Wednesday, December 22, 2010
Stadium Gong badak baru sahaja di landa lautan mat-mat motor dari seluruh daerah Terengganu pada hari sabtu lepas(18hb Disember 2010). Anak merasakan ia seperti satu pesta kepada belia dan anak muda dari seluruh pelusuk daerah hadir untuk menyaksikan pelbagai acara yang telah di corak oleh pengelola. Program yang sebegitu megah dan kehebatannya pasti mengentarkan kumpulan pembangkang kerana Kerajaan berjaya mengumpulkan hampir 25 ribu pemuda bermotor ini. Pelbagai program disusun dan pengisian yang sesuai dengan anak-anak muda pada masa kini.Program ini menampatkan yang mana kerajaan pada hari ini begitu serius untuk mendampingi anak-anak muda. Dalam program sebesar ini pasti ada kesan positif dan negatifnya dari pandangan Anak sendiri.


Anak-anak muda seakan bersyukur dengan program di jana dengan sebegitu rupa oleh Kerajaan negeri Terengganu melalui exco Belia dan Sukan YB 'G'. Mereka berarak dengan menggunakan bendera UMNO parti keramat orang melayu dan membaluti diri mereka dengan bendera seakan sedar akan parti yang cukup memberi jasa kepada rakyat dari dulu lagi. Dari perarakan bendera UMNO dan di sambut dengan bendera yang di pasang dengan rapi oleh Pemuda UMNO Negeri dan memberi satu benteng pertahanan di dalam diri mereka dengan roh UMNO yang tidak boleh di gangu gugat oleh pembangkang. Penerimaan program seperti ini memberi impak yang baik kepada parti pemerintah yang menjangkakan pengundi muda pada saluran 4 dan 5 akan memihak kepada UMNO pada PRU ke 13 nanti.
Perpaduan jelas dapat di terap dan di semai di dalam jiwa belia bermotor yang mana kerjasama dan kesedaran  bertapa pentingnya berada didalam kumpulan yang betul bagi memastikan sesuatu objektif kumpulan dapat dicapai dengan sempurna. Golongan muda memang seronok untuk berkonvoi dalam kumpulan mereka dan menjadi kebanggaan mereka jika kumpulan mereka dalam satu bilangan yang besar. Dalam program ini kita dapat menghantar masej kepada mereka yang mana kerajaan cukup prihatin kepada golongan remaja dan belia dan kerajaan tidak pernah abaikan mereka. Kerajaan cukup bimbang dengan gejala sosial yang buruk merebak kedalam anak bangsa kita. Sekurang-kurangnya mereka sedar yang mereka adalah golongan remaja yang menjadi aset penting kepada negara pada hari ini.

Pelbagai kelemahan dan kekurangan di dapati di dalam program ini, program sebesar ini perlu di lihat da dikaji agar pada masa akan datang dapat di kurangkan kelemahan yang telah menjadi pengalaman kepada penganjur. Ramai yang mengatakan pelbagai andaian kepada program ini tetapi pada pandangan Anak, ianya satu program yang baik dan mengikut selera orang muda pada masa kini. Pedulikan kata orang dan kita terus sahaja buat kerja......mudah untuk bercakap tetapi bahu yang memikul jauh lebih sukar dari yang di perkatakan. Politik seperti berniaga, dan kita kena ikut kehendak pengguna selagi ianya tidak salah di sisi agama. Jika orang muda suka pada kita maka mereka sudah pasti akan menjadi penentu dan kemengan BN pada PRU13 nanti.  

0 comments:

Powered by Blogger.

Popular Posts

PAPAGOMO

Popular Posts

viewer

Search

Pages

Total Pageviews

About Me

Perjuangan baru bermula. Demi Alif Ba dan Ta...

DAP ganti PAS

DAP ganti PAS

Followers