Monday, March 25, 2013

MohammadTUN DAIM ZAINUDDIN Bahagian akhir temu bual dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, yang membantu Malaysia mengharungi Krisis Ekonomi Asia 1997. Secara jujur, Daim berbicara dengan wartawan New Straits Times (NST), A Jalil Hamid, Rashid Yusof dan Hariz Mohd serta jurugambar Zahari Zakaria, mengenai peristiwa utama ketika zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, termasuk peristiwa yang menjurus kepada pemecatan Datuk Seri Anwar IbrahimWartawan: Laporan media menyatakan ketika pengunduran Tun daripada Kabinet pada 1991, Tun Dr Mahathir mempunyai tiga nama untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Kewangan baru, iaitu Tan Sri Sanusi Junid, Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Adakah ini benar?Tun Daim Zainuddin: Rafidah ketika itu adalah Menteri Perdagangan yang dilantik ke jawatan itu selepas perpecahan antara Team A dan Team B pada 1987. Sanusi ketika itu Menteri Pertanian. Dr Mahathir tidak begitu yakin mengenai Anwar. Beliau berkata: “Saya tidak rasa Anwar mampu mengendalikan Kementerian Kewangan jika melihat latar belakang akademiknya. Anwar lulusan Pengajian Melayu.” Hujah balas saya lebih kurang seperti ini: “Saya rasa jika anda mahu menjadikan beliau pengganti anda, anda perlu melatih beliau.” Saya boleh bantu dia dan beri tunjuk ajar, beri nasihat. Akhirnya saya berjaya meyakinkan Dr Mahathir. Anwar sering ke rumah saya untuk meminta nasihat mengenai perkara berkaitan Kementerian Kewangan. Beliau juga sering membawa saya ke rumahnya untuk makan tengah hari. Ibu saudaranya memasak lauk kegemaran saya. S: Anwar kemudian menuduh Tun sebagai ‘ketua konspirator’ yang menyebabkan pemecatannya daripada Kabinet pada 1998. Bila agaknya hubungan menjadi renggang?J: Tiada masalah antara kami sehingga beliau mula menuduh saya sebagai ketua konspirator. Ini cerita lama, tiada siapa yang berminat lagi untuk tahu mengapa dan alasannya. Orang berminat mengenai apa yang berlaku sekarang dan pada masa depan. Sepatutnya kita tidak patut buang masa dengan Anwar. Masa Anwar sudah berlalu, beliau datang dan pergi. Saya juga rasa yang kita tidak seharusnya memberi terlalu banyak ruang berita kepadanya. Inilah yang disukainya. Beliau tidak suka jika tidak dihiraukan, jadi pada saya abaikan saja. Biarkan dia menjadi penghibur, menari dan menyanyi dalam ceramahnya. Seperti yang saya kata, masa dia sudah berlalu, seperti burung pungguk rindukan bulan. Tetapi jika anda tetap mendesak, saya akan jawab. Orang terbaik untuk bercakap mengenai Anwar adalah Sanusi. Mereka bersekolah bersama, mereka bersama dalam ABIM dan Kabinet dan Sanusi adalah bekas Setiausaha Agung UMNO. Bagaimanapun, saya berjanji untuk menjawab, maka saya akan jawab.Baiklah, jawapan saya kepada Anwar – saya bukan Cassius. Saya mungkin kurus tetapi saya bukan kemaruk. Pastinya saya juga bukan Brutus. Apabila Anwar mendakwa yang saya adalah konspirator, beliau tahu hal sebenar bahawa saya tidak memainkan sebarang peranan, apa juga peranan pun. Saya tidak tahu apa-apa mengenai kes itu sehingga saya diberitahu. Saya mungkin penyibuk tetapi saya tidak masuk campur dalam hal peribadi orang lain. Saya juga tidak mahu orang tahu hal saya. Saya tidak mahu tahu apa yang orang lakukan di luar pengetahuan umum. Saya tidak berminat. Orang menyampaikan kepada