Sunday, March 24, 2013

Kuala Lumpur: “Musuh tetap musuh dan kita (polis) perlu mengambil tindakan mengikut undang-undang Malaysia,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengulas kenyataan Azzimudie atau Agbimuddin Kiram yang mendakwa lapan pengganas yang dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Tawau, Sabah, Khamis lalu, adalah rakyat Malaysia.Ismail berkata, tidak timbul masalah sama ada lapan yang didakwa itu adalah rakyat Malaysia atau Filipina kerana sesiapa sahaja yang melakukan keganasan dan mengancam keselamatan negara dianggap sebagai musuh.Menurutnya, Peguam Negara ada bukti kukuh bagi mendakwa lapan individu terbabit mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup, Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan Seksyen 130 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup.“Tugas penting Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekarang ialah menjaga keselamatan seluruh rakyat Sabah.“Pendakwaan dibuat di mahkamah dan kita bertindak berdasarkan perundangan negara ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di sini, semalam.
Sila baca disini.

0 comments:

Powered by Blogger.

Popular Posts

PAPAGOMO

Popular Posts

viewer

Search

Pages

Total Pageviews

About Me

Perjuangan baru bermula. Demi Alif Ba dan Ta...

DAP ganti PAS

DAP ganti PAS

Followers

Blog Archive