Friday, December 31, 2010
Isu Banggol Donas telah di bangkitkan oleh pembangkang yang dah jadi kerja mereka bangkang. Mereka ini sentiasa cari kesalahan dan yang tak salah pun mereka akan kata salah. Si ketua AMK nie kononya nak jadi Hero kat Kg Banggol Donas pasal ambilan tanah untuk projek pembangunan jalan dan hantar bantahan pada SUHAKAM. Pelbagai tuduhan yang di buat oleh si farith nie fitnah ya ALLAH  terlampau. Mereka dakwa yang design jalan tersebut di reka mengikut kepentingan JKKK di situ..hai Farith deme ingat JKR ikut ke kata-kata JKKK? dan ada masa ke orang JKR nak buat tu semua...ADAKAH FARITH MENUDUH JKR BERAT SEBELAH..atau mempersoalkan kebolehan dan kewibawaan JKR. Semua orang tahu yang mana JKR akan mengambil kira rekabentuk yang terbaik dari segi kos dan praktikalnya terhadap sesuatu projek.

Projek ini mengikut yang Anak tahu, ia adalah satu projek yang sangat perlu di beri perhatian akibat kesesakan lalulintas di jalan utama terutama kesesakan di Jambatan Sultan Mahmud. Jambatan Kuala Nerus dan Jambatan Manir. Isu ini telah lama perlu di selesaikan untuk menampung pengguna jalanraya yang semakin meningkat. Kesibukkan di Jambatan manir perlu di kurangkan dan satu jalan altenatif perlu di buat dengan segera bagi kesenangan rakyat. Maka JKR setelah membuat kajian dengan terperinci maka laluan tersebut di reka bentuk dengan sebaik mungkin dengan mengambil kira segala faktor dan meminimakan pengambilan tanah. Tetapi jika tidak, tanah milikan terpaksa di ambil dan Kerajaan akan membayar dengan kadar yang terbaik mengikut skim yang telah di tetapkan. Di Banggol Donas ini yang membantah tidak banyak dan mereka ini adalah biasalah orang PAS, mereka ini kata je Islam tapi tang duit-duit nie berkira ya Allah..... tak terfikir ke mereka yang mana jika mereka bagi je tanah tersebut maka pahala   masha Allah hari-hari sampai bila-bila. AMK juga kata yang harganya melampau 226 juta untuk 5.6 km ...ni satu lagi bendanya fitnah jahat Kedegilan, kenapa tak di sebut 8 jambatan termasuk dalam pakej ini dan kos jambatan berapa sekarang...dan 6 km sebenarnya nie tak masuk lagi susur keluar Berlian seperti spesifikasi highway tu....dan Anak dengar kawasan yang terlibat pun dalam ketegori tanah lembah dan rendah...apalah punya bangang si Farith nie....Kalau nak compare jalan biasa bertapa ngok dan mangkuknya Farith AMK..orang macam nie nak jadi pemimpin...hai ....

Nie nak bagi tahu kat kau orang semua, apabila kemudahan ini siap banyak keselesaan yang rakyat  akan dapat. Jalan ini menghubungkan dari Gemuroh (Tepoh) ke Pulau Sekati dan ke bandar Kuala Terengganu. Maknanya akan ada satu lagi jalan alternatif bagi orang Kuala Nerus...oiii Farith kau apa tahu ,jangan nak jadi Hero lah kat Kuala Nerus...Kau betulkan dulu ranting-ranting kau yang dah layu tu...dan kau pun aku tahu ada masalah dengan ketua perhubungan Kedegilan Terengganu...betulkan dulu masalah dalaman kau baru kau betulkan rakyat....dan kontraktor ini Anak tahu MZ Hakujaya adalah 100% bumiputra...nie pun nak kacau dan Anak tahu orang Kuala Nerus dah lama berjuang untuk projek ini dari zaman Tun Mahathir lagi dan MZ Hakujaya yang usahakan dari masa itu lagi bukan baru projek ini, dah lama dah... tetapi kebetulan Saiful nie di lantik sebagai Ketua Pemuda Negeri Terengganu(UMNO) jadi banyaklah fitnah di lemparkan kepada dia....kepada Saiful, Anak berpesan tak payah layan si Farith tu dia nak cari Glamour je untuk jadi Calon Farith kau ingat lepas ke kau nak jadi Calon? ketua kau bagi ke ?



Aku tahu asal usul mu.....
Tuesday, December 28, 2010
Alhamdullilah  Syukur kehadrat Allah SWT dengan izinnya maka YAB Dato Seri Ahmad Bin Said telah di lantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu. Satu pilihan yang tepat telah di buat oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membuat keputusan melantik Ahmad  sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO yang mana ia dalah satu kerusi panas. Desakan akar umbi yang ingin orang tempatan menjadi pemimpin di peringkat negeri telah di realisasikan oleh PM dan selaras dengan transformasi diperingkat nasional pada masa kini. Terima kasih kepada PM yang tahu dan sensitif pada kehendak akar umbi dan rakyat secara khususnya. Pada peringkat awal telah di gemburkan yang mana spekulasi telah di timbulkan. Desas-desus menyatakan yang Datuk Seri Idris Jusoh akan kembali memegang jawatan no 1 dalam UMNO negeri telah di perkatakan. Ada juga mengatakan yang jawatan ini akan di sandang oleh orang dari Kuala Nerus. Orang tersebut yang di perkatakan adalah YB Dato Nasir Ketua bahagian Kuala Nerus merangkap ahli Parlimen Kuala Nerus. Ini lah yang telah di 'sewo' atau di mainkan oleh pengikut masing-masing dengan harapan agar ianya di dengar oleh pucuk pemimpinan nasional. 

