Monday, December 2, 2013

Banjir dah mula melanda..... hati-hati semua

Untuk makluman tuan2. Jalan-jalan yang tidak boleh dilalui akibat limpahan air.
1. Km 28 jln sg. Lembing
2. Bt.3 jln. Kuantan Gambang
3. Persimpangan hadapan wisma belia di bawah jejambat kuantan bypass.
4. Jalan bukit ubi hadapan bomba.
5. Jalan Tok Sira hadapan Kimia.
6. Pintasan bukit setongkol menghala ke Giant.

Jangan sampai kita terperangkap, rancang perjalanan... dengar info dari masa ke semasa..

Saturday, November 23, 2013

Salam.. saya terpanggil untuk menulis berkenaan satu artikel dari majalah di dalam kapal Terbang Air Asia. Mungkin telah ada yang menulis tentang perangai hodoh yang membenarkan ini berlaku. Walaupun ianya adalah untuk gurauan sahaja tetapi sensitiviti agama di Malaysia perlu di jaga dengan baik dan sehalus mungkin. Ini juga bermaksud secara terang yang syarikat penerbangan Air asia seolah-olah menyokong LGBT. Ini amat memalukan. Perlu di jelaskan secara terbuka dan permohonan maaf kepada rakyat Malaysia perlu di buat. Pengurusan tertinggi Air Asia tidak seharusnya memadang ringan pekara ini. Kementerian berwajib perlu beri perhatian yang secukupnya dan mengawal kejadian ini dari berulang. Kerajaan bukan saja perlu basmi ajaran sesat, syiah dan sebagainya malah pekara yang menyokong ke arah promosi songsang perlu di ambik dengan serius. Boikot Air Asia.

Wednesday, October 23, 2013
Satu kejadian rompakan telah berlaku dengan begitu tragis sekali .Kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, jln usj sentral2 usj sentral subang jaya. Mangsa bekerja sebagai opration officer ambank bernama Norazita bt Abu Talib berumur 37thn.Mangsa telah bekerja selama 16tahun bersama ambank. Kejadian pada 23.10.13 jam lebih kurang 06.18 petang di bilik kebal telah berlaku kejadian tembakan daripada saspek nama Ardi bin Hamza berumur 37tahun beralamat jalan apas batu 2 no70 tawau sabah, senjata jenis pumpgun, sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa ketika mangsa sedang membuka peti kebal dan melarikan wang dalam jumlah yang belum diketahui, kenderaan saspek gunakan sedang di kesan disyaki motosikal, pihak forensik ipk selangor telah dimaklumkan dan dlm perjalanan.senasa kejadian seramai 5 staf termasuk saspek, laporan lanjut akan menyusul..
Thursday, September 19, 2013
Pada hari ini, ramai yang bercakap tentang pemilihan di Kuala Nerus. semakin hari semakin rancak di segenap pelusuk dari kedai kopi hinggalah ke tempat kerja. Pertembungan di Kuala Nerus tidak dapat di elak lagi. Buat masa ini terdapat 3 kumpulan besar di Kuala Nerus iaitu...
a. Dato' Nasir penyandang ketua Bahagian.
b. Dato' Rahin
c. Dato' Razif.
Percaturan politik semakin rancak dan rakit rakit  di  bina untuk  di sesuaikan dengan strategi. Pada hari ini kelihatan jelas ke tiga-tiga calon mula bersaing di antara satu sama lain bermula mengadakan majlis pada tarikh dan waktu yang lain. Majlis diadakan pada malam ini adalah seperti .
a. Dato Razif mengadakan majlis di TH Hotel jam 845 mlm.
b. Dato Nasir mengadakan majlis di Mentari jam 9 mlm.
c. Dato Rahin mengadakan perjumpaan di Dalam Dun Teluk Pasu jam 9 malam.
Perjumpaan pada mlm ini 18hb September 2013 adalah untuk menentukan Siapa sokong Siapa? Jangan sampai tidak bertegur siapa  sudahlah.  Ingat pilih pemimpin biar pandai. Bak kata pepatah. Kalau nak cari tempat mandi cari pertama teluk, kedua pantai. Kalau nak cari pemimpin sejati. Yang pertama perangai elok kedua pandai. selamat memilih.  Lepas nie kita lihat siapa rakit masing-masing.
Monday, July 15, 2013

Hai inilah nasib kerana menghina agama Islam dan tak pandai jaga sentiviti agama lain. Kejadian ini perlu di ambil iktibar oleh semua orang yang maner perlu menghormati di antara satu sama lain.

Ikuti laporan kes bersabit melarikan orang.
Daerah: Sri Muda report, Selangor dan Jalan Tun Razak report, Sentul.

Nama mangsa remaja Cina: Ng Mun Tatt, 24.
kerja: Penjaga kaunter kafe internet.
Alamat: NO 29 JLN MANJA 25/11 TAMAN SRI MUDA SEK  25 SHAH ALAM.
Diculik di hadapan sebuah restoran ketika sedang makan bersama teman wanita sekitar jam 3 pagi oleh 8 (L) dipercayai berbangsa Melayu menaiki sebuah kereta jenis Toyota Alphard.. guna nombor pendaftaran palsu. Teman wanita ditinggalkan dan tidak diapa-apakan
Mangsa kemudiannya dibawa ke kawasan hutan sebelum ditinggalkan di kawasan tepi jakan Km4.5, Lebuhraya Duke (Duta hala Ulu Klang) berhampiran susur masuk ke Setiawangsa, dalam keadaan bogel.
Seluar, baju, pakaian dalam, boxer dilarikan suspek, manakala barang berharga spt dlm Shah Alam report: wallet, telefon bimbit dan rantai emas dikembalikan kepada teman wanita semasa mangsa dilarikan.
Mangsa mendakwa badannya diconteng oleh suspek kerana perbuatannya... (Pengakuan SULIT- Menghina orang Islam dan Orang Melayu dalam laman sosial peribadi spt Facebook, Twitter serta mencampakkan bangkai babi di hadapan rumah dan surau orang Melayu yg menjadi sasaran agenda parti politik DAP untuk cetuskan ketegangan).
Suspek cuba untuk tidak membuat laporan polis kerana bimbang tindakannya terbongkar dan akan mendedahkan ramai individu.
Sehingga kini, hanya satu laporan polis dibuat oleh penunggang motosikal yang menemui mangsa dan membuat laporan polis.

Lepas ini semua pihak perlu hormat menghormati antara agama. Jika tidak akan berlaku ketegangan agama yang lebih teruk dari tegangan bangsa.


DI kalangan jiran, dia terkenal sebagai antara lelaki paling bersopan santun dan peramah, namun siapa sangka di sebalik sikap itu tersembunyi identiti penjenayah kejam yang paling digeruni.
Semua mangsanya iaitu gadis berusia antara lapan hingga 19 tahun diculik untuk jangka masa lama bagi memuaskan nafsu seksnya selain didera secara fizikal dan seksual.

Disebabkan jenayahnya, Dutroux mendapat jolokan sebagai ‘Belgian serial killer’ (pembunuh bersiri Belgium) berikutan kecenderungannya membunuh semua mangsa.

Kisah pembunuhan bersiri dilakukannya terbongkar pada 13 Ogos 1996 selepas ditahan dua anggota polis membabitkan satu kes kecurian sebuah kenderaan.

