Sunday, March 24, 2013

Setiap pagi menatap akhbar ataupun menonton berita di rangkaian media elektronik, fikiran kita kadangkala menjadi sedikit kacau kerana bahan berita yang masuk ke dalam minda kebanyakannya adalah berupa percanggahan.Jarang kita mendengar atau membaca laporan yang boleh memberikan kita ketenangan, yakni tidak menjadikan minda dilanda gusar atau resah, sama ada berita itu dari dalam negara ataupun luar negara. Percanggahan itu berpunca dari gambaran dalam pemikiran orang yang menjadi sumber berita ataupun penyebarnya.Seperti kata pakar psikologi, perbezaan pendapat merupakan suatu perkara yang memangnya berlaku, bahkan dalam kalangan dua orang anak kembar seiras pun berlaku percanggahan yang nyata. Walhal, dari segi proses kelahiran dua orang anak kembar itu adalah sama kalaupun tidak belajar dalam kelas yang sama dan guru yang sama.Dua anak kembar seiras, yang dilahirkan oleh ibu bapa yang sama, tinggal di rumah yang sama dan sentiasa dilihat bersama, berpakaian sama dan semuanya dari segi fizikal sukar dibezakan, dalam hal pendirian dan citarasa, keduanya mempunyai perbezaan.Dalam pemahaman budaya, ada peribahasa Melayu, rambut sama hitam tapi hati adalah berbeza. Maknanya, yang membezakan seseorang itu sehingga memasuki gelanggang percanggahan ialah berkaitan dengan hati.Begitu juga dengan seseorang yang mempunyai ketinggian ilmu sekalipun ia tetap berbeza pandangan sehingga perbezaan itu dilihat sebagai satu perkara yang amat sukar dibentuk kemuafakatan. Bila memikirkan situasi itu, maka kita tidak perlu terpesona dengan jelmaan fizikal, kerana amat jarang kita menemui refleksi yang selari antara lahiriah dan batin.

Sila baca disini.

0 comments:

Powered by Blogger.

Popular Posts

PAPAGOMO

Popular Posts

viewer

Search

Pages

Total Pageviews

About Me

Perjuangan baru bermula. Demi Alif Ba dan Ta...

DAP ganti PAS

DAP ganti PAS

Followers

Blog Archive