Tuesday, March 26, 2013

LAHAD DATU: Seorang pengganas Sulu ditahan selepas menyerah diri ketika terserempak dengan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan di Tanjung Batu, di sini, lewat hari Isnin.Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sepasukan unit Gerak Gempur Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melakukan operasi di satu kawasan paya sebelum terserempak dengan pengganas itu.Dia kemudian melarikan diri sebelum dikejar dan akhirnya menyerah diri.Lelaki dipercayai tanpa senjata itu menyerah diri dengan mengangkat tangan dan meminta pasukan keselamatan tidak melepaskan tembakan terhadapnya. Difahamkan dua kereta perisai berantai dikerahkan untuk operasi pemantauan berterusan bagi mengesan pengganas lain.Kereta perisai itu dipercayai dikerahkan kerana bimbang penyerahan diri yang dilakukan itu sebagai taktik kotor untuk pengganas lain melepaskan tembakan terhadap pasukan keselamatan.Bagaimanapun, sebaik mendapati tiada yang mencurigakan dan tidak membahayakan, pasukan keselamatan menahan pengganas berkenaan.Pengganas itu kemudian diserahkan kepada pasukan VAT69 dan dibawa ke lokap tahanan sementara untuk disoal siasat.
Sila baca disini.

0 comments:

Powered by Blogger.

Popular Posts

PAPAGOMO

Popular Posts

viewer

Search

Pages

Total Pageviews

About Me

Perjuangan baru bermula. Demi Alif Ba dan Ta...

DAP ganti PAS

DAP ganti PAS

Followers

Blog Archive