saya, tetapi saya kata: “Lihat, kita semua manusia, kita semua ada kelemahan.”Tetapi saya faham yang beliau tertekan, ia adalah kelangsungan politik beliau dan beliau sedang tenggelam, berpaut pada apa saja bagi menyelamatkan diri. Beliau juga tahu saya tidak pernah menjawab sebarang pertuduhan yang dilemparkan kepada saya. Dia sangka saya kawannya dan beliau dalam kesusahan dan saya biarkannya. Saya juga fikir ia sesuatu yang amat sukar dipercayai sehingga menggelikan hati. Anwar, misalnya mendakwa saya membawa RM2 bilion wang tunai dengan pesawat. Tentulah saya seorang yang bodoh dan berapa banyaklah wang tunai RM2 bilion? Mungkin memerlukan beberapa buah lori untuk mengangkutnya. Bagi penyokongnya, biarpun jika beliau memang melakukan apa yang beliau dituduh, walaupun di depan mata mereka, mereka tetap tidak akan percaya. Bagi mereka semuanya konspirasi. Masalah Anwar ialah imejnya lebih bersih daripada bersih. Apabila cerita mengenainya tersebar, beliau ada imej yang menyebabkan orang ramai sukar mempercayainya. Dalam hidup ini, ada perkara yang agak pelik untuk dipercayai benar tetapi hakikatnya ia adalah benar. Seperti kata Sherlock Holmes: “Jika anda sudah membuangkan perkara mustahil, apa saja yang tinggal biarpun sukar diterima akal, ia mestilah kebenaran.”Ada juga mitos mengenai Kennedy (Presiden John F Kennedy), tetapi orang tidak bercakap mengenainya ketika hayatnya. Selepas kematiannya, anda baca mengenainya dan apa yang dilakukannya di luar pengetahuan umum.S: Ada cakap-cakap sebelum ini yang menyatakan dorongan Tun untuk menyingkirkan Anwar adalah kerana mahu melindungi kepentingan perniagaan Tun?J: Itu adalah apa yang beliau katakan, iaitu beliau adalah adiwira yang memerangi jenayah dan rasuah dan perlu ditumpaskan. Jika anda tahu perkara mengenai beliau yang saya tahu, bahawa dakwaannya adalah kelakar, dan paling berani ialah menyatakan ia adalah menegakkan kebenaran. Saya pada masa itu sudah bersara, dan apa kepentingan perniagaan yang saya ada? Saya terpaksa menjual semua aset sebelum menyertai kerajaan pada 1984. Tetapi kemudian, selepas saya keluar Kabinet, saya dilantik pengerusi segi tiga utara, ada klausa dalam perjanjian yang saya boleh menceburi perniagaan. Saya juga bukan lagi anggota Kabinet. Saya berniaga di luar negara selepas bersara. Saya tidak mahu menjalankan perniagaan di Malaysia. Tetapi selepas bank saya di luar negara meraih kejayaan, saya perlu ada bank tempatan, jadi saya beli satu bank. Anda boleh semak, ia sangat mahal, saya bayar lebih mahal daripada orang lain.Pada masa itu, ia adalah harga paling mahal yang pernah dibayar untuk sebuah bank. Ia hanya bank satu cawangan. Kemudian saya jual bank itu ketika saya menyertai semula kerajaan ketika krisis kewangan lalu. Saya benar-benar perlu berhenti membeli bank di Malaysia. Setiap kali saya beli satu, saya dilantik sebagai Menteri Kewangan dan terpaksa menjualnya. Sejurus bersara, saya ke Universiti Harvard, untuk menjadi sarjana tamu di Kennedy School of Government. Anwar masih menghubungi saya di Boston. Beliau bertanya kenapa saya tinggal di sana dan ajak saya balik. Beliau memerlukan saya untuk membantunya tetapi saya kata saya seronok di sana. Saya berjumpa ramai orang. Di Havard saya berjumpa Francis Seow (yang pernah berkhidmat sebagai Peguam Cara Negara Singapura). Beliau menulis