11 years ago
-
-
Kuih Terengganu14 years ago
-
-
-
-
-
Popular Posts
-
Satu kejadian rompakan telah berlaku dengan begitu tragis sekali .Kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank ...
-
Tak tahulah.... mesti PKR kata fitnah dan kata UMNO jahat yg buat... mereka seolah-olah kebal dengan apasa saja yang merka buat. Ini di peti...
-
DI kalangan jiran, dia terkenal sebagai antara lelaki paling bersopan santun dan peramah, namun siapa sangka di sebalik sikap itu ters...
-
Pendedahan terbaru pasal Anuar telah mula tersebar? Lagi gambar di sini.
-
Kita amat memahami strategi ‘overdose’ atau ‘overkill’ iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga ...
-
Gugurnya pahlawan sang saka biru. Ikuti sebuah video khas untuk para pejuang di sabah di sini.
-
KUALA LUMPUR 3 April – Dakwaan berhubung isu video yang kononnya melibatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dip...
-
Hai inilah nasib kerana menghina agama Islam dan tak pandai jaga sentiviti agama lain. Kejadian ini perlu di ambil iktibar oleh semua orang ...
-
Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12....
-
Kisah di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselanatan yang terselamat. Kini belaiu lumpuh ke dua belah tangann...
Popular Posts
-
Satu kejadian rompakan telah berlaku dengan begitu tragis sekali .Kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank ...
-
Tak tahulah.... mesti PKR kata fitnah dan kata UMNO jahat yg buat... mereka seolah-olah kebal dengan apasa saja yang merka buat. Ini di peti...
-
DI kalangan jiran, dia terkenal sebagai antara lelaki paling bersopan santun dan peramah, namun siapa sangka di sebalik sikap itu ters...
-
Pendedahan terbaru pasal Anuar telah mula tersebar? Lagi gambar di sini.
-
Kita amat memahami strategi ‘overdose’ atau ‘overkill’ iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga ...
-
Gugurnya pahlawan sang saka biru. Ikuti sebuah video khas untuk para pejuang di sabah di sini.
-
KUALA LUMPUR 3 April – Dakwaan berhubung isu video yang kononnya melibatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dip...
-
Hai inilah nasib kerana menghina agama Islam dan tak pandai jaga sentiviti agama lain. Kejadian ini perlu di ambil iktibar oleh semua orang ...
-
Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12....
-
Kisah di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselanatan yang terselamat. Kini belaiu lumpuh ke dua belah tangann...
viewer
Search
Pages
Total Pageviews
About Me
- anak
- Perjuangan baru bermula. Demi Alif Ba dan Ta...
DAP ganti PAS
Followers
Blog Archive
-
▼
2013
(275)
-
▼
April
(46)
- Pas dalang fitnah BN Seberang Takir.
- Terkini: Pengurus Bank Ugut Pekerja Yang Undi BN
- Pertembungan Tiga Penjuru Di DUN Permaisuri
- 3 penjuru di DUN Permaisuri
- Pegawai Bank PKR mula tunjuk belang.
- PAS JUGA MELAKUKAN PEMBANGUNAN DI DUN WAKAF MEMEPELAM
- Perarakan Kemenangan Barisan Nasional - PRU13
- Parlimen Kuala Terengganu milik BN.
- Isu Video Cikgu Pa satu laporan polis dibuat.
- Penyokong PAS dan PKR bertumbuk di Terengganu !!!!...
- Senarai calon PRU13 Terengganu
- “Kita Tak Desak Sesiapa Terlibat Dalam Video Seks ...
- Video scandal Pemimpin Pas pusat Mustapa Ali terse...
- HJ Hadi bakal di sabotaj oleh PKR di Marang?
- MCA WANGSA MAJU MAY BOYCOTT CAMPAIGN IF SEAT GIVEN...
- Agihan kerusi Pakatan Rakyat makin parah. -Haji Ha...
- Orang UMNO solat tak dapat pahala tapi kalau undi ...
- PAS SEKAT PEMBANGUNAN ISLAM DI KELANTAN.
- Ex-wife Jimmy Shanley suka berhibur dan bersosial????
- Pakatan Rakyat Gelarkan Kakitangan TV3 & Astro Seb...
- AKU JANJI YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA – BAR...
- Ustaz Kazim marah gelar Anuar Ibrahim Al Juburi!!!...
- TV3 Babi?
- DAP akan gunakan logo PAS!!!!!!
- Kafir kah aku!
- Kerajaan BN Zalim dan Kejam?
- Download Manifesto Barisan Nasional 2013
- Pas percaya kepercayaan tahyul dan Syirik pada All...
- Fakta dan Wajib baca... RAKYAT JEPUN TELAH MEMBUKT...
- GAMBAR Scandal Nurul izzah tersebar berpunca dari ...
- MB Terengganu Kekal di Dun Kijal
- PM umum bubar Parlimen hari ini.
- Terkini: PM Bubar hari ini? Ikuti live 1130...
- Nasharuddin Hassan Tantawi hina Nabi Muhammad?
- Kenyataan Rafizi mengarut dan bodoh!
- TERKINI: Parlimen Di bubar seawal esok...
- Kedudukan Butler Selamat Buat Masa Ini
- Yb PAS Terengganu scandal bersama isteri orang?
- PENGHULU PAS DIBELASAH KERANA HENDAK ROGOL JANDA
- Pemimpin Pembangkang Takut Kalah Tinggalkan Pengundi
- Zoo Kemaman Tawar RM5,000 Kepada Pengunjung Ke-500...
- Skandal seks wanita PKR panas.
- Mahasiswa bodoh buat kecoh di depan kediaman PM.
- Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman serah diri ke...
- No Plate PRU 13 milik siapa?????
- Penduduk Nekad Gantung Motosikal Pencuri di Batu R...
-
▼
April
(46)
0 comments:
Post a Comment