Wednesday, March 27, 2013

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Takir mencipta hatrik pada Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Terengganu Utara (MSSDKTU) selepas mengutip 21 pingat emas dan empat perak daripada 68 acara yang dipertandingkan pada kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu baru-baru ini.Lebih manis, kejayaan tersebut turut mengangkat dua atlet sekolah berkenaan, Muhammad Khawarizmi Ramlan Ross sebagai Olahragawan MSSDKTU dan Nur Hafi- whaini Masdaku sebagai Olahragawati kejohanan kali ke-44 itu.Pada kejohanan itu juga, atlet SMK Kompleks Seberang Takir turut berjaya memperbaharui empat rekod kejohanan yang mana dua daripadanya menerusi Nur Hafizuhani dalam acara 100 meter (13.16 saat) dan 200 meter (27.56s).Muhammad Khawarizmi pula bagi acara 1,500 meter (4:44.88s) dan kuartet 4×100 meter perempuan bawah 18 tahun dengan catatan masa 56.66s.Naib juara menjadi milik SMK Ibrahim Fikri yang meraih 18 emas, 15 perak dan empat gangsa, sekali gus mengetepikan SM Teknik Kuala Terengganu di tempat ketiga dengan enam emas, empat perak dan tiga gangsa.
Sila baca disini.

0 comments:

Powered by Blogger.

Popular Posts

PAPAGOMO

Popular Posts

viewer

Search

Pages

Total Pageviews

About Me

Perjuangan baru bermula. Demi Alif Ba dan Ta...

DAP ganti PAS

DAP ganti PAS

Followers

Blog Archive