Monday, March 18, 2013

KRISIS dalaman serta perebutan kerusi yang semakin panas antara pemimpin parti pakatan pembangkang di Perak sudah tidak dapat dibendung.Walaupun cuba ditutup dengan penuh kepura-puraan termasuk lakonan mesra di pentas-pentas ceramah, pekung percakaran sesama pemimpin mereka sudah tidak mampu disembunyikan.Ketika DAP berdepan krisis dalaman apabila pemimpin kanan mereka bertelagah sehingga ‘berperang’ secara terbuka di laman sosial, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula terus bergelut dalam soal agihan kerusi apabila kedua-duanya berebut-rebut antara satu sama lain.Perkembangan ini memperlihatkan betapa pemimpin pembangkang terlalu dibuai dengan impian ke Putrajaya – masing-masing mengaku mampu menjadi jagoan dalam pilihan raya kali ini.Pengumuman Dr. Muhammad Nur Manuty sebagai calon di Parlimen Bagan Serai semalam misalnya memberi tamparan hebat kepada Pas yang sejak awal-awal lagi mahu kerusi itu dikembalikan kepada parti itu lantaran masih ‘berdendam’ ekoran tindakan wakil rakyat PKR, Mohsin Fadzli Samsuri menjadi wakil rakyat Bebas pada 2010.

Sila baca disini.

0 comments:

Powered by Blogger.

Popular Posts

PAPAGOMO

Popular Posts

viewer

Search

Pages

Total Pageviews

About Me

Perjuangan baru bermula. Demi Alif Ba dan Ta...

DAP ganti PAS

DAP ganti PAS

Followers

Blog Archive