Monday, July 15, 2013
11:05 AM
| | Edit Post
DI
kalangan jiran, dia terkenal sebagai antara lelaki paling bersopan
santun dan peramah, namun siapa sangka di sebalik sikap itu tersembunyi
identiti penjenayah kejam yang paling digeruni.
Semua mangsanya iaitu gadis berusia antara lapan hingga 19 tahun
diculik untuk jangka masa lama bagi memuaskan nafsu seksnya selain
didera secara fizikal dan seksual.
Disebabkan jenayahnya, Dutroux mendapat jolokan sebagai ‘Belgian serial killer’ (pembunuh bersiri Belgium) berikutan kecenderungannya membunuh semua mangsa.
Kisah pembunuhan bersiri dilakukannya terbongkar pada 13 Ogos 1996 selepas ditahan dua anggota polis membabitkan satu kes kecurian sebuah kenderaan.
Bagaimanapun, siasatan polis terhadapnya menemui kejutan besar apabila mereka menemui ratusan video lucah yang diproses oleh Dutroux di kediamannya.
Lebih menggemparkan, antara koleksi video lucah berkenaan turut
membabitkan aksi rogol dilakukan Dutroux terhadap enam gadis yang
dilaporkan hilang oleh keluarga mereka.
Sekumpulan pakar forensik kemudian dipanggil untuk menyiasat keseluruhan kawasan rumah Dutroux dan hasilnya mereka menemui satu bilik bawah tanah yang digunakan untuk mengurung mangsanya.
Tiga hari menyiasat dan menggeledah seluruh kawasan kediaman Dutroux, pada 16 Ogos 1996, akhirnya pihak berkuasa Belgium menemui kejayaan besar apabila menemui enam tulang manusia ditanam di bawah lantai konkrit bilik bawah tanah tempat Dutroux mengurung mangsanya.
Penemuan itu berjaya menyelesaikan enam kes kehilangan gadis iaitu Julie Lejeune dan Melissa Russo, kedua-duanya berusia lapan tahun, yang diculik pada 24 Jun 1995, An Marchal dan Eefje Lambrecks, masing-masing berusia 19 tahun (22 Ogos 1995), Sabine Dardenne, 12, (28 Mei 1996) dan Laetita Delhez, 14, pada 9 Ogos 1996.
“Pendedahan ini memang memeranjatkan... kami tidak menyangka lelaki yang kami anggap baik sebenarnya manusia bertopengkan syaitan.
“Jika kami tahu dari awal lagi Dutroux adalah penjenayah kejam begini, sudah lama kami membakarnya bersama kediamannya,” kata jiran, Maria Knocwell, 58.
Sementara itu, soal siasat terhadap Dutroux mendapati semua gadis berkenaan diperangkap dengan bantuan penagih dadah, Michel Lelievre yang kemudian mati dibunuh olehnya.
Berdasarkan siasatan, Dutroux dikatakan menangkap semua mangsanya menggunakan van sewanya.
Bagi memudahkan ‘kerja’ jenayahnya, Dutroux mengurung mangsa di bilik bawah tanah bagi mengelak mereka melarikan diri.
Gadis remaja yang dikurung Dutroux bukan saja diseksa, malah dirogol berulang kali selain sengaja dibiarkan mati kebuluran.
Setiap kali merogol mangsanya, Dutroux merakam adegan berkenaan sebelum memprosesnya bagi dijual di pasaran gelap.
Hasil siasatan forensik terhadap mayat yang dijumpai mendapati semua mati akibat dibiarkan kebuluran selain mengalami pendarahan dalaman.
Dalam satu siasatan, Dutroux mengakui mensasarkan gadis remaja sebagai mangsanya berikutan permintaan tinggi terhadap video lucah membabitkan remaja.
“Saya kira ini sebagai satu tugas dan tanggungjawab bagi memenuhi permintaan orang ramai terhadap penghasilan video seks membabitkan kanak-kanak.
“Lagipun saya mengakui kesalahan menculik dan merogol, tapi membunuh mereka bukan kerja saya kerana mereka membiarkan diri mereka kelaparan hingga mati,” katanya.
Disebabkan kesalahan dilakukannya, Dutroux didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 100 tahun tanpa kebenaran untuk berada dalam pengawasan atau parol.
>Profil
NAMA: Marc Dutroux
USIA: 54 tahun
LAHIR: 6 November 1956 di Ixelles, Belgium
FAKTA KES: Didakwa melakukan enam pembunuhan dengan mensasarkan kanak-kanak serta remaja perempuan berusia antara lapan hingga 19 tahun sebagai mangsanya sekitar 1995 hingga 1996
STATUS KES: Dutroux ditahan pada 13 Ogos 1996 dan dijatuhkan hukuman penjara 100 tahun atas kesalahan pemilikan dan pengedaran video lucah, menculik, mendera, mencabul dan membunuh semua mangsanya.

Moral dari cerita ini, jangan kita menilai dan terpengaruh dengan imej yang di tunjukkan oleh seseorang. Kita perlu kenal mereka dari luar dan dalam. Orang yang bercakap tentang Islam dan memakai pakaian Jubah belum tentu baik perangainya dan mengamalkan Islam secara total.. Kesedarhanaan adalah lebih baik dari imej yang melampau....
Hati-hati dengan Musang berbulu Ayam
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Salam... kat sini blogs kawan aku
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kunjung Hormat10 years ago
-
-
-
-
Kitab Perukunan11 years ago
-
-
Kuih Terengganu14 years ago
-
-
-
-
-
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Satu kejadian rompakan telah berlaku dengan begitu tragis sekali .Kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank ...
-
Tak tahulah.... mesti PKR kata fitnah dan kata UMNO jahat yg buat... mereka seolah-olah kebal dengan apasa saja yang merka buat. Ini di peti...
-
DI kalangan jiran, dia terkenal sebagai antara lelaki paling bersopan santun dan peramah, namun siapa sangka di sebalik sikap itu ters...
-
Pendedahan terbaru pasal Anuar telah mula tersebar? Lagi gambar di sini.
-
Kita amat memahami strategi ‘overdose’ atau ‘overkill’ iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga ...
-
Gugurnya pahlawan sang saka biru. Ikuti sebuah video khas untuk para pejuang di sabah di sini.
-
KUALA LUMPUR 3 April – Dakwaan berhubung isu video yang kononnya melibatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dip...
-
Hai inilah nasib kerana menghina agama Islam dan tak pandai jaga sentiviti agama lain. Kejadian ini perlu di ambil iktibar oleh semua orang ...
-
Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12....
-
Kisah di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselanatan yang terselamat. Kini belaiu lumpuh ke dua belah tangann...

viewer
Search
Pages
Total Pageviews
About Me
- anak
- Perjuangan baru bermula. Demi Alif Ba dan Ta...
DAP ganti PAS
Followers
Blog Archive
-
▼
2013
(275)
-
▼
July
(8)
- Di bogel dan di tinggalkan akibat hina agama Islam.
- 'Imej luaran tidak sama di dalamnya'.... Jenayah p...
- Askar gantung diri mencurigakan..
- Gempar!!!!! MAYAT DI JUMPAI TERLANJANG DI LPT.
- Murabbi di junjung setaraf Nabi Muhammad SAW oleh ...
- Almost Man of Steel: 7 actors who nearly became Su...
- Calon PRK Kuala Besut
- KEJUTAN BUDAYA PAS DALAM PILIHAN RAYA PRU MALAYSIA
-
▼
July
(8)
0 comments:
Post a Comment