buku. Buku-buku menarik. Anda patut membacanya. Kami menjadi kawan baik dan sering bertukar pandangan ketika makan tengah hari. Pada masa itu juga timbul apa yang dikatakan ‘Orang Daim’. Mereka juga sangat rapat dengan Anwar selepas saya pergi. Kebanyakan bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar. Mereka bersekolah bersama Anwar. Yahya (Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad) ketika itu ketua pengikutnya, Halim (Tan Sri Halim Saad) juga di Kolej Melayu Kuala Kangsar.Anwar, menerusi tuduhannya berkali-kali berbohong bahawa saya mahukan kontrak ini dan itu, dan disebabkan dia menjadi penghalang, saya menyingkirkan beliau. Pembohongan yang diulang-ulang malangnya menjadi seperti kebenaran. Kontrak apa? Saya nak tanya, kontrak mana yang saya atau keluarga saya dapat? Tunjukkan saya. Tunjukkan saya satu saja kontrak yang saya dapat daripada kerajaan.Sebab itu saya sentiasa tegaskan bahayanya Anwar ialah beliau lebih Sukarno daripada perkara lain. Semua ucapan berapi-apinya siap dengan kenyataan ekonomi, sebenarnya penghasut yang hebat. S: Apakah ada titik perubahan yang menyebabkan persengketaan? J: Tidak ada persengketaan khusus. Saya adalah kambing hitam dia, daripada banyak lagi kambing hitam. Saya kawan dia, Dr Mahathir mempertahankan dia. Saya beritahu dia jangan jolok sarang tebuan dengan membuat laporan polis tetapi beliau ingat beliau bijak. Seperti saya katakan tadi, anda tak perlu buang ruang untuk Anwar tetapi anda mendesak dan jawapan saya hanya untuk menegaskan jika kita pilih pakatan dan dia mengetuai pakatan, kita menuju jalan kehancuran. Dia sudah diuji ketika krisis kewangan Asia dan dia gagal. Saya fikir dia gagal bukan hanya disebabkan dasar beliau tetapi juga dorongannya. Dr Mahathir, misalnya, benar-benar tersinggung dengan krisis itu hingga beliau tidak sanggup melihat apa yang dibina selama ini musnah disebabkan ketamakan spekulator dan penyangak mata wang, dan beliau mahu pastikan negara selamat semula. S: Sesetengah pengulas mendakwa ketika krisis, Anwar tidak membantu kerana menaikkan kadar faedah ke paras yang amat tinggi.J: Dalam kes Anwar, pada masa itu, beliau diberi nasihat yang amat tidak betul. Kita tahu selama ini, Anwar sebenarnya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dia perlu mendapatkan nasihat orang lain dan itu bukan satu masalah asalkan dia dapat nasihat yang betul.Dan sudah tentu pada masa itu beliau amat sukakan Michel Camdessus daripada Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan James Wolfensohn daripada Bank Dunia. beliau juga rapat dengan Robert Rubin (Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat). Mereka semua kemudian menyokong beliau. Tetapi, lain negara lain persekitarannya, lain tahap pembangunannya dan lain keadaannya. Ketika krisis itu, lihat apa berlaku kepada Korea, Thailand, Indonesia dan kita (Malaysia). Begitu juga Singapura, China dan Jepun. Masa itu, pendirian Anwar ialah mengikut nasihat IMF dan Bank Dunia.Itu adalah reaksi biasa, dalam krisis seperti ini anda perlukan orang besar untuk datang dan memberi nasihat kerana sebarang masalah, IMF dan Bank Dunia akan datang membantu. Jika Amerika menyokong kita juga baik. Amerika ada pengaruh besar ke atas IMF dan Bank Dunia. Dalam kes Korea, negara itu ingin meminjam daripada Jepun supaya mereka tidak rebah tetapi Amerika