Saturday, March 23, 2013

Tindakan ulama terkemuka dunia Islam, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi menulis surat penghargaan beliau kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai respons dan pengiktirafan di atas keberanian PM melawat Semenanjung Gaza, Palestin sesungguhnya mengejutkan ramai pihak.Dalam permulaan surat itu, tanpa berselindung Al-Qaradawi memanjatkan doa memohon kepada Allah S.W.T semoga terus mengurniakan keberkatan serta rahmat kepada Dato’ Seri Najib dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai matlamat kemajuan, kestabilan dan keselamatan rakyat Malaysia dan global.Surat penghargaan Al-Qaradawi ini merupakan tamparan hebat kepada pembangkang. Ia langsung tak terjangka oleh sesiapa memandangkan selama ini gerombolan pembangkang sering menggambarkan ulama tersohor itu agak dingin dengan kepimpinan negara.Adalah satu kebiasaan Anwar memanipulasi nama Al-Qaradawi dalam usaha mencipta persepsi umum supaya dirinya dilihat berada di pihak yang benar dan mendapat sokongan ulama terkemuka itu dalam usahanya menjatuhkan kepimpinan Najib dan Kerajaan Malaysia.Lantaran itu tidaklah menghairankan apabila ramai di kalangan pemimpin pembangkang sering mendabik dada konon perjuangan mereka menentang Barisan Nasional (BN) sentiasa mendapat sokongan dan restu dari tokoh ulama terkemuka dunia Islam itu.
Sila baca disini.

0 comments:

Powered by Blogger.

Popular Posts

PAPAGOMO

Popular Posts

viewer

Search

Pages

Total Pageviews

About Me

Perjuangan baru bermula. Demi Alif Ba dan Ta...

DAP ganti PAS

DAP ganti PAS

Followers

Blog Archive