Bagaimanapun, siasatan polis terhadapnya menemui kejutan besar apabila mereka menemui ratusan video lucah yang diproses oleh Dutroux di kediamannya.
Lebih menggemparkan, antara koleksi video lucah berkenaan turut membabitkan aksi rogol dilakukan Dutroux terhadap enam gadis yang dilaporkan hilang oleh keluarga mereka.

Sekumpulan pakar forensik kemudian dipanggil untuk menyiasat keseluruhan kawasan rumah Dutroux dan hasilnya mereka menemui satu bilik bawah tanah yang digunakan untuk mengurung mangsanya.

Tiga hari menyiasat dan menggeledah seluruh kawasan kediaman Dutroux, pada 16 Ogos 1996, akhirnya pihak berkuasa Belgium menemui kejayaan besar apabila menemui enam tulang manusia ditanam di bawah lantai konkrit bilik bawah tanah tempat Dutroux mengurung mangsanya.

Penemuan itu berjaya menyelesaikan enam kes kehilangan gadis iaitu Julie Lejeune dan Melissa Russo, kedua-duanya berusia lapan tahun, yang diculik pada 24 Jun 1995, An Marchal dan Eefje Lambrecks, masing-masing berusia 19 tahun (22 Ogos 1995), Sabine Dardenne, 12, (28 Mei 1996) dan Laetita Delhez, 14, pada 9 Ogos 1996.

“Pendedahan ini memang memeranjatkan... kami tidak menyangka lelaki yang kami anggap baik sebenarnya manusia bertopengkan syaitan.

“Jika kami tahu dari awal lagi Dutroux adalah penjenayah kejam begini, sudah lama kami membakarnya bersama kediamannya,” kata jiran, Maria Knocwell, 58.

Sementara itu, soal siasat terhadap Dutroux mendapati semua gadis berkenaan diperangkap dengan bantuan penagih dadah, Michel Lelievre yang kemudian mati dibunuh olehnya.
Berdasarkan siasatan, Dutroux dikatakan menangkap semua mangsanya menggunakan van sewanya.

Bagi memudahkan ‘kerja’ jenayahnya, Dutroux mengurung mangsa di bilik bawah tanah bagi mengelak mereka melarikan diri.

Gadis remaja yang dikurung Dutroux bukan saja diseksa, malah dirogol berulang kali selain sengaja dibiarkan mati kebuluran.

Setiap kali merogol mangsanya, Dutroux merakam adegan berkenaan sebelum memprosesnya bagi dijual di pasaran gelap.

Hasil siasatan forensik terhadap mayat yang dijumpai mendapati semua mati akibat dibiarkan kebuluran selain mengalami pendarahan dalaman.

Dalam satu siasatan, Dutroux mengakui mensasarkan gadis remaja sebagai mangsanya berikutan permintaan tinggi terhadap video lucah membabitkan remaja.

“Saya kira ini sebagai satu tugas dan tanggungjawab bagi memenuhi permintaan orang ramai terhadap penghasilan video seks membabitkan kanak-kanak.

“Lagipun saya mengakui kesalahan menculik dan merogol, tapi membunuh mereka bukan kerja saya kerana mereka membiarkan diri mereka kelaparan hingga mati,” katanya.

Disebabkan kesalahan dilakukannya, Dutroux didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 100 tahun tanpa kebenaran untuk berada dalam pengawasan atau parol.
>Profil
NAMA: Marc Dutroux
USIA: 54 tahun
LAHIR: 6 November 1956 di Ixelles, Belgium
FAKTA KES: Didakwa melakukan enam pembunuhan dengan mensasarkan kanak-kanak serta remaja perempuan berusia antara lapan hingga 19 tahun sebagai mangsanya sekitar 1995 hingga 1996
STATUS KES: Dutroux ditahan pada 13 Ogos 1996 dan dijatuhkan hukuman penjara 100 tahun atas kesalahan pemilikan dan pengedaran video lucah, menculik, mendera, mencabul dan membunuh semua mangsanya.

Moral dari cerita ini, jangan kita menilai dan terpengaruh dengan imej yang di tunjukkan oleh seseorang. Kita perlu kenal mereka dari luar dan dalam. Orang yang bercakap tentang Islam dan memakai pakaian Jubah belum tentu baik perangainya dan mengamalkan Islam secara total.. Kesedarhanaan adalah lebih baik dari imej yang melampau....

Hati-hati dengan  Musang berbulu Ayam  


Wednesday, July 10, 2013

10 Julai 2013- Pada pukul 6.45 pagi tadi semasa pengadu iaitu seorang anggota polis yang bertugas di pejabat pertanyaan balai Polis Jitra telah menerima satu panggilan daripada seorang anggota tentera berpangkat kapten telah memaklum kematian seorang anggota tentera yang berpangkat Prebet.Si mati yang meninggal kerana mengantungkan diri sehingga mati berlaku di Balai Pengawal KementahKes masih lagi disiasat oleh Polis Di Raja Malaysia, didapati terdapat unsur-unsur yang mencurigakan berlaku terhadap mangsa. walaubagaimanapun kes masih lagi dalam siasatan.

Sumber.

Saturday, July 6, 2013
Hai sekarang jenayah makin menjadi- jadi. Polis makin sibuklah nampak gayanya. Ini satu kes baru sahaja berlaku di LPT.
Dimaklumkan 1 kes jumpa mayat di LPT km 41.1 Bukit Besi-Kuala Terengganu(Kg SG Ular K.Berang).
Siasatan tempat kejadian.
Mayat seorang wanita dipercayai berbangsa melayu,umur lingkungan 40-45 thn.Bukan penduduk setempat.
Kesan pecah pada kepala.posisi mayat berada di kaki lima highway.tidak memakai kain/seluar.Seluar dlm terlondeh ke paras lutut.
Dipercayai meninggal dunia antara jam 6:00 pg-7:00 pg kerana pengawal keselamatan R&R Ajil melalui tempat kejadian sebelum pergi solat subuh masih tiada mayat di kawasan tersebut.
Siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian.
Tapi si Nurul izzah nie lagi mau kurangkan anggota polis dan penjawat awam. Hai apalah PKR nie fikir?
Kesian. ..

Murabbi dalam Islam membawa maksud yang luas melebihi tahap muallim. Konsep Murabbimerujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.Justeru, Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas “Muallim” banyak berlegar di “akal” tetapi tugas Murabbiy berlegar di “hati”.

Murabbi Agong. Itulah gelaran baru yang di berikan kepada ayah chik oleh AP (Ahli Parlimen) Kuala Nerus. Mereka mengagungkab pemimpin mereka seolah-olah pemimpin mereka setaraf dengan para Ambiat. Tak salah kalau di panggil Murabbi yang sesuai dengan pendidik yang lebih umum peranannya di dalam pendidikan.  Murabbi di lihat lebih kepada pembentukkan peribadi kepada anak didiknya. Murrabi yang di mainkan oleh Ayah Chik lebih kepada proses doktinminasi pemikiran anak didik menjurus kepada pemujaan kepada pemimpin mereka sendiri. Ciri-ciri ini amat selari dengan ideologi syiah.

Ideologi ini terbukti berkesan kepada pengikut Pas yang begitu memuja di sebalik tirai Islam yang di letakan bagi melindungi tujuan tertentu.

AP Kuala Nerus di dalam update FB beliau. Menyatakan awan mendung menyambut kepulangan Ayah chik yang agonh dan keesokannya cerah menyambut kepulangan murabbi Agong. Sifat ini lebih tertumpu kepada satu peristiwa Nabi Muhammad SAW telah di payungi oleh awam semasa perjalanan baginda semasa kecil.

Dari Abu Hurairah ra, katanya: Rasulullah bersabda: "Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaanNya! Tidak ada seseorang pun dari umat manusia ini: samada yahudi atau nasrani, yang mendengar akan perihal ku (menjadi utusan Allah), kemudian ia mati sedang ia tidak beriman dengan (agama Islam) yang aku diutuskan membawanya, melainkan menjadilah ia dari ahli neraka." (HR Muslim)

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang ke11 ini, menceritakan kepada kita bahwa barang-siapa yang pernah mendengar akan kebangkitan Muhammad saw (membawa agama Islam), tiba-tiba tidak juga beriman kepada risalah Islam, maka dianya masuk ke dalam api neraka (nauzubillahiminzalik), termasuklah yahudi dan nasara. Nabi saw menyebut kedua-dua golongan ini sebab merekalah yang begitu tahu sekali tentang kebangkitan Nabi saw. Kalau tuan-tuan kaji sebab turunnya surah Ali `Imran, tuan-tuan akan dapati punca turunnya ialah bilamana datangnya 80 orang nasrani Najran ke Madinah bertujuan untuk berdebat dengan Nabi saw berhubung dengan Isa as. Maknanya, Allah swt menurunkan Surah Ali `Imran untuk menjawab segala hujjah-hujjah yang telah dilemparkan oleh 80 ahlul kitab tersebut yang bertindak berhujjah untuk menghina dan merendah-rendahkan Nabi saw. Sebab itu kalau tuan-tuan baca surah Ali `Imran, tuan-tuan akan dapati banyak kisah tentang Mariam dan Nabi Isa as yang ada hubungkaitnya dengan orang-orang nasara. Dan dalam surah Ali `Imran itu juga, bagaimana Allah swt menempik golongan-golongan ahlul kitab yang mengetahui kebenaran tetapi menyembunyikannya. Sebab itu tiada dalam surah lain kecuali dalam surah Ali `Imran inilah tuan-tuan akan dapati paling banyak sekali ayat "Ya ahlal kitab..." atau "Khul ya ahlal kitab...".

Sebab apa kita kata 80 orang nasrani Najran itu berniat menghina Nabi saw?...Sebab buat apa mereka datang berdebat, sedangkan mereka memang tahu tentang kerasulan Rasulullah saw. Mereka tahu melalui pendita-pendita mereka. Salah seorangnya ialah Bukhaira, seorang paderi yang beriman melalui Nabi Isa as. Ketika Nabi saw bersama dengan Abu Talib lalu depan biara Bukhaira semasa dalam perjalanan membawa barang dagangan ke Syams (Syria), tiba-tiba Bukhaira tahan mereka sebab dia nampak ada benda pelik. Antara benda pelik yang dia lihat ialah adanya kumpulan-kumpulan awan yang melindungi Rasulullah saw daripada panas matahari, sedangkan Abu Talib pecah peluh panas. Bukhaira tahu budak yang dilindungi awan itu bukan sebarangan orang. Lalu semasa Nabi dan Abu Talib berhenti rehat di gereja Bukhaira, Bukhaira pun tanya Abu Talib, "Budak ni anak kamu ka?"...Abu Talib kata, "Ya. Dia anak saya."...Kata Bukhaira, "Tak mungkin. Kamu jangan tipu saya. Ini bukan anak kamu. Dia adalah anak kepada adik kamu Abdullah, betoi tak?"...Abu Talib kata, "Mana kamu tahu?"...Jawab Bukhaira, "Aku tahu melalui Injil ini! Dalam Injil sebut bahwa budak yang akan diangkat menjadi Nabi akhir zaman akan dibela oleh ayah saudaranya. Dan kamulah ayah saudara dia. Kamu jangan bohong kat aku!"...Bila dengaq lagu tu baru Abu Talib kata, "Betul. Tadi aku sebut anak sebab aku sayang dia dan aku dah anggap dia macam anak aku sendiri."...Lalu kata Bukhaira, "Aku menasihatkan engkau, apabila kamu balik ke Mekah nanti, kamu tolong lindungi dan jaga dia baik-baik sebab dialah Nabi akhir zaman. Dialah rasul yang akan menggegarkan dunia dengan Islam. Tolong lindungi dia daripada ancaman yahudi dan nasara yang akan menyelewengkan nanti Taurah dan Injil!"...Ini pesan Bukhaira. Lalu Bukhaira memegang Rasulullah dan menyelak belakang baju Nabi, maka terlihatlah antara dua belikat Rasulullah, adanya seketul daging sebesar penumbuk orang dewasa. Itulah dia khatam nubuwwah (tanda kenabian). Lalu kata Bukhaira pada AbuTalib, "Kamu tengok ini?..Inilah tanda nubuwwah, yang menandakan dialah Ahmad yang kami baca dalam Injil dan Taurah. Dialah Muhammad, Nabi akhir zaman wahai Abu Talib. Sekali lagi aku pesan padamu, pelihara dia dan jaga dia elok-elok."...Maknanya, orang-orang kristian tahu cerita ini kerana ianya meniti dari bibir ke bibir. Jadi, mereka memang tahu kebenaran Muhammad saw. Tetapi kerana sifat angkuh dan degil, membawa mereka datang juga ke Madinah untuk berdebat dengan Rasulullah saw tentang Nabi Isa as sehingga Allah turunkan dalam Surah Ali `Imran satu ayat yang mematahkan terus hujjah nasara. Iaitulah ayat 59 firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya kejadian Isa itu sama macam kejadian Adam. Kami hanya buat dia daripada tanah, kemudian Kami sebut: Jadilah engkau! Maka jadilah dia walaupun tidak ada lelaki yang tidur dengan Mariam alaihassalam."...Hujjah inilah yang Nabi saw baca bagi menjawab hujjah nasara yang diwakili oleh kristian Najran yang datang untuk merendah-rendahkan Nabi saw. Lalu hujjah mereka patah. Mereka tahu Nabi saw benar tetapi mereka tetap tidak mahu mengikut Islam.

Dari peristiwa ini, AP telah meletakkan tanda awan yang mendung melindungi Ayah chik dari panas matahari. Penulis cabar AP suruh Ayah chik berjalan jalan di tengah panas dan kita lihat ada atau tidak awan yang melindungi beliau. Inilah sebenarnya yang di gelar Murabbi Agong berjaya membentuk pribadi Syiah mengatasi Sunnah dan AlQuran. 