Anak merasakan satu keputusan yang berkualiti yang telah di buat oleh Presiden parti dalam menentukan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri ini. Sudah tentu PM mempunyai alasan-alasannya yang tersendiri yang mana layak dan yang mana tidak. Presiden Parti merasakan rangkaian dua pemimpinan atasan ini (Timbalan Perhubungan YB Yahya Khatib) dapat meleraikan isu dan konflik dalaman yang berlaku di negeri Terengganu ini.
Tahniah Dato Seri di atas perlantikkan tersebut. Harapan orang-orang yang tak berapa seronok tu terimalah kenyataan yang MB adalah Pengerusi Perhubungan dan akui kepemimpinan Dato Seri selaras amanah yang telah di berikan oleh Presiden Parti Datuk Seri Najib. Syabas Dato Seri. 

pss; kalau tak dengar kata Pengerusi Perhubungan macam lawan Presiden Parti...ingat lah wehhhh 
Wednesday, December 22, 2010
Stadium Gong badak baru sahaja di landa lautan mat-mat motor dari seluruh daerah Terengganu pada hari sabtu lepas(18hb Disember 2010). Anak merasakan ia seperti satu pesta kepada belia dan anak muda dari seluruh pelusuk daerah hadir untuk menyaksikan pelbagai acara yang telah di corak oleh pengelola. Program yang sebegitu megah dan kehebatannya pasti mengentarkan kumpulan pembangkang kerana Kerajaan berjaya mengumpulkan hampir 25 ribu pemuda bermotor ini. Pelbagai program disusun dan pengisian yang sesuai dengan anak-anak muda pada masa kini.Program ini menampatkan yang mana kerajaan pada hari ini begitu serius untuk mendampingi anak-anak muda. Dalam program sebesar ini pasti ada kesan positif dan negatifnya dari pandangan Anak sendiri.


Anak-anak muda seakan bersyukur dengan program di jana dengan sebegitu rupa oleh Kerajaan negeri Terengganu melalui exco Belia dan Sukan YB 'G'. Mereka berarak dengan menggunakan bendera UMNO parti keramat orang melayu dan membaluti diri mereka dengan bendera seakan sedar akan parti yang cukup memberi jasa kepada rakyat dari dulu lagi. Dari perarakan bendera UMNO dan di sambut dengan bendera yang di pasang dengan rapi oleh Pemuda UMNO Negeri dan memberi satu benteng pertahanan di dalam diri mereka dengan roh UMNO yang tidak boleh di gangu gugat oleh pembangkang. Penerimaan program seperti ini memberi impak yang baik kepada parti pemerintah yang menjangkakan pengundi muda pada saluran 4 dan 5 akan memihak kepada UMNO pada PRU ke 13 nanti.
Perpaduan jelas dapat di terap dan di semai di dalam jiwa belia bermotor yang mana kerjasama dan kesedaran  bertapa pentingnya berada didalam kumpulan yang betul bagi memastikan sesuatu objektif kumpulan dapat dicapai dengan sempurna. Golongan muda memang seronok untuk berkonvoi dalam kumpulan mereka dan menjadi kebanggaan mereka jika kumpulan mereka dalam satu bilangan yang besar. Dalam program ini kita dapat menghantar masej kepada mereka yang mana kerajaan cukup prihatin kepada golongan remaja dan belia dan kerajaan tidak pernah abaikan mereka. Kerajaan cukup bimbang dengan gejala sosial yang buruk merebak kedalam anak bangsa kita. Sekurang-kurangnya mereka sedar yang mereka adalah golongan remaja yang menjadi aset penting kepada negara pada hari ini.

Pelbagai kelemahan dan kekurangan di dapati di dalam program ini, program sebesar ini perlu di lihat da dikaji agar pada masa akan datang dapat di kurangkan kelemahan yang telah menjadi pengalaman kepada penganjur. Ramai yang mengatakan pelbagai andaian kepada program ini tetapi pada pandangan Anak, ianya satu program yang baik dan mengikut selera orang muda pada masa kini. Pedulikan kata orang dan kita terus sahaja buat kerja......mudah untuk bercakap tetapi bahu yang memikul jauh lebih sukar dari yang di perkatakan. Politik seperti berniaga, dan kita kena ikut kehendak pengguna selagi ianya tidak salah di sisi agama. Jika orang muda suka pada kita maka mereka sudah pasti akan menjadi penentu dan kemengan BN pada PRU13 nanti.  
Powered by Blogger.

Popular Posts

PAPAGOMO

Popular Posts

viewer

Search

Pages

Total Pageviews

About Me

Perjuangan baru bermula. Demi Alif Ba dan Ta...

DAP ganti PAS

DAP ganti PAS

Followers