Friday, March 15, 2013

Memang sah dan sahih Presiden PAS adalah pembelit nombor satu negara dan kalau ada piala yang boleh direbut atau dianugerahkan, saya bakal merupakan orang yang sokong lebih seratus peratus.Isu kalimah Allah telah menyebabkan PAS bakal kecundang kerana semakin ramai penganut Islam membencinya setelah dilihat teramat gagal untuk mempertahankan hubungan manusia dengan ketauhidan, yang menjadi fundamental seseorang itu muslim atau sebaliknya.Akibat kegagalan tersebut Haji Hadi ingin menyembunyikan fakta dan punca yang menyebabkan isu itu menjerat dirinya dan parti pimpinannya dengan melemparkan kesalahan kepada UMNO. Bahkan kanak-kanak sekolah pun boleh menilai siapakah Haji Hadi sebenar dalam soal itu.Semuanya orang tahu, isu kalimah Allah dimulakan kembali oleh Setiausaha Agung DAP yang pernah berpelukan mesra dengan Haji Hadi bagi menguji sejauhmanakah kekentalan jiwa Islam pemimpin PAS setelah mereka pernah diuji dengan keinginan PAS untuk tetap meneruskan pelaksanaan hukum hudud dan mengenakan saman ke atas pengusaha dandanan rambut uniseks di Kota Bahru.Setelah “lempar batu sembunyikan tangan”, Lim Guan Eng terus membisu mengenai cadangan tersebut kerana Ketua Menteri Pulau Pinang sedar dengan melantunnya akan menyebabkan keriuhan sebahagian masyarakat mengenai keputusan pemilihan Jawatankuasa Pusat Eksekutif parti itu yang “hampir meretakkan DAP” dapat diturunkan suhunya.

Baca disini.

0 comments:

Powered by Blogger.

Popular Posts

PAPAGOMO

Popular Posts

viewer

Search

Pages

Total Pageviews

About Me

Perjuangan baru bermula. Demi Alif Ba dan Ta...

DAP ganti PAS

DAP ganti PAS

Followers

Blog Archive