Wednesday, July 3, 2013

 Almost Man of Steel: 7 actors who nearly became Superman


When ‘Man of Steel’ was announced, several actors such as Armie Hammer, Matt Bomer, Joe Manganiello and Zac Efron were in the running to put on the cape, before little-known British actor Henry Cavill scored the part and got the ladies swooning.
To pay tribute to the new Superman and ‘Man of Steel’ (which is breaking box office records as we speak), we take a look at seven actors who nearly became Superman and yes, some choices will shock the 

NICOLAS CAGE In what would be a super massive catastrophe if this idea actually went ahead, die-hard Superman fan Nicolas Cage was confirmed to play the Man of Steel in ‘Superman Lives!’. Set to be directed by Tim Burton and released in 1999, props and sets for the movie were built and Cage was already giving interviews about playing Superman – until the studio decided to pull the plug after spending a massive US$50 million. We’re guessing that the amateurish, ever-changing script was to blame because the writers wanted 1) Superman to fight giant spiders, 2) polar bears guarding the Fortress of Solitude and 3) a Superman that has no costume and couldn’t fly. What remained of this blasphemy is this picture of Nicolas Cage wearing a Superman costume. 

source

 

 

Calon PRK Kuala Besut

Kekosongan kerusi Dun Kuala Besut berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A Rahman Mokhtar memanaskan kembali iklim politik di Terengganu.
Isu siapa calon yang bakal menjadi taruhan parti antara topik hangat yang dibualkan di mana-mana sahaja.
Beberapa nama disebut-sebut mungkin dalam senarai calon BN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, antaranya Pegawai Agama Daerah Dungun, Nik Zulhaiza Ismail.
Beliau mungkin calon sesuai berdasarkan beberapa kriteria seperti latar belakang agama yang dimiliki dan merupakan anak tempatan.
Nik Zulhaiza ketika dihubungi berkata, sebagai kakitangan awam berkhidmat dengan kerajaan, beliau akur apa sahaja keputusan dibuat pucuk pimpinan.
“Jika saya diberi mandat untuk bertanding, saya akur dengan keputusan itu tetapi ia bukanlah matlamat asal saya.
“Apa yang penting, pengetahuan dan pengalaman yang ada pada saya dapat dicurahkan kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di tempat sendiri,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Syariah Setiu, Besut dan Kuala Terengganu.
Beliau sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Agama Daerah Besut sebelum bertukar ke Dungun.
Nama beliau dikaitkan dengan kerusi panas itu berikutan ‘ketandusan’ tokoh agama berikutan beberapa Adun sebelum ini digugurkan, selain kalah PRU13, baru-baru ini.
Calon lain yang diramal jadi pilihan ialah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Besut, Zahanapi Sagaf dari Kampung Pangkalan Sentul, Mukim Bukit Puteri, Kuala Besut.
Beliau yang kini Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Dungun dikatakan antara calon yang turut disebut-sebut pada PRU13 lalu.
Seorang lagi muka baru yang disebut-sebut ialah anak veteran Umno Kuala Besut iaitu bekas Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang kini jurutera JPS di Putrajaya.
Beliau yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, USM dikatakan antara nama yang disenarai pendek dan dihantar untuk pemilihan pucuk pimpinan parti.
Tengku Zaihan adalah anak jati Kampung Seri Seratus, Mukim Kuala Besut sebelum ini dikatakan mesra Umno dan mempunyai ciri menjadi pemimpin.
Tidak terkecuali, pensyarah Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan, Mohamad Mat Kadir dari Kampung Alor Peroi, Mukim Kuala Besut.
Walaupun beliau tidak mempunyai jawatan dalam parti tetapi golongan veteran menyukainya.

Sumber
Tuesday, July 2, 2013
KEJUTAN BUDAYA PAS DALAM PILIHAN RAYA
Kejutan budaya merupakan istilah yang digunakan bagi menggambarkan kegelisahan dan perasaan (terkejut, kekeliruan, dll.) yang dirasakan apabila seseorang terpaksa duduk dalam kebudayaan atau persekitaran sosial yang berlainan sama sekali, seperti ketika berada dinegara asing. Ia timbul akibat kesukaran dalam asimilasi kebudayaan baru, menyebabkan kesukaran bagi mengenali apa yang wajar dan tidak wajar. Sering kali ini digabung dengan kebencian moral atau estatik yang kuat mengenai sesetengah aspek budaya berlainan atau budaya baru.
Istilah ini mula diperkenalkan buat kali pertama pada 1954 oleh Kalervo Oberg. Penyelidik lain kemudiannya yang meneruskan penyelidikan berkenaan kejutan budaya termasuk Michael Winkelman. Kejutan budaya merupakan bahagian penyelidikan dalam komunikasi antara budaya. Kini sesetengah penyelidik mendakwa bahawa kejutan budaya turut mempunyai banyak kesan positif kepada pengembara pelbagai budaya, seperti meningkatkan jati diri seseorang (self-efficacy )[1] dan membantu meningkatkan motivasi diri[2].  

Fasa kejutan budaya
Kejutan budaya yang kuat (berhijrah ke negara asing) sering kali terdiri dari fasa yang berlainan, sungguhpun tidak semua orang melalui kesemua fasa ini dan tidak semua orang berada dalam budaya baru cukup lama bagi melalui kesemua tiga fasa[3]:
·         "Fasa berbulan madu" - Semasa fasa ini perbezaan antara budaya baru dan lama dilihat sebagai sudut pandangan romantik, menarik dan baru, Sebagai contoh, berpindah ke negara asing, seseorang mungkin gemarkan makanan baru, tempo kehidupan, tabiat masyarakat, bangunan dan seterusnya.
·         Fasa pembelajaran (negotiation) - Selepas beberapa hari, minggu, atau bulan, perbezaan kecil antara budaya baru dan lama diselesaikan. Seseorang mungkin rindukan makanan asal, mungkin mendapati tempo kehidupan terlalu perlahan atau pantas, mungkin mendapati tabiaat masyarakatnya mengganggu, dll.
·         Fasa "semuanya baik" - Kemudian, selepas beberapa hari, minggu atau bulan, seseorang mulai biasa dengan perbezaan budaya baru dan mempunyai kebiasaan. Pada tempoh ini, seseorang tidak lagi bertindak balas kepada budaya baru secara positif atau negetif, kerana ia tidak lagi dirasakan sebagai budaya baru. Seseorang itu mulai menumpu kepada asas kehidupan semula, sebagaimana ketika berada dalam kebudayaan asal.
·         Kejutan budaya menyongsang - Apabila seseorang kembali kenegara asal selepas biasa tinggal di negara asing boleh menimbulkan kesan yang sama seperti digambarkan di atas.
Dalam sesetengah kes, ia mungkin mustahil untuk menangani kejutan budaya. Sesetengah orang tidak mampu menyerap kedalam budaya baru dan kembali kepada budaya asal mereka, sementara sesetengah yang lain menjadi begitu terpesona dengan budaya asing sehinggakan mereka merasakan mereka mesti berpindah kesitu bagi melegakan tekanan.

KEJUTAN BUDAYA SOKONGAN CINA KE ATAS PAS PADA  PRU 13
Kejutan budaya amat di rasai oleh kepimpinan PAS pada PRU 13 baru-baru ini dengan menyaksikan yang mana fenomena pengundi Cina tidak lagi menyebelahi Barisan Nasional. Pengundi cina lebih cenderong kepada PAS pada PRU 13 yang jelas di setiap peti undi golongan manoriti ini akan memihak kepada PAS.
Oleh yang demikian, PAS yang bersama pakatan Rakyat di lihat lebih relevan dari padangan bangsa Cina  di Terengganu. Kawasan-kawasan Bandar seperti Kuala Terengganu memihak kepada Pakatan Rakyat. Begitu juga kawasan-kawasan lain di mana undi cina menjadi penentu seperti di DUN Teluk Pasu Parlimen Kuala Nerus. Walaupun pengundi Cina hanyalah kurang lebih 400 undi. Ianya telah memadai untuk menangkan PAS di Teluk Pasu dengan majority 109.
Oleh yag demikian di lihat UNDI Cina menjadi penentu di DUN Teluk Pasu. Ini adalah salah satu faktor kekalahan BN di Terengganu.
PAS pada PRU ke 12 lagi telah mendabit dada yang mana mereka mengatakan telah dapat mendekati penyokong CINA dalam perjuangan mereka. Mereka telah menubuhkan kelab penyokong bukan Islam dalam PAS dan sehinggakan pada baru-baru ini di DUN negeri Johor ada wakil dari Kelab Penyokong PAS ini menjadi wakil dan bertanding di atas tiket PAS.
PADA PRU ke 12 PAS di lihat terkejut dengan sokongan cina dan mereka berada di FASA Pertama kejutan budaya iaitu ; - (Semasa fasa ini perbezaan antara budaya baru dan lama dilihat sebagai sudut pandangan romantik, menarik dan baru). Inilah yang terjadi kepada PAS dan merasakan cinta mereka kepada bangsa cina mula berputik dan merasakan menarik dan menampakan hasil apabila bangsa cina mula cenderong pada mereka. Mereka tidak dapat untuk membezakan yang mana baik dan buruk. Ia seperti cinta pandang pertama. Keburukan tidak akan jelas dan semuanya manis dan baik belaka.
Fasa Kedua: PAS akan mula merasakan sedikit penolakan dan penerimaan dari perubahan ini. Mereka akan merasakan mula rindukan pada konsep Islam yang lama dari pendekatan yang lebih liberal pada masa kini. PAS tidak lagi menekankan HUDUD untuk di laksanakan dan mereka lebih kepada kerjsama di dalam politik untuk membentuk satu Kerajaan Campuran bersama golongan Cina. PAS pada masa ini di persimpangan dan di lema. Mereka di tekan untuk berada di landasan lama dan bukan meninggalkan perjuangan asal mereka untuk menuntut sebuah Negara Islam. Pelbagai persoalan timbul bagi menentukan corak dan pegangan PAS pada pasa ini.
Fasa Ketiga: Selepas PRU ke 13. PAS mula melangkah untuk mengatakan pilihan mereka untuk tidak kembali pada perjuangan PAS yang lama adalah betul. Mereka mengatakan yang keputusan mereka adalah betul dan baik untuk parti mereka. Perbezaan padangan dan perubahan sikap PAS tidak lagi di persoalkan dan  semuanya baik. Mereka telah tranformasikan proses dalaman PAS dan berjaya untuk menyakinkan penyokong mereka yang pilihan pada masa kini bersama PKR dan Dap adalah tepat. Di jangkankan PAS akan menyempurnakan proses kejutan Budaya sehingga PRU14. Dan selepas PRU14 maka tiada lagi halangan atau ‘u turn dapat di lakukan ketas PArti Islam ini.
 Proses ini di jangka selesai pada PRU ke 14 dengan menyaksikan PAS akan terus berkerjasama bersama PKR dan DAP untuk menumbangkan Barisan Nasional.  PAS di jangka tidak akan meninggalkan DAP dan PKR memandangkan proses kejutan budaya ini telah lengkap dan sempurna. Mereka telah memberikan sepenuh harapan kepada rakan mereka walaupun PAS tidak dapat menguasai Negara dalam pembentukan kerajaan pada suatu hari nanti.
PAS sebenarnya membiarkan proses kejutan Budaya ini melanda mereka. Pemimpin mereka beranggapan dengan proses ini sahaja peluang mereka untuk mengambil alih Putrajaya. Corak PAS pada masa kini lebih kepada perjuangan peribadi dan bukan kepada kepentingan ahli mereka. Dasar dan perjuangan Malaysia-Malaysia oleh DAP di biarkan sahaja dan menganggap boleh di selesaikan selepas PR mengambil alih pemerintahan Malaysia.
Dari pandangan itu maka di lihat kepimpinan PAS pada masa kini lebih menitik beratkan duniawi dan kebendaan. Mereka di lihat,  jihad mereka gunakan untuk kepentingan kroni dan kepimpinan PAS  untuk mengaut keuntungan dari hasil rampasan perang dengan BArisan Nasional.
Malang bagi Umat Islam jika di biarkan pekara ini berlaku.

Rujukan:
1.       Milstein, T. (2005). Transformation abroad: Sojourning and the perceived enhancement of self-efficacy. International Journal of Intercultural Relations. 29, pp.217-238
2.       Lin, C. (2007). Intercultural sojourning: Self-motivation and ecoshock/reentry ecoshock.Master's thesis (Unpublished). Department of Communications, University of Hawai'i at Manoa.
3.       Amigos - Culture Shock http://edweb.sdsu.edu/people/CGuanipa/cultshok.htm
4.       Working Abroad Unravelling the Maze http://www.voyage.gc.ca/main/pubs/working_abroad-en.asp

Saturday, April 20, 2013

SKUDAI : Seorang kerani bank hong leong bank telah membuat laporan polis. Pengadu memaklumkan bahawa semasa pengadu dengan  staff lain menghadiri mesyuarat di Hong Leong Bank Berhad, No. 2, Jalan Jati 1, Taman Nusa Bestari Jaya, Skudai, pengurus cawangan nama: Sylvia Kueh Sher Yan telah mengeluarkan kenyataan “Sesiapa yang pangkah (mengundi) Barisan akan dibuang kerja. Selepas itu, pengadu & penolong pengurus cawangan Junaidah Bt. Adnan mengatakan akan mengundi Barisan. Kemudian, pengurus cawangan terus diam dan menurskwn agenda mesyuarat seperti biasa. Kemudian pengandu datang membuat laporan polis kerana untuk perlindungan diri sebagai pekerja dan takut terjadi apa-apa hal terhadap kerjayanya.  laporan polis sudah di buat. temuramah terhadap mangsa telah di rakam dan akan di siarkan di berita utama.

SUMBER.

SETIU 20 April – Penamaan calon di Parlimen Setiu (P34) berjalan lancar dengan menyaksikan pertandingan tiga penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri (N06) di antara Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang calon Bebas. BN yang mempertahankan kerusi DUN Permaisuri diwakili oleh bekas Ahli Parlimen Setiu (2008-2013), Datuk Mohd. Jidin Shafee yang bakal dicabar oleh Wan Mokhtar Wan Ibrahim (PKR) dan calon Bebas, Mohd. Yusop Majid, 50.
Menariknya, pertembungan tiga penjuru kali ini menampilkan ketiga-tiga calon yang merupakan anak kelahiran Kampung Banggol, Permaisuri dekat sini.

 SETIU 20 April – Penamaan calon di Parlimen Setiu (P34) berjalan lancardengan menyaksikan pertandingan tiga penjuru di Dewan Undangan Negeri(DUN) Permaisuri (N06) di antara Barisan Nasional (BN), Parti KeadilanRakyat (PKR) dan seorang calon Bebas. BN yang mempertahankan kerusi DUN Permaisuri diwakili oleh bekas AhliParlimen Setiu (2008-2013), Datuk Mohd. Jidin Shafee yang bakal dicabaroleh Wan Mokhtar Wan Ibrahim (PKR) dan calon Bebas, Mohd. Yusop Majid,50. Menariknya, pertembungan tiga penjuru kali ini menampilkan ketiga-tigacalon yang merupakan anak kelahiran Kampung Banggol, Permaisuri dekatsini. Mohd. Jidin yang juga Ketua UMNO Bahagian Setiu menyerahkan borangpenamaan calon pada pukul 9.05 pagi sebelum ini pernah bertanding diParlimen Setiu menewaskan calon Pas dengan majoriti 7,232 undianbagaimanapun kali ini dipertaruhkan di DUN Permaisuri. Diikuti calon PKR, Wan Mokhtar pada pukul 9.20 pagi yang merupakan mukabaru di DUN itu pula menggantikan rakan seperjuangannya, Wan Rahim WanHamzah yang sebelum ini tewas di tangan Abd. Halim Jusoh (BN) denganmajoriti diperoleh sebanyak 3,639 undian. Kedua-dua calon itu bakal ditentang seorang calon Bebas, Mohd. Yusopyang menyerahkan borang penamaan pada pukul 9.35 pagi di mana beliausebelum ini pernah menyandang jawatan Ahli Parlimen Setiu (BN) selamasatu penggal bermula 2004 sehingga 2008.
Sila baca di sini.

SKUDAI : Seorang kerani bank hong leong bank telah membuat laporan polis. Pengandu memaklumkan bahawa semasa pengandu dengan  staff lain menghadiri mesyuarat di Hong Leong Bank Berhad, No. 2, Jalan Jati 1, Taman Nusa Bestari Jaya, Skudai, pengurus cawangan nama: Sylvia Kueh Sher Yan telah mengeluarkan kenyataan “Sesiapa yang pangkah (mengundi) Barisan akan dibuang kerja. Selepas itu, pgdu & penolong pengurus cawangan Junaidah Bt. Adnan mengatakan akan mengundi Barisan. Kemudian, pengurus cawangan terus diam dan menurskwn agenda mesyuarat seperti biasa. Kemudian pengandu datang membuat laporan polis kerana untuk perlindungan diri sebagai pekerja dan takut terjadi apa-apa hal terhadap kerjayanya.  laporan polis sudah di buat. temuramah terhadap mangsa telah di rakam dan akan di siarkan di berita utama..
Sila baca disini.



Siapa kata PAS tidak membuat sebarang pembangunan dan kemajuan di DUN WAKAF MEMPELAM???? Nah, inilah bukti pembangunan dan kemajuan yang telah dilakukan oleh YB PAS yang dipilih oleh rakyat. Puas hati??? Gambar ini telah diambil orang tempatan yang kebetulan melalui tempat ini. Lokasinya adalah di jalan masuk ke Kampung Durian Burung ( dalam DUN WAKAF MEMEPELAM ). "Pembangunan dan kemajuan" yang YB PAS telah buat ini pon bermula sejak dua menjak ni. Almaklumlah....dah dekat dengan PRU kan??? hahahaha....mahunya saya tergelak tengok pembangunan  sebegini rupa ini....hahahahah. TAHNIAH YB PAS!!!! 
Friday, April 19, 2013

Sebagai individu yang rapat dengan Allahyarham Dato’ Razali Ismail, bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Zubir Embong, 49, bertekad untuk meneruskan legasi kecemerlangan yang ditinggalkan bekas Timbalan Menteri Pelajaran itu.“Insya-Allah, saya yakin Barisan Nasional (BN) akan dapat menguasai semula Parlimen Kuala Terengganu memandangkan kita semua percaya sokongan akan beralih arah demi memastikan arus pendidikan semasa harus didukung oleh kepimpinan yang lebih mantap, sebagaimana kesinambungan yang pernah dilaksanakan oleh Allahyarham Dato’ Razali Ismail.“Saya berhasrat untuk menyambung legasi yang ditinggalkan oleh tokoh pemimpin hebat itu dalam memacu bidang pendidikan negara dan negeri , khususnya di Kuala Terengganu,” kata calon BN yang akan bertanding kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei ini, kepada Teganukita, semalam.Haji Mohd Zubir yang berkhidmat sebagai Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) juga akan memastikan Kuala Terengganu sebagai sebuah bandar raya yang sedang pesat membangun di sudut fizikal dan prasarana, tidak ketinggalan dalam melahirkan sumber manusia dan modal insan berkualiti yang digembleng dalam arus pendidikan semasa.Beliau juga mahu merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin, sekaligus tidak menafikan peluang untuk anak muda lepasan sekolah menyambung pelajaran di universiti akibat kekangan sumber kewangan dan ekonomi.Dalam pada itu, bakal calon lulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Pendidikan Universiti Putra Malaysia itu akan memastikan tempoh berkempen dua minggu sebaik penamaan calon Sabtu ini dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi menemui seluruh rakyat di Kuala Terengganu dalam siri lawatan, ceramah dan juga aktiviti kemasyarakatan.“Sepanjang kempen nanti sebagai calon mewakili parti yang memperjuangkan bangsa, agama dan negara akan menerangkan secara terperinci dan tepat mengenai apa jua dasar, perjuangan dan setiap langkah kerajaan kepada semua rakyat yang ditemui kelak.“Pada masa yang sama, saya juga tidak mahu menyentuh atau menceritakan perihal pihak lawan, kerana apa yang lebih utama rakyat kenal dan faham siapa yang layak dipilih untuk kesinambungan pembangunan hari ini,” katanya.Untuk rekod, Allahyarham Dato’ Razali meninggal dunia pada 28 November 2008 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland, Pahang ketika berumur 59 tahun. Allahyarham bertanding pada PRU11 dan menewaskan penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas).

Sila baca disini.

LAPORAN POLIS BERKAIT VIDEO SEKS DATO MUSTAFA ALI -PAKA RPT NO: 819/13 BERTARIKH 19/4/13 Pada 19 APR 13 jam 1120, satu Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Paka berhubung Isu Video Seks Dato’ MUSTAFA bin ALI. Pengadu nama: MOHD ZAID bin ABDULLAH, No K/P: 660701-11-5219, Pekerjaan: Buruh, Alamat: No 24 Kampung Santong, Paka, DUNGUN mendakwa pada 17/4/13 jam1000 d rumahnya telah mendapat maklumat menerusi media massa mengenai penyebaran Video Seks yang mana pelakunya dikaitkan dengan Setiausaha Agung PAS MALAYSIA iaitu Dato’ MUSTAFA ALI . Laporan Polis dibuat bertujuan tindakan dan siasatan dijalankan ke atas perlakuan serta ketulenan video seks yang yang tersebar luas baru2 ini. Kes belum d klsifikasi. Pegawai Penyiasat : Sjn WAHAB .
Sumber

