Tuesday, April 9, 2013

Allah swt mengutus semua rasul demi mengajarkan Islam. Termasuk pokok penting ajaran itu ialah membezakan iman dan kufur. Rujukan dan sandaran untuk menentukan seseorang itu beriman atau kafir, tidak lain tidak bukan ialah dengan nas al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw. Hukum mengkafirkan seseorang merupakan hak Allah dan Rasul-Nya. Seseorang sehebat apapun dia, sebesar manapun gelarnya, tidak boleh berijtihad dengan akalnya atau menghukum dengan hawa nafsunya. Sebagaimana juga seseorang tidak boleh menentukan suatu amalan sebagai ketaatan dan kemaksiatan, atau halal dan haram tanpa dasar nas syari’at.Syaikh Prof. Dr. Ibrahim bin Amir ar-Ruhaili, mahaguru akidah di Madinah menyusun sebuah kitab khusus membahaskan prinsip dan kaedah menjatuhkan hukum kafir berjudul Dhawabith fit-Takfir. Gejala kafir-mengkafir merupakan amalan bid’ah pertama dalam Islam. Ia muncul pada akhir masa khulafa ar-rasyidin. Ia ditandai dengan muculnya puak Khawarij yang melakukan pemberontakan terhadap Khalifah Ali bin Abi Thalib, setelah peristiwa tahkim dalam perang Siffin. Puak Khawarij menentang dan mengkafirkan Ali, Abu Musa al Asy’ari, Amru bin al ‘Ash dan orang yang menyetujui tahkim tersebut.Ibn Kathir rhm menjelaskan dalam  al Bidayah wan-Nihayah, ketika Ali ra mengutus Abu Musa ra dan beberapa tenteranya ke daerah Daumatul Jandal. Tatkala itu puak Khawarij semakin mengganas, semakin kuat menentang Ali ra, dan secara jelas mengkafirkan Khalifah. Penentangan ini membawa kepada tindakan Ali memerangi mereka.Perbuatan Ali ra ini merupakan realisasi perintah Rasulullah saw untuk memerangi mereka, sebagaimana dijelaskan dalam sabda beliau maksudnya, “Di mana sahaja kalian menemui mereka, maka bunuhlah mereka, kerana membunuh mereka adalah pahala pada hari Kiamat bagi yang membunuhnya.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim)Pandemik kafir-mengkafir

Sila baca di sini.

0 comments:

Powered by Blogger.

Popular Posts

PAPAGOMO

Popular Posts

viewer

Search

Pages

Total Pageviews

About Me

Perjuangan baru bermula. Demi Alif Ba dan Ta...

DAP ganti PAS

DAP ganti PAS

Followers

Blog Archive