enggan membantu. Amerika beritahu Jepun supaya jangan tolong, jadi Korea rebah dan kita kena ingat, Korea baik dengan Amerika. Justeru, jangan harap Amerika akan tolong kita. Pada masa itu, Timbalan Setiausaha Negara Amerika, Robert Zoellick, memberitahu dengan jelas bahawa pintu terbuka kepada syarikat Amerika untuk masuk dan mengambil alih syarikat pada harga rendah.Ini yang berlaku kepada Indonesia apabila mereka masuk dan ambil semua yang mereka mahu. Mereka juga bunuh Thailand. Kita saksikan apa yang terjadi. Dr Mahathir faham, beliau kata:“Apa yang kita bina akan dimusnahkan.” Pembangunan dan kestabilan yang dinikmati selama bertahun-tahun akan hilang begitu saja dan jika kita tidak berhati-hati, akan berlaku rusuhan seperti di Indonesia, Korea dan Thailand, mungkin lebih buruk lagi. Justeru, beliau perlu fikirkan bagaimana hendak mengatasinya. S: Berdasarkan penjelasan anda berhubung senario politik, anda lebih risaukan karakter Anwar berbanding apa yang dikatakan sebagai salah laku beliau?J: Saya bimbang beliau tidak mempunyai kefahaman mendalam dalam ekonomi. Jika beliau menjadi Menteri Kewangan sekali lagi atau Perdana Menteri, beliau lebih cenderung mengikut Amerika. Amerika sedang dalam krisis, Eropah sedang dalam krisis. Beliau suka dikaitkan dengan Eropah, Amerika dan Australia. Beliau cuba dapatkan sokongan Australia untuk untuk mengutuk dan mengatakan pilihan raya kita tidak adil. Beliau bercakap mengenai Arab Spring tetapi berkata Arab Spring di sini bukan revolusi sebaliknya menerusi peti undi. Beliau beritahu dunia beliau akan menang pilihan raya kali ini. Jika pakatan kalah, ia disebabkan amalan yang tidak adil dan gerombolan perusuh akan ke jalanan untuk menunjuk perasaan. Beliau janji nak bentuk kerajaan pada September 2008. Semua orang gementar dan ramai yang percaya. Itu gaya beliau, hanya cakap dan berjanji. Sekarang beliau beritahu dunia beliau akan menang. Tetapi kerajaan langsung tidak memberikan reaksi. Tidak pernah berlaku penipuan dalam pilihan raya di negara ini. Pada pilihan raya lalu, mereka membentuk empat kerajaan negeri. Jika kerajaan menipu pada pilihan raya, bagaimana pembangkang boleh menang banyak kerusi. Tiada pilihan raya yang sempurna dalam dunia ini. Tetapi beliau sudah mulakan perkara ini dan kerajaan terpaksa memberi reaksi. Anwar sedang mempengaruhi pemikiran rakyat dan memberitahu dunia Pakatan akan menang dan beliau sendiri tahu beliau tak akan menang. Seperti saya katakan awal tadi, saya persoalkan motif beliau dan Pakatan. Cita-cita peribadinya mengatasi segala-galanya dan menghantui dirinya hingga beliau tidak kisah mengorbankan keamanan dan kestabilan negara.Bolehkah anda bayangkan jika Pakatan tidak berjaya ke Putrajaya? Beliau akan terus mendakwa berlaku penipuan dan cuba membawa Arab Spring ke sini. Menghasut rakyat bahawa di bawah Barisan Nasional, undi mereka dicuri dan mereka terpaksa merusuh di jalanan untuk mendapatkan balik undi mereka. Ini akan timbulkan huru hara dan beliau tidak peduli kerana cita-citanya mengatasi segala pertimbangan. Pakatan pun tidak peduli kerana mereka di pihak yang sama.

0 comments:

Powered by Blogger.

Popular Posts

PAPAGOMO

Popular Posts

viewer

Search

Pages

Total Pageviews

About Me

Perjuangan baru bermula. Demi Alif Ba dan Ta...

DAP ganti PAS

DAP ganti PAS

Followers

Blog Archive