KUALA TERENGGANU – PERGADUHAN pembahagian kerusi antara Pas dan PKR semakin ketara di negeri ini dengan tindakan tiga wakil Pas di tiga Dun berasingan mendesak Pas Pusat dan Perhubungan Pas Negeri meletakkan calon Pas di kerusi Dun Bandar, Seberang Takir dan Bukit Besi.Bantahan terhadap calon PKR di tiga-tiga kerusi itu dibuat oleh Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Bandar, Ahmad Shah Muhamed; Bendahari MTD Seberang Takir, Mohd Nordin Mahmood dan Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Dungun, Naraza Muda yang turut mewakili suara di peringkat Dun masing-masing.Bagi wakil Dun Bandar dan Seberang Takir, kedua-duanya berkeras dengan pendirian untuk menolak calon PKR kerana mendakwa potensi kemenangan lebih besar dengan meletakkan calon Pas, manakala wakil Bukit Besi, Naraza berlembut sedikit untuk menerima calon PKR sekiranya yang diturunkan itu diterima rakyat dan bukannya calon ‘bidan terjun’.“Kami yang mewakili Pas Dun Bukit Besi, Seberang Takir dan Bandar mendesak supaya Pas Pusat dan Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu membenarkan calon Pas bertanding di kerusi N25, N11 dan N14.“Kami menolak calon daripada PKR yang bersifat bidan terjun kerana tiada gerak kerja dan hubungan dengan jentera Pas yang telah lama bertapak di Dun tersebut,” jelas ketiga-tiga wakil terbabit pada sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Terengganu, di sini, semalam.

Cuba baca disini.

Tuesday, April 16, 2013

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said akan mengumumkan senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman pukul 2 petang ini.Terengganu Today difahamkan, gandingan muka baru dan lama dengan adunan pelbagai latar belakang berada dalam senarai itu bagi membawa kemenangan yang lebih besar.Mereka termasuklah kalangan agama, profesional, pentadbir, pendidik dan usahawan yang diharap mampu mencorakkan kerajaan negeri yang dapat berperanan lebih berkesan untuk meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.Senarai Penuh Calon BN Terengganu PRU-13P33 Besut – Idris Jusoh- Kuala Besut – A Rahman bin Mokhtar- Kota Putera – Muhammad Mahdi bin Musa- Jertih – Mohd Pehimi bin Jusoh- Hulu Besut – Nawi bin MohdP34 Setiu – en Mohd Zulkifli bin Jusoh- Jabi – Mohd Iskandar bin Jaafar- Permaisuri – Mohd Jidin bin Shafie- Langkap – Sabri bin Mohd Nor- Batu Rakit – Bazlan bin Abdul RahmanP35 Kuala Nerus – Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri- Tepuh – Muhammad Ramli bin Hj Noh- Teluk Pasu – Abdul Rahin bin Mohd Said- Seb. Takir – Ahmad Razif bin Abdul Rahman- Bkt Tunggal – Ismail bin NikP36 Kuala Trg – Mohd Zubir bin Embong- Wkf Mempelam – Wan Mahyuddin bin Wan Ngah- Bandar Toh Chin Yaw- Ladang –Wan Mohd Farid bin Wan Salleh-Batu Buruk – Che Mat bin Jusoh

Selanjutnya disini.

Saturday, April 13, 2013





KUALA LUMPUR  - Barisan Nasional (BN) tidak akan mendesak mana-mana pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan kontroversi video seks agar mengundurkan diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan, hari ini.

Beliau berkata, pendedahan video berunsur seks membabitkan beberapa pemimpin pembangkang akan menunjukkan tahap kebijaksanaan pembangkang menyelesaikan kontroversi panas tersebut.
Sehubungan itu katanya, rakyat juga menjadi penilai untuk memilih pemimpin.
“Kita tak desak pemimpin pembangkang atau (Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan sesiapa yang terlibat dalam video seks untuk letak jawatan.
“Mereka ada disiplin parti masing-masing, kita serah kepada rakyat untuk buat keputusan,” kata beliau pada sidang media di PWTC di sini hari ini.
Mengenai individu dalam video itu, Ahmad menyerahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian.
Menurut laporan Bernama lewat malam tadi, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk
menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.
Ketika berucap pada satu majlis di markas Pas Kampung Molek, Dungun malam tadi, beliau berkata, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.
“Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah… saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno,” katanya.
Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.
Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya. – SH

SUMBER

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus bermain politik dengan rakan Pakatannya apabila enggan mengulas lanjut siapa akan jadi PM sekiranya Pakatan menang. Dikala Dap dan Pkr sudah sepakat menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon PM, Hadi yang turut bercita-cita menjadi PM, terus membisu enggan menamakan calon PM Pakatan sekiranya menang PRU13. Terbaru, ketika program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, Hadi hanya mampu memberi alasan, beliau tidak boleh mendahului rakyat dalam membuat keputusan siapa bakal PM sekiranya BN tewas. Kononya menghormati sistem Raja Berperlembagaan. Isu siapa PM ini bukan baru bagi pakatan. Pada suatu ketika dulu, Hadi pernah turut bersetuju untuk menerima Anwar sebagai PM sekiranya berjaya ke Putrajaya. Setelah diasak teruk oleh akar umbi, Hadi mengatakan ianya belum dimuktamadkan lagi dan Pas perlu menang besar sebelum memikirkan siapa bakal jadi PM.

Setelah sekian lama isu ini reda, ianya sekali lagi meletus di Muktamar Pas di Kelantan pada November lepas, apabila pemimpin dari Dewan Muslimat dan Dewan Ulama Pas mencadangkan Hadi dilantik sebagai PM. Maka bersilat pemimpin-pemimpin Pakatan memberi penerangan kepada akar umbi masing-masing untuk menunjukkan mereka telah sepakat. Terdahulu, Pas sebelum ini dikatakan telah berunding secara sulit untuk meletakkan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon PM manggantikan Anwar yang dilihat terlalu banyak skandal dan kontroversi.
Difahamkan penentangan untuk menolak Anwar sebagai calon PM sangat kuat di dalam Pas sehingga dikatakan pemimpin tertinggi Pas menyatakan HARAM bagi Anwar untuk meminta jawatan PM dari Pas. Majlis Syura Ulama Pas, dalam perbincangan tertutup baru-baru ini juga telah sepakat menolak Anwar sebagai PM dan akan melantik calon luar untuk menggalas tugas tersebut. Tapi dalam kesibukan Pas untuk menjadi PM, mereka tidak sedar mereka hanya bertanding 70 daripada 222 kerusi yang dipertanding dan membiarkan Pkr dan Pas mengambil yang selebihnya. Hadi, Anwar dan Kit Siang tidak perlu putar belit bila jawab soalan wartawan. Semua orang dah tahu sebenarnya.

Sumber www.terengganutoday.com

Psstt: Peluru dengar dari suara dalaman PKR akan sabotaj HJ Hadi Awang di Parlimen Marang.. betul ke? Banyak duit akan masuk ke parlimen marang dari PKR untuk pastikan Hj Hadi tewas Pru13 ini.

BN’s desire to take back the Wangsa Maju parliamentary seat seems far-fetched as two coalition parties there – MCA and Umno – are at loggerheads and incumbent Independent MP Wee Choo Keong is in a fixed. Words of MCA and UMNO divisions there do not see eye-to-eye have been around since early last year when rumours had it that the seat would be given to Umno although it was a traditional MCA seat. In fact, MCA would not campaign for Umno candidate as the party view the seat as ‘gone’ given the Malay votes split and the Chinese votes solid against Umno candidate. A township of 65,078 voters with 53 percent Malays, 38 percent Chinese and nine percent Indians, MCA has held the seat until 2008 when Wee, under PKR flag, won the seat with just a 150 votes majority. It is understood that Umno is given the seat and the candidate that is fielded whose banner and operations rooms set up with his photo ‘loud and clear’ is Prime Minister’s political secretary Datuk Dr Shafie Abdullah. MCA Wangsa Maju division secretary Lim Choon Hong had stated that the party would not recognize any candidates other than its division chief Yew Teong Look. The ‘bad blood’ between the two parties began early last year when Shafie began meeting voters without inviting MCA local leaders and Chinese representations. MCA then complaint against the move but BN leadership had decided that the seat be given to Umno despite the MCA contested in the seat in 2004 and 2008. Despite the complaint, Shafie continues conducting activities such as giving out the BR1M to voters and aid to schools in the absence of MCA representatives. MCA alleged that Shafie is not even popular with the Malay voters there let alone being recognized although he is the Umno Wangsa Maju division head. Watching the development closely is incumbent Wee who is still contemplating whether to contest or allow a straight fight between BN and PKR from Pakatan Rakyat. Close friends of Wee said he had wanted to allow BN to contest as he is now a BN-friendly candidate but “the situation now, knowing that giving the seat to Umno would be sure waste, he might reconsider his earlier decision.” “He may make it a three-corner fight,” said his friend.

Source www.terengganutoday.com

Nampaknya, semakin dekat pilihanraya, semakin ghairah berkempen, semakin celaru Pakatan Rakyat jadinya. Hampir di semua negeri dan semua kawasan akan berlaku perebutan kerusi, ketidakpuasan hati dan sakit hati.Di Kedah, DAP telah diketepikan oleh PAS. Di Perlis, PKR telah dipermainkan oleh PAS. Di Johor, DAP telah mengenepikan DAP sendiri dan juga PKR. Di Selangor dan Pahang, PKR bermain tolak-tolak sesama sendiri. Di Terengganu PAS dan PKR berhempas pulas menepis dan menekan sesama sendiri. Di Perak, kita menyaksikan ‘pertandingan pencak-silat kalah maki’ antara DAP-PKR, DAP-PAS, PKR-PAS. Di Negeri Sembilan pula berlaku ‘perebutan tiga penjuru’ di beberapa tempat.Apa yang berlaku membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai susunan hierarki kepimpinan yang jelas mahupun sifat setiakawan yang ikhlas. Malah, sifat hormat-menghormati sesama sendiri, termasuk sesama pemimpin parti sekutu juga tidak ada langsung.Mungkin kerana terlalu sangat mempromosi sikap tidak menghormati dan suka menghina orang lain, maka akhirnya apa yang diterapkan oleh PR itu kini berbalik kepada diri mereka sendiri di mana tiada siapa lagi yang menghormati mereka.Maka kerana itu, kita melihat pilihan Anwar diboo oleh penyokongnya sendiri. Pilihan Lim Kit Siang dicemuh penyokong sendiri sehingga membawa kepada perletakan jawatan.Mungkin hanya penyokong PAS masih mempunyai rasa hormat kepada pemimpin sendiri tetapi jelas mereka juga tidak hormat kepada pemimpin PKR dan DAP kerana DAP dan PKR tidak pernah menghormati pemimpin mereka.Dalam keadaan di mana ‘carta aliran’ kuasa di dalam pakatan tidak dapat dipastikan, bagaimana PR begitu yakin yang mereka mampu memerintah negara? Bayangkanlah, ini baru soal calon dan kerusi, belum lagi soal prinsip, halatuju dan ekonomi.Kita pasti, jika PR menang maka isu hudud, isu salon, arak, judi, murtad, Kalimah Allah, semuanya akan dibangkitkan kembali kerana isu-isu ini, pada hakikatnya tidak pernah selesai. Pada ketika itu, apa agaknya akan terjadi kepada negara kita?

Sila baca disini.

Pemimpin Pas terus mempolitikkan agama untuk meraih undi orang Islam apabila mendakwa kononnya mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah satu ibadah besar dan akan memperoleh pahala.Dalam satu ceramah di Kampung Permatang di sini malam tadi, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa, pengundi yang memangkah pakatan pembangkang akan mendapat ganjaran daripada Allah.“Saya minta supaya jadikan hari mengundi yang tidak lama lagi sebagai satu ibadah yang besar. Maknanya, jadikan pilihan raya kali ini pilihan raya yang kita akan dapat pahala dengan pangkah Pakatan Rakyat.“Dengan kalimah bismillahirrahmaninirrahim, pangkah Pakatan Rakyat semata-mata hendak hancurkan kezaliman dan tegakkan kebenaran,” katanya.Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikecam oleh pelbagai pihak termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana mengeluarkan kenyataan mendakwa solat orang UMNO tidak mendapat pahala kerana menolak Islam.

Sila baca disini.

TUMPAT 9 April – Dua puluh empat jam selepas Persidangan Pondok Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz mengeluarkan deklarasi bahawa haram bagi umat Islam mengundi Pas dalam pilihan raya umum nanti, Kerajaan Pas Kelantan bertindak menyita Pondok Geting di sini.Tindakan sita terhadap Pondok Geting yang diasaskan oleh tokoh agama, Abdullah Sa’amah itu dibuat oleh Majlis Daerah Tumpat (MDT) atas dakwaan membina bangunan tanpa kebenaran Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan berkenaan.Bagaimanapun, tindakan yang dibuat oleh MDT itu mencetuskan persoalan kerana bangunan tambahan yang dibina dalam kawasan pondok tersebut sebenarnya mengikut prosedur ditetapkan.Malah pada masa yang sama, poster palsu yang menyatakan Abdullah adalah calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor ditampal pada batang pokok kelapa dan wakaf sekitar kawasan itu.Abdullah yang ditemui di sini hari ini berkata, kedua-dua tindakan tersebut dipercayai bermotifkan politik kerana kelantangan beliau menentang Pas di atas pentas ceramah di seluruh negara.Beliau bagaimanapun menegaskan, tidak gentar sama sekali dengan fitnah dan tekanan yang dibuat oleh Pas itu, malah akan meneruskan perjuangannya menyedarkan umat Islam mengenai perjuangan palsu Pas.“Ini hanya keputusan politik untuk memberi tekanan kepada saya supaya berhenti berceramah, saya tidak hendak buat apa-apa, cuma hendak baca surah Yasin dan solat hajat supaya masalah ini dapat diselesaikan dan mereka yang terlibat diberikan hidayah.“Saya berjuang atas UMNO dengan ikhlas dan akan berusaha bagi memastikan Barisan Nasional mengambil alih semula pentadbiran negeri ini, jadual ceramah saya akan diteruskan seperti biasa, pada 14 April ini saya akan berada di Kedah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sila baca disini.

Powered by Blogger.

Popular Posts

PAPAGOMO

Popular Posts

viewer

Search

Pages

Total Pageviews

About Me

Perjuangan baru bermula. Demi Alif Ba dan Ta...

DAP ganti PAS

DAP ganti PAS

Followers

